Friday, November 7, 2014

Kembali Bertaut Kasih Kita

Assalamualaikum.....

Perghhhh!!!! Lama giler cik tuan tanah ni tak update dia punya blog... Rasanya dah dekat berkurun lamanya.. Sebenarnya banyak benda nak dikongsi dan nak diceritakan tetapi akibat kekangan masa dan kerja, ini la padahnya... Blog kesayangan juga yang menjadi mangsa...

Tetiba muncul post jadi tajuk "Kembali Bertaut Kasih Kita"... Aduhyai... Tittle tuuuuuuu rasa macam nak melompat-lompat keriangan pula kan... Hehehe... Sila lompat semua, kasi gegar ini tanah.. 1... 2.. 3.... LOMPAT!!!!

Okay!!! Okay!!! Lama dah tak berkasih mesra dengan korang semua kan??? Actually takde benda special pun nak cerito about tittle tu.. Cuma nak katakan yang saya nak beraktif kembali dengan dunia blogging ni... Itulah sebabnya adanya 'Kasih'... 'Bertaut'.... 'Kembali'..... Eh!! Terbalik pula... Pandai-pandai la korang susun ayat tu semula... Yang penting point apa sudah nampak kan??

Mungkin ada yang tertanya-tanya la : - 

1. Mengapa baru sekarang sedar yang blog dah ditinggalkan begitu lama?
2. Kenapa tetiba muncul kembali?
3. Dah takde cerita ke nak dikongsikan?
4. Dah tak berminat ke dengan dunia blogging?
5. Dah tak nak jadi ahli blogger ke?


Rasanya cukup la dengan beberapa persoalan tu kan... Sebenarnya setiap kali memandang dan membaca blog orang lain, memang rasa teruja sangat nak up cerita kat blog sendiri.. Nak berkongsi rasa dengan korang... Tapi tu la, MOOD dah pergi jauh... Tugasan kerja dan tanggungjawab sampingan banyak sangat.. Dan sekarang baru la rasa senang sikit nak bernafas dalam lumpur kerja tu.. TAK BERMINAT DALAM DUNIA BLOGGING???? Tipulah kalau saya katakan sudah hilang minat, sebab saya bukan jenis yang senang nak meluahkan apa yang dirasa secara depan-depan.. Tu yang saya belajar menulis dalam blog.. Walaupun takde review blog atau follower, takpe.. Asalkan rasa kepuasan apabila dimuntahkan apa yang terbuku dihati.. 



Ok, kalau tak kerana dunia blogging ni, takdenya la saya kenal ramai blogger popular, stalker blog mereka, puji penulisan mereka dan berkawan dengan mereka.. Saya seronok berkawan dengan mereka, pelbagai latarbelakang pun ada... Apa-apa pun, saya still lagi berminat dalam dunia blogger tetapi atas kekangan yang sukar dielakkan, tu yang menjadi tak aktif... Ok la... sampai di sini dahulu sebab ada yang sudah memandang sinis dengan matanya ke arah saya.... Ok... Adios... 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law