Monday, December 19, 2016

Seoul -> Busan - Day 8 Sinseoldong Seoul Residence & Myeongdong

Assalamualaikum..

Pagi ni bangun awal sikit sebab nak check out.. kita nak berpindah ke Hanok ye... yeah!!!! saya suka!! saya suka!! macam biasa, pastikan semua bersih seperti mana masa hari pertama check in.. tong sampah je tak bersih sebab buang semua apa yang tak nak bawa.. hahaha.. before kami keluar, kami sempat la snap 1 @ 2 gambar sebagai kenangan.. 

pendapat aku, hotel ni dah macam motel.. kira bajet yang murah untuk korang nak tinggal.. bilik ok, takde la bersih sangat, kemudahan yang ada standard biasa la.. cuma ada la beberapa kekurangan seperti komputer kat luar tak bole digunakan sebab rosak, harga bilik sekali breakfast, tapi breakfast seperti "hidup mati segan tak mahu" dan NON HALAL, ada mesin basuh dalam bathroom tapi sudah tidak berfungsi, siaran tv hanya bole tengok sedikit channel sahaja, suasana dalam hostel ni agak suram dan pintu nak masuk ke lif tu, ada bau kurang elok.

Part ok, boss hostel ni ok, peramah, ada lif untuk kemudahan pelanggan, service bilik ok, 2 minit sahaja dari Sinseoldong station. Ianya sesuai untuk backpacker yang nak jimat dan sewa hostel untuk tidur je.. aku stay sini 8 hari 7 malam = 130, 000 won @ RM 478.00/ per pax.. kiranya dah ok sangat ni.. yang penting, partner korang pun jenis tak kisah la kalau stay kat bilik macam ni..

aku syak owner ni minat Teen Top & Infinite

Ni la rupa pintu masuk hostel ni..

Settle semua, kami terus ke Myeongdong station sebab nak simpan luggage.. Hanok Guesthouse tu check in pukul 3.. So, tak kan nak bawa luggage yang berat tu ke hulu ke hilir kan. aku pun first time nak try guna locker luggage ni.. nak tahu harga berapa dan bole tahan berapa lama.. ada juga buat research tapi macam yakin tak yakin je.. tu yang nak try juga..

http://1.bp.blogspot.com/-6lQysGlP_Ic/VcYxtjPEsSI/AAAAAAAAdHQ/AQN4EpprgD0/s1600/Myeong%2BDong%2BShopping%2Bguide_9.jpg
ehsan pak google.. 

Macam tu la storage luggage kat Myeongdong Station... before nak buka locker, korang kena bayar 4, 000 won dulu.. rasanya tu untuk 1 jam.. korang bole bayar guna cash atau guna t-money card.. nanti dah pilih locker mana, automatic akan terbuka dan masukkan barang and akan lock sendiri.. pastu jangan gatai2 nak buka.. memang tak bole la.. kat sini takde pakai kunci atau code number ok.. settle simpan luggage, dah senang nak merayap sekejap dan kami singgah kat Myeongdong street.. pepagi kami jalan kat sini.. kedai memang banyak belum buka ye.. si wawa ni nak cari atm.. nak keluarkan duit dulu.. so, aku pun jejalan sekali area sini.. pusing2 dah mencari atm sebab sebelum ni tak pernah keluarkan duit kat area sini..

tak sempat nak possing macam2 sebab basah..

view Myeongdong di waktu pagi..


Lepas settlekan hal wawa, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya... ke mana kami pergi???? Next entri please.....

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law