Monday, October 19, 2015

Jeju Island PART 3 - Teddy Bear Museum

Assalamualaikum.. Annyeonghaeseo...


Today alhamdulillah.. cuaca cerah.. bole berjalan sampai lebam.. bole ambil gambar dengan bahagia dan gembira sebab cuaca mengizinkan aku bergambar.. Ceh.. podah la.. 

Hari ni nak pergi 3 tempat yang popular di Jeju.. dan hari ni last day di Jeju... Sob..sob.. sob.. Sedih rasanya nak tinggalkan Jeju.. Rasa macam dah jatuh hati je kat sini.. Ok, belum jatuh hati lagi dengan oppa2 di sini ok.. belum jumpa yang hati dan jantung berdegup-degup..

Perjalanan nak ke Teddy Bear Museum ni memakan masa dekat sejam lebih la.. Kami kena ke terminal bas dulu.. beli tiket bas dan berjalan kaki.. Hahaha.. nama tempat, maaf tak dapat nak ingat.. aku memang lembap sikit bab nak ingat nama dan jalan.. Aduh macam mana la nak travel sorang2 kalau macam ni gayanya.. Hampeh betul la aku ni kan.. dalam bas tu sempat la snap beberapa gambar. pastu tertidur.. hahaha.. sabar je la.
 Tak banyak kenderaan pun..
 Salah satu bustop..

Kami turun tak jauh dari Teddy Bear Museum ni.. Berjalan kaki dalam 10 minit je dari jalan besar.. Nama jalan,.. jangan ditanya, aku tak ingat.. sambil jalan tu, mata pun ke kiri ke kanan.. suasana perjalanan memang nyaman.. kebetulan kami pergi ni hari bekerja.. so, takde la ramai orang sangat.. Area sini memang ada banyak pilihan tempat yang menarik.. dan jaranya pun takde la jauh mana.. So, korang bole pilih nak pergi mana dengan jalan kaki sahaja.. Nak balik?? Jangan risau, teksi banyak di sini.. Meh layan gambar dulu..

Sempat lalu jer.. Next time baru pergi la.. 
Map pun ada, so korang takkan sesat la..
Studio beliabelieve or not.. takde dlm package ok..
Tadaaa!! Sampai pun di sini
Akibat kemera main hujan semalam, maka gambar pun berjerebu..


Teddy Bear Museum ni takde la besar  mana pun.. Tapi kalau dah ko ni memang gilerkan teddy bear, maunya jenuh nak snap gambar setiap jenis teddy bear.. Tu belum lagi nak baca story morry disebalik pemakaian di setiap teddy bear ni.. Haram jadah aku nak baca satu2.. Hahaha.. Yang pasti ada la ambil setiap gambar teddy bear even tak dapat ambil setiap satu bersama teddy bear besar yang khas.. Meh layan lagi gambar apa yang ada.. 





Alahai comel bebenor la teddy bear kat sini.. Geram je aku tengok..
Yang part ni memang tak sempat nak membaca satu2.. Snap2 gitu terus blah..
Siapa yang tak kenal dengan drama korea yang berpakaian mcm tu??
Jangan tengok utk budak 18SX kebawah..

Part yang aku paling suka bila dapat tengok revolusi teddy bear ni.. Dari era zaman dulu hingga la ke zaman smartphone ni.. macam mana la dieorang nak buat baju teddy bear ni untuk setiap cerita dan movie dan sejarah.. Memang terbaik la bila bercuci mata kan sini..




 Selfie dengan aku, memang tak bole dipisahkan..










Comel tak?? Ok fine, bukan aku yang comel tapi teddy bear tu kan.. 
yang ni aku tak sure cerita apa sejarahnya.. tak sempat datang dekat..
Yang ni bersuara.. dan bergerak tapi tak makan kami ok..
Level bawah tu untuk snap picture dan shop teddy bear..
Part di sini memang kenangan betul.. excited mak nak... hahaha

Konon la teddy bear tu pegang bumi.. 

Dalam banyak2 level.. level yang ni la aku suka sebab ada Instagram Soonsim.. Hahaha.. Jeles maa sebab si Soonsim ni dah banyak tempat yang dia travel.. sedangkan aku baru menjejakkan kali di Korea.. Sob..sob.. Aktiviti si Soonsim ni memang banyak.. selain suka selfie.. Hahaha
  
Nampak tak tu????
Meh kita turun ke level bawah..

Part kat level bawah ni la aku rambang mata.. Rasa macam semua teddy bear aku nak angkut bawa balik.. Tapi memandangkan bajet ciput, kena la batalkan niat nafsu haloba tu kan.. Selain teddy bear yang dijual, baik harga murah mahupun harga mahal, ada juga beg, payung, yang dijual.. dan yang pasti siap ada tulis "Teddy Bear Musem" "Made in KOREA".. Nampak tak exclusivenya di situ.. Aku memang pantang bab2 shopping benda yang memang ada trademark macam tu.. Sebagai kenangan kita dah sampai dan jejakkan kaki kan..

Me with Michael Jackson..

Jom pulang bersama anak2...
Tak mampu nak beli, so ambil gambar pun jadi la..
Serius Comel!!!



Bukan teddy bear je.. Panda in The House pun ada..


Jom bergossip dengan bear gojes ni..
Air apa la yang si comel ni minum??
Adjussi teddy jual apa tu???

Bila dah penat pusing2 tengok teddy bear, aku pun terjoin la sekali Theater Elvis ni.. Bukannya apa, dah bayar kan, so bedal je la apa yang ada daripada rugi duit tiket.. 10 minit je pun.. Just Huhuhuhu Hahahahaha... Sing the song... Tu je.. tapi happy la tengok kecomelan teddy bear tu beraksi... Hahahaha... *Lalalalaalalala....................

Jom joget bersama Elvis..

Sebelum keluar dari Museum ni, sempat la beli beberapa cenderhati untuk kenangan.. Aku beli yang murah2 je.. Tak mampu nak beli mahal2.. Yang penting benda tu bole digunakan ataupun disimpan tak telan dek masa.. Apa aku beli??? 
 Poskad  je.. 600 Won..
 Poskad juga.. 600 Won edisi Drama 'Princess Hours"..
Frezee Magnet

Kenangan bersama teddy bear couple bersama hanbok.. Jom pulang bersama daku..
Relax santai bersama Adjussi dan ahjumma yang comel.. 
Me and Big Teddy Bear in the House..
Akhirnya dah jejak dan tinggalkan jejak kaki di sini..

Kesimpulannya, kepada peminat Teddy Bear, memang wajib datang sini.. Tak rugi pun.. actually aku imgatkan aku pergi Teddy Bear Farm.. rupanya just museum je.. Bole la asalkan dapat snap2 dan beramah mesra dengan teddy bear comel2 ni.. Hahaha.. Next destination please!!!.. 

Friday, October 16, 2015

Jeju Island PART 2 - Angin Jeju Island

Assalamualaikum.. Annyeohaseo...

Kembali semula kita untuk bertemu di alam maya.. Hehehe.. Ok, meh cik tuan tanah nak sambung cerita.. Lepas je mendaki, kiteorang pun decide nak balik hostel.. Memandangkan hujan masih renyai2.. badan pun dah letih.. kaki pula jangan dicerita la.. Ha!! Kaasut! Aduhyai.. Masalah besar ni..

Kan seharian hujan, so kasut pun dah masah kuyup.. dah bole bela ikan dan ikan pun bole berenang-renang.. Aku pula memang tak membawa kasut lebih.. sandal pun tak bawa sebab nak save ruang beg .. Dah takde cara dan jalan keluar yang lain selain membeli sandal atau selipar baru.. Terbang la duit won aku... Kalau tak beli, takkan la nak pakai kasut berbau tu.. confirm la orang sekeliling pengsan..
apa yang aku beli????
Tadaaaa!!!

Beli la selipar toilet ni.. untuk kegunaan time kecemasan dan berjalan malam di luar bilik.. Ni la paling murah dan size yang comel.. Pink dengan aku memang tak boleh dipisahkan.. Tapi kan ni la barang pertama aku yang akan aku bawa balik sebab MADE IN KOREA.. Hahaha.. sanggup tu mencari selipar made in korea ni.. Haha.. Aku beli kat E-Mart je.. kiranya supermarket kecil yang tak jauh dari hostel.. Selesa pakai.. dan lembut je getahnya.. produk yang bagus.. 

Lepas mandi, solat dan rehat sekejap.. dah malam.. perut memang lapar la sebab makan donut je tengahari tadi.. Dalam pukul 8 malam, kami pun gerak la nak mencari makanan dengan perut dah berkeroncong siap menari-nari lagi.. Ok,.. mencari makanan di waktu malam tak la susah sebab kebanyakkannya restoran seafood memang sudah buka.. Tapi kami pun takde idea nak makan apa.. Jalan dan teruskan berjalan.. pusing sana, masuk sini.. belok sana.. Last-last nampak la restoran Mr. Pizza.. Lebih kurang macam Pizza Hut la.. Naik je la.. harap ada la benda yang bole dimakan.. Tengok menu.. cari makanan yang takde daging.. So, jumpa la 2 menu je iaitu Pizza Udang + Sayur dan Pizza Sayur sahaja.. So, apa kami makan??? Minum biasa la air pepsi je yang bole.. Air tu kami kongsi je.. ambil 2 gelas dan bole refill 2 kali sahaja.. Sangat mudah dan meringankan duit aku.. Haha.. 

Dalam 15 minit pizza pun sampai dengan seorang budak lelaki yang comel.. Hahaha.. Comel la budak tu.. kawan aku sorang ni memandang budak tanpa berkelip mata kot.. Ingatkan idol mana la datang.. Sebab muka budak tu ada la seiras dengan seorang idol ni.. Ok.. Fine aku tak kenal idol tu... Hahaha.. Aku pula blur2 siapa idol tu.. Sambil makan, sambil fikir.. nak tengok lagi muka budak tu, memang tak bole sebab budak tu dah masuk dapur balik.. Ntah2 pizza ni pun dia yang masak.. Huhu..  Mula la planning nakal kami ni.. Nak ambil gambar bersama budak comel tu.. *Budak lelaki* ok.. Mula la kami pandang-pandang.. mencari budak comel tu.. sekejap ada kat kaunter, sekejap ada kat dapur.. Tak senang duduk kami dibuatnya.. Hehe. Apa-apa pun, kami tetap makan dulu.. 

 
Nampak sedap tak???

Pizza Udang by Mr. Pizza

 Ni jeruk timun.. Aku sorang je yang hadap..

Lepas makan... Alhamdulillah kenyang.. Ok.. dah settle makan, sambung balik kerja nakal kami.. Mencari budak tu.. Niat teguh nak bergambar, walaupun sekeping gambar pun jadi la.. Mulanya malu juga nak bertanya memandangkan aku dengan kawan aku ni tak pandai sangat cakap Hanggul.. Kena la mintak tolong kak emi.. So, apa yang kami dapat????

Tadaaaa!!! Amboi kwn aku ni... melekat terus badan ni..

Before balik tu, kawan aku siap cakap muka dia seiras seorang idol korea, terus budak tu malu.. dan cakap "Kamshaanmida".. Pastu kami nak keluar pintu, dia yang tolong bukakan pintu untuk kami pula.. Ok.. Happy sekejap ada orang layan kami macam tu..Maaf nama tak sempat nak bertanya.. Huhuhu.. Dah.. Dah.. Jom balik bilik..

Terus balik bilik.. Ingatkan bole la lelap sebab dah penat sekali mata tak bole nak tido.. Aku pu fikir ni malam terakhir kat Jeju.. Tak best datang jauh2 tak dapat menikmati keindahan malam di Bandar Jeju kan.. Aku pun cakap dengan kak emi, aku nak keluar kejap.. Nak ambil angin laut dan sambil layan perasan ni.. Kak emi macam tak percaya je aku nak berjalan sesorang.. yang aku ni pun confident level tinggi benar, padahal dalam hati memang nak minta diteman.. Hahaha.. Ok, bila tanya member sorang lagi, gayanya mcam nak tak nak ikut je.. memandnagkan adiknya pun dah nak tertidur la tu.. Huhu.. Last final keputusan, kami semua keluar jua.. Malas nak panjang kan cerita kan.. dan fikir nak enjoy angin malam jeju kan.. Kami gerak dekat pukul 9 lebih juga la.. Mula la langkah berjalan dari sana ke sini... Pusing sana pusing sini.. Tnegok dulu apa yang sempat aku snap.. 

Hello.. Mak abah sihat tak???


 Rumah ajhussi mana ntah aku snap..
 Setiap batu ada Perkataan 'Jeju'.. 
 Shopping Mall underground di Jeju

 Aku tak pasti apa benda ni..

 Art dieorang pun berseni di atas jalan  raya..

Masa kami berjalan ni pun dah pukul 10 malam.. kedai banyak dah nak tutup.. sebab bandar jeju ni tak macam di Seoul.. Masyarakat kat sini rasanya tidur awal juga.. Huhu.. even kedai banyak dah tutup.. masih ada lagi orang yang berjalan sana sini.. dengan kesibukkan hal sendiri.. tapi memang cantik bandar jeju ni diwaktu malam.. anginnya jangan ditanya la.. sejuk sampai ke tulang seperti malam pertama di jeju.. Perasaan aku memang seronok la duduk kat Jeju ni.. Tak rasa stress pun.. Malam2 nak berjalan pun still ok.. ambil angin laut.. Ok.. Sila cari oppa jeju untuk dikahwinkan dengan aku ni ha... *berangan lagi..*...


 
Seluar besar pun berangin2 gitu..


Dan yang bestnya, persekitaran di bandar ni sangat nyaman, bersih dan setiap batu dan penutup longkang, akan di tanda dengan perkataan 'Jeju'.. Kawasan pelacongan yang sangat bagus untuk dilawati.. Aku sebenarnya tak puas lagi berjalan tapi dah nak jauh malam.. dan perlu balik bilik, kemas barang sebab esok petang dan nak terbang ke Seoul.. Dengan hati yang sayu nak tinggalkan Jeju, pergi la balik bilik semula.. InsyaAllah, mana tahu next time datang jeju, bole stay lama sikit.. bagi puas.. Aku pun just sempat berjalan tengok kiri kanan di shopping mall underground tu je.. Alasan masuk situ sebab nak seberang jalan.. Hehe.. Misi aku pun masih belum tercapai?? Misi apa??? Tunggu next entri ok.. 

Cik tuan tanah nak gerak dulu.. Nanti sambung cerita esok pagi di Jeju Island ok... Annyeong.. 
© . | Blogger Template by Enny Law