Wednesday, February 20, 2013

Majlis Konvokesyen ke 25 UUM

Assalamualaikum......


Wah... Lama dah tak berupdate blog ni kan... Tak tahu la dah berhabuk tahap apa ntah.. Ni nak cerita pun dah macam cerita basi tahap gaban tapi memandangkan peristiwa ni merupakan peristiwa besar dalam sejarah hidup saya, maka dengan lafaz 'aku membukanya'... Saya pun meneruskan penulisan yang tak seberapa ni.. 


Tahun lepas, tanggal 7 Oktober 2012, Bertempat Dewan Mu'azam Shah, UUM.. Saya dengan rasminya telah menjadi graduan berijazah yang diiktiraf oleh Malaysia.. Alhamdulilah... Sepanjang 4 tahun bergelumbang dengan pelbagai agenda, akhirnya berjaya juga melunaskan impian ibu bapa saya walaupun keputusan saya takde la secemerlang graduan lain.. *Tu namanya belajar main-main walaupun dah ke menara gading*... Hehehe.. 

Kad Undangan kepada Ibu Bapa

Masa dalam dewan tu, agak sebak sikit la bila ada part muzik yang menggambarkan ibu bapa di dewan... Serius, saya pun hampir menitiskan air mata... Air mata kegembiraan sebab dapat berbakti kepada ibu bapa dengan memegang segulung ijazah... Dah la, tak nak story pasal sedih ni... Kini kita beralih ke cerita luar pulak ok... Tapi sebelum itu, korang kena tatap dulu gambar-gambar di bawah.. 




Bersemangat nak juga balik topi ni.. *Adat la katakan*

My family tapi kurang la 2 orang abang.. Sebab jauh... :)

Serius saya cakap, bila keluar dewan, habis semua kawan-kawan saya hilang.. Memang tak sempat la nak bergambar walaupun dengan MY BFF... Waaaaaaaaa!!!! Sedih ma... Saya sambar jer kawan-kawan yang mana lalu depan saya.. Kenapa tak call dieorang??? Mane la dieorang ada masa nak mengangkat phone call bila masing-masing dah sibuk sakan bergambar.. Lagi pula yang duduk jauh dan balik malam tu juga macam family saya.. Time dah singkat sebab sesi saya sebelah petang.. Tu yang terkejar-kejar masa.. Keluar dewan pun langit dah macam pukul 7 petang...


With my BFF

I LIKE THIS PICTURE!!!!

Hasil pemberian family dan adik angkat... :)

Terima kasih la kepada semua pensyarah yang mengajar saya disepanjang menuntut ilmu di UUM.. Kepada kawan-kawan yang tak pernah jemu berada di sisi saya ketika suka dan duka dengan kerenah masing-masing.. Saya enjoy dengan life di UUM walaupun ada kenangan pahit... :) Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law