Wednesday, April 24, 2013

Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Sini!!!

Assalammualaikum....

Halo!!!! 
Lama betul dah tak update kat blog tercinta ni.. ni la padahnya bila cik tuan tanah dah mula busy-kan diri dengan hal yang tentu hala... Ni pun nak cerita yang agak berbasah basi juga la dikatakan oleh saya... Huhuhu... ok.. straight to the point la.. kang readers kata saya ni suka mengarut ntah apa2 pulak kan??? 

2 bulan yang lepas... *kan dah kata cerita basi... - sila gelakkan saya ok-....* after saya pergi tengok KZTD Hafiz Hamidun... *yang mana tak faham tu sila la baca entri ini dulu ok...* KZTDHH  Saya pun planning la dengan 2 orang bff nak pergi melancong ke mana... fikir punya fikir... antara 2 pilihan, sama ada mau pi Legoland or Pearl Hebour (Hello Kitty punya rumah)... Dan the result.. Kami pun pergi ke LEGOLAND!!!!! Sebab memandangkan cuaca cerah dan mendamaikan, dah tentu best main game kat Legoland kan?? Memang excited giler la sebab first time ke sana dan memandangkan kawan saya, si nad tu staff di situ, mudah la kami mendapat separuh harga tiket... Hehehehe... ni la manfaatnye bila ada kawan bekerja di tempat pelancongan yang mahal tiketnya... Ok, masa tu memang tak ramai orang la sebab bukan waktu kemuncak or cuti awam.. hanya hari minggu biasa jer... so, senang la kami nak bergambar2 tanpa ada rasa segan dan malu... Sila skroll ke bawah.. Malas nak cerita panjang...


Saya di cover Legoland
Sempat la menatap snake yang terpanjang ni walaupun legonya ada yang dah berterabur...


kami enjoy di ruang ni.. punye la best dihayunkan di roolercoster *betul ke saya eja??*
Walaupun nak berlepas, sempat snap.. comel masing2..

Bab roolercoster tu memang semua kami main, alang2 dah masuk dan bayar tiket separuh harga, lebih baik basahkan terus baju kami... serius ni first time saya main benda alah tu.. gemuruh, gementar dan takiut memang tak dinafikan tapi nak merasa enjoy tu yang memberanikan diri.. Hilang semua stress saya bile berada di roolercoster yang begitu laju dan yang slow... rasa macam nak naik banyak kali... Hahaha... 

Masuk jer theme park yang lain, muka dan hati mula la excited terlebih.. Masih segar diingatan yang kami nak menonton kartun Lego dengan tayangan unggul 4D.. sampaikan saya terlupa nak ambik spek 4D tu.. Hahaha.. bila dah sampai ke pintu depan panggung, pelik la "apasal semua orang ada spek hitam dan aku takde?"... Time tu la gelabah dan cakap kat si nad, "wei aku terlupa nak ambik spek, tunggu aku tau!!".. So, dengan langkah kaki yag kecil, berhimpit-himpit pulak orang ke selatan, saya ke utara..*faham tak macam mana situasi ni?*.. cepat2 sauk spek yang hanya tinggal 3 jer.. terus potong Q ke team my bff.. Sorry pelancong2 if saya terlanggar anda.. Hahaha.. -pic kat dalam panggung tak sempat snap sebab habis baju dan seluar dibasahi air dalam story tu..- so, korang tengok la pic kat castel dan mini land Lego dulu...

Ni castel.. masuk tapi banyak bergambar jer kat dalam tu..
Penjaga saya ketika di dalam castel... Haha
Suatu masa dahulu, buku ni diperbuat daripada LEGO... *hehehe*
Ni negara Brunei.. Salah satu negara yang bakal saya lawati...
I L.O.V.E. NIKON!!!!
Ni bandaraya Johor Bahru...
Kami berlatarbelakangkan KLCC, Legoland.. Bukan Kuala Lumpur...
Meh saya agarkan muzik dengan alat2 permainan ni...

Roolercoster yang bermuka game zuma tu yang membuatkan orang ramai riuh rendah.. mula-mula malas nak masuk sebab takde bawak baju lebih.. game air memang akan membasahi baju dan seluar.. Tapi apakan daya say, nafsu dan dorongan si nad ni membuatkan saya tak serik naik roolercoster.. Redha jer la baju, seluar dan tudung basah... Huhuhu... 

Ni part yang best

Dah penat tonton macam-macam ragam, kami pun lepak-lepak kat mini land sebab memang awalnya tak nak berjalan ke theme park tu.. yelah, aktiviti membosankan dengan hanya melihat keunikkan lego dibentuk.. So, penat pusing2 dan tonton teater muzikal mengenai "Detektif Bahaya", saya pun naik train dan berjalan-jalan sambil melihat ada tak buah tangan yang bole dibeli... Malang seribu kali malang, memang takde la.. Mahal2 jer barang kat sini...
Kami di akhir pelancongan... Nad, me dan Diana

Ok la.. rasanya dah penat menaip story yang panjang ni mengalahkan informasi terkini pulak... Pic ada lagi tapi memandangkan readers pun dah naik menyampah tengok muka saya ni, better anda yang belum follow saya di FB, sila follow... Di situ ada pelbagai reaksi muka yang cun2... Hahaha.. Apa2 pun kami semua enjoy dan rasanya tak rugi memanfaatkan masa hampir setengah hari di dala tu.. TQVM Nadia dan Diana... Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law