Monday, January 31, 2011

HAQ.....

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia... Hanya entri ringkas je... Hehehe... Petang semalam pergi menonton wayang.. Agenda yang tidak diduga oleh saya.. Mentang-mentang la duit PTPTN dan masyukkkkk, pekena wayang setiket memang best... Hehehe.. Nak tahu wayang ape???? TADAA!!




Ni la filemnya... HAQ... Sudah berada dipanggung seluruh Malaysia bermula 27 januari lalu... Hehehe... Sinopsis???? Meh saya ceritakan... Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Filem ini berkisarkan tentang Haq {Lakonan Zul Huzaimy}, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) {Lakonan Ady Putra} yang merupakan seorang yang bijak dan adik angkatnya. Haq mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu boleh mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Wednesday, January 26, 2011

Penat sangat

Assalamualaikum...

Perghhhhh!!!! Penat sungguh saya hari ni walaupun hari selasa bebas dengan segala aktiviti mesyuarat tepi tingkap atau seberang tingkap, perbincangan dalaman atau luaran serta kelas yang berterusan tanpa henti... Huhu... 

Pagi macam biasa, menyiapkan segala homework yang perlu disubmit khamis ni.. Tu pun baru siap 50%, lepas tu duduk melepak bersama-sama 'Sahabat Blogger' kat mukabuka... Tak habis dengan kerja tu, saya pun mula menbusykan diri dengan berwalking ke blog-blog baru dan kenalan baru.. Seronok sampaikan hampir-hampir terlupa nak pergi beli makanan tengahari... Lepas zuhur, terus terbongkang kat atas katil... Hahaha... Al-maklum la, saya ada tabiat buruk iaitu suka tidur lepas makan tengahari tapi badan still maintain... Ni yang saya suka buat tiap kali ketiadaan kelas... 

Petangnya pulak, saya mengada-ada nak follow my BFF pergi berjogging = berjalan-jalan kat Tasik Gatri... Padahal dalam keadaan sedar dan waras, malam nanti ada latihan silat, konfom penat punye... Tapi hati berkata, "aku mesti kuat, bole tahan lasak punye"... Tup-tup, latihan silat tadi sungguh memenatkan.. Lepas buat buah asas, sambung buah jatuh, and then buah potong dan akhir sekali buah tamat.. Walaupun tak banyak buah, tapi perghhh!!! Lulut memang lebam la.. Lebam tranning minggu lepas pun tak hilang lagi... Huhuhu... Apa-apa pun, memang best la traning tadi.. Happy-happy je... Tegang semua segala urat dawai saya.. Yang kelakarnya, partner saya ni, dia nak buat satu buah ni tapi salah sepak.. Patutnye sepak kat rusuk saya tapi dia pergi sepak kat punggung... Tak cukup kat situ,kali ke 2, dia sepak kat betis pulak.... Hahahaha... Sampaikan tergelak penyelia kiteorang...


Partner saya yang keje sepak saya pakai baju warna purple a.k.a S/U

Diam tak diam, saya pun dah masuk Ijazah Tamat dan dalam proses untuk menghabiskan segala buah tamat... Semangat semua!!!! Entri ringkas je ni.. Dh la penat, esok pagi kelas mula pukul 8 pagi.. Nasib baik 2 kelas je untuk esok... Hehehe... Adios.. 

Sunday, January 23, 2011

Ntah apa-apa je

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia dan salam ukhuwah buat teman-teman blog saya.. Cewah... Ayat tetiba nak skema pulak kan.... Huhuhu.. Entri kali ni memang membosankan pembaca sebab saya hanya akan taip beberapa perenggan je.. Kombinasi gambar dan cerita yang tak seimbang akan menyebabkan blogger seperti saya tidak berminat untuk menaip... Sila la view gambar saya sepanjang majlis perkahwinan abang saya.. Muka saya yang tak pernah di majke up, tetiba disuruh make up... Ditambah dengan pelbagai gaya yang secukup rasa... Jangan tak cuba pulak.. Penat berpossing ni...  Full Stop!



Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 2

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan Salam walimaturus dari pihak pengantin.. Cewah.... Perkahwinan pihak perempuan fasa 1 sudah ke udara.. Kini, fasa 2 sedang berkumandang di blog ni.. 

Keesokkan petangnya, saya masih lagi menjalankan tanggungjawab serta tugasan yang harus dilakukan dengan sebaik mungkin... Kerja apa lagi, menjadi jurufoto bagi majlis berikutnya.. Tanggal 16hb januari 2011, abang saya pun melangsungkan persandingan yang disaksikan ramai orang... Pelbagai dugaan yang harus abang saya tempuhi sebelum sampai ke 'ISTERI' yang baru dinikahinya malam 15hb januari 2011... Sila view gambar di bawah yang menunjukkan bukti kukuh terdapat 3 tol yang harus diberikan rasuah... Tol pertama, siap berbesen-besen.. Tol kedua, menghalang pintu masuk rumah pengantin.. Tol ketiga pulak, mak andam pun nak disuap juga... Tak cukup lagi ke dengan bayaran yang diberikan??? Huhuhu


Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 1

Assalamualaikum.. 


Selepas aktiviti saya menjadi seorang guru sambilan selama 3 hari.. Cewah... Berbangga kejap la.. Sila link  INI untuk mengetahui apa maksud 'seorang guru' saya... Huhuhu.. Kini saya bertukar jabatan lain, menjadi pembantu kepada seorang wedding planner.. Fuh!! Kerja nak hebat je cik sue ni kan??? Cukup-cukup la dengan ilmu yang tak seberapa nak ditunjukkan tu.. Tapi serius la my readers, saya membantu akak saya dalam menyiapkan barangan hantaran serta sedikit sebanyak keperluan untuk perkahwinan abang saya.... Tetttttttttt... Bukan perkahwinan saya la... Tak percaya ke? Meh saya menjemput anda dengan kad jemputan yang bukan VVIP punya... 


Kad jemputan VVIP....


Alhamdulilah... Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa barangan hantaran yang dibuat last minit... Akhirnya sempurna juga kerja sambilan saya... Tadaaaaaaaaa!!! Hantaran dari pihak lelaki serba serbi warna SILVER... Idea datang khas dari kakak saya sendiri... Sila katakan ianya kreatif.. Jika tidak _____________....... Faham-faham sendiri ok...



© . | Blogger Template by Enny Law