Saturday, December 24, 2016

Seoul -> Busan - Day 9 SBS Building & MBC Building

Assalamualaikum...

Pagi ni check out from Hanok 24GH .. So, kami tak nak kejadian semalam berulang kembali, kami terus ke RAMADA Dongdaemun Hotel.. Biasanya hotel akan ada tempat untuk simpanan luggage sementara nak tunggu masa check in.. Hotel ni adalah hadiah dari wawa sebab menang contest anjuran KTO Msia.. kiranya aku ni menumpang sekaki la.. free selama 4 hari 3 malam termasuk 1 hari tour bersama agent yang bertauliah..  

Lepas je inform kat kaunter dan tinggalkan luggage, kami terus ke SBSB Building ni.. mana tahu ada terjumpa pelakon ke kan.. Hahaha.. first time nak ke sini tau.. misi kali ni memang ke arah kejar idol dan entertaiment la aku rasa.. senang je sebenarnya nak sampai ke sini tapi di sini tak bole masuk dalam bangunan tu memandangkan takde apa2 hal yang berkaitan.. tak macam kat kbs.. hehe

dari kejauhan dan nampak SBS punya lambang.. abaikan muka yang gelap..

jangan jelous na i jumpa poster besar ni..

Area kawasan ni biasa je.. takde la menarik sangat memandangkan takde exhibition hall atau tempat untuk orang awam masuk.. so, kami pun decide buat 1 pusingan tawaff dan balik.. mana tahu terjumpa pelakon.. ceh.. berangan lagi.. 
 
aku rasa ni tapak tangan orang berjasa dalam membangunkan SBS ni
 

dah takde keje, asyik tangkap gambar ni je..

landmark utama SBS..

gambar bendera SBS tu penting ok..

bila agaknya dapat bekerja kat dalam ni ye..

signbord pintu belakang ni..

Habis sudah buat 1 pusingan ni.. kami berhenti2 kejap juga kat pintu utama bangunan ni tapi nampak sunyi je.. takde bayang2 ada pelakon pun.. hampeh la.. penat2 datang dari kejauhan ni.. maybe kami salah timing kot.. hahaha.. so, sebelum sampai ke SBS building ni, ada 1 taman.. so, kami lepak la kat situ kejap sambil minum air.. ala.. beli je air kat mesin "kedegang".. mesin kotak air tu la.. haha.. ni salah 1 cara aku nak habiskan duit syiling.. 

the best part in the picture..
nak juga perkataan "SBS" tu.. hehe

Lepas lepak, kami teruskan ke MBC building.. asalnya memang ada list nak ke MBC Building yang kat Digital Media City(DMC) tu tapi agak jauh.. so, tak jadi la.. MBC building kat sana yang betul punya entertainment dan siap ada exhibition hall lagi.. (rasa menyesal je tak buat keje gila pergi sana..sob..sob..sob..)

Seterusnya  kami ke MBC Building yang lama kot.. sebab sunyi je area situ. Kebetulan kami sampai timing orang keluar pergi lunch.. so, nampak la sekumpulan oppa2 yang smart nak pergi makan sambil berjalan kaki.. Hahaha.. yang ahjussi pun ada.. jalan di situ agak sibuk juga.. ada juga yang memandang kami dengan pandangan pelik.. ntah2 pelancong mana la sesat kat area situ.. hahaha.. apa yang dibuat dan dicarinya la tu.. ok.. menyindir diri sendiri nampak.. Hehe..
 
wajib ambil depan landmark ye..

Selesai bergambar, kami teruskan ke destinasi yang berdekatan.. sebenarnya nak singgah kejap ke Yeouido Hangan Park.. hari tu pergi dalam cuaca yang hujan, so, kali ni cuaca panas pula.. nak lepak santai2 kat area sungai Han kejap sebelum balik Msia ok.. 

Macam Mana nak ke SBS Building:
Metro Subway: Omokgyo Station, Exit 2. Keluar dari station tu akan nampak building SBS. Kena terus berjalan dalam 5 minit untuk sampai. korang jangan terkejut pula masa nak cari exit.. station ni ada gabungan ke shopping complex.. so, pastikan korang cari exit betul dan rasanya dah siap tanda arah kat station tu..

Macam Mana nak ke MBC Buidling:
Metro Subway : Yeouinaru Station, Exit 4.. korang jalan terus je dari keluar station.. perjalan ambil masa lebih kurang 10 minit.. korang akan cross T-Junction dan depan jalan besar akan nampak  MCB Building..

2 comments:

kurakuraygslow said...

Yang tapak tangan tu artis punya Su. Hehe. Yang Su zoom tapak tangan Micky Yoochun ahli JYJ :D

FaRLyNa NaTaShA said...

amboi kura kura.. betul2 minat korea ni..

© . | Blogger Template by Enny Law