Saturday, December 17, 2016

Seoul -> Busan - Day 7 Thanks Nature Cafe

Assalamualaikum..

Lepas berhujan, kami teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Thanks Nature Cafe kat Hongdae.. mesti ada yang tertanya-tanya, apa bestnya kat cafe ni?? ok.. biar aku terangkan... biasanya korang akan nampak, rata2 pelancong terutama msia akan pergi ke cat cafe dan hello kitty cafe tapi aku nak pergi ke cafe ni pula.. cafe ni antara cafe theme yang popular di Seoul.. di cafe ni korang bole bermain dengan kambing biri2, bole bergambar, bole bagi makan, bole pegang dan yang penting bole selfie bersama.. hahaha.. memandangkan susah nak jumpa kambing biri2 kat msia, makanya cafe ni menjadi tumpuan utama aku.. 

Kami sama2 kali pertama ke cafe ni.. aku yang mencadangkan sebab before travel, aku dah buat banyak kajian.. dan cafe ni menarik perhatian aku dan rasanya susah nak jumpa pelancong msia (malay) yang buat review pasal cafe ni.. dah nama pun cafe, as usual menu lebih kurang sama dengan cafe lain.. cuma pasti ada kelainan sedikit kan.. jom tinjau apa yang ada... kiranya ni dinner kami la before balik hostel...

kambing biri2 tu luar cafe.. selamat ye..

cuba kat msia buat macam ni time hujan..

Part aku suka time hujan, bila masuk mana2 kedai kat korea ni, dieorang akan sediakan bakul untuk letak payung ataupun sediakan plastik untuk masukkan payung.. korang tinggal tarik je plastik dan korang bole simpan payung tu sendiri.. lantai kedai pun tak basah dan korang selesa nak buat apa2.. tapi kalau yang dalam bakul tu, jangan lupa pula ambil semula payung sebelum keluar.. hehe...

muka tak percaya dah sampai kat cafe ni..

 Image result for thanks nature cafe menu
 Menu.. ehsan pak google..

Image result for thanks nature cafe menu
 Menu.. ehsan pak google juga..

 Wawa: TN Chocolate (5,000 won) & I: Vanilla Latte (5,000 won)

Kongsi bersama: Honey Butter Baguette Bowl (6,500 won)

Memandangkan kami dah kesejukkan sebab hari ni meredah hujan je, kami pun oder hot drink.. so, memasing mencuba minuman berlainan dan berkongsi makanan macam biasa nak berjimat.. so, kami try Honey Butter Baguette Bowl tu.. besar juga sekali datang, nasib baik oder 1 jer.. tapi sedap... ko makan roti tu yang ranggup dengan sapu krim putih (tak tahu apa nama sainstifiknya) dan last sapu madu.. serius memang sedap.. makan pula diwaktu hujan.. pergghhh... kenyang perut terus.. sambil makan kami intai2 juga kat sebelah pintu tu.. tengok gelagat pengunjung bermain dengan kambing biri2.. kami pun cepat2 makan sebab nak bermain juga.. hehe

First, meh welfie dulu...


seekor nama 'Lulu' dan seekor nama 'Lala'.. tapi aku tak kenal yang mana 1 Lulu, yang mana 1 Lala..

yang ni memang tak tahu siapa nama...

Geram je tengok dia ni tau...

Korang bole jer nak tengok ataupun bermain.. free ok.. lagi 1, jangan risau dengan tangan.. sebab dieorang dah standby air, air sabun (tak ingat nama tapi macam air buang kotoran) dan tisu selepas korang pegang kambing biri2 ni.. kambing ni memang jinak sangat.. bulunya lembut... geram je aku tengok.. rasanya macam nak bela sekor kat rumah.. haha.. buat peluk2 time kesejukkan.. 


Dah puas bergambar, bermain dan pegang2 dengan si Lulu and si Lala, kami snap la gambar depan pintu utama Thanks Nature Cafe ni.. sebagai kenangan.. pastu kembali ke meja.. simpan2 barang dan bergerak untuk pulang ke hostel..

Papan tanda sebesar alam..

Cafe ni sebelah bawah.. so, korang kena alert dengan sign board kecik dia..

yang tu sign board kecik untuk Thanks Nature cafe..

Terjumpa pula banner cite ni.. excited ambil gambar.. haha..

Macam mana nak ke Thanks Nature Cafe
Subway: Hongik Station, Exit 9.. Keluar jer dari exit, korang jalan je sikit dan belok kiri kat jalan besar (T-Junction).. korang jalan terus lagi sampai lepaskan 2 bloks bangunan kedai..tak mata korang kena alert sebelah kiri.. jalan ni kalau terus je sampai ke pintu masuk utama Hongik University.. Cafe ni berdekatan dengan mini market.. dan pastikan nampak sign board kecil tu ye..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law