Monday, November 14, 2016

Seoul -> Busan - Day 2 Bukchon Hanok Village

Assalamualaikum...

Pagi yang sejuk di Seoul.. Jika tengok cuaca macam akan hujan.. Lupa pula nak bawa payung dari Msia.. Pagi hari ke 2 diteruskan ke Bukchon Hanok Village.. Tempat ni sangat popular dikalangan pelancong luar. Ditambah pula free je jalan di sini TAPI tak bole buat bising.. memandangkan ni adalah kawasan perumahan yang masih ada orang tinggal dan mereka mengekalkan rumah tradisional Korea iaitu Hanok..

Last year pun tak sempat pergi sini.. Sampai jer area Bukchon ni, hujan pun turun.. Nak tak nak kena la beli payung.. dah jauh-jauh datang takkan nak patah balik kan.. Settle beli payung, maka bermula la pengembaraan di Bukchon.. Bukchon Hanok Village ni besar juga dan jalan serta lorongnya banyak.. berhati-hati la yer.. Hehehe..

Check point utama.. 

Ke mana sahaja bawa Infinite tu..

 




Serius pemandangan kat sini memang cantik.. ditambah pula banyak Korean drama buat penggambaran guna rumah di sini.. cuma korang kena cari la check point mana rumah dalam drama tu.. aku sempat jumpa 2 rumah jer.. tu pun melilau cari.. ada peta tapi takde tulis check point rumah yang masuk dalam korean drama.. hampeh..

 
Ni set location rumah dalam kdrama 'Oh My Venus'..


Ni set location rumah kdrama 'She Was Pretty'..

aku suka sangat nak seni bina rumah hanok ni..


Di sini ada juga museum dan beberapa hanok yang dibuat sebagai tempat untuk tarikkan pelancong masuk.. kami ni busy sangat mencari check point sampaikan berulang alik turun naik bukit.. Ingat di sini jalannya memang turun naik bukit.. turun naik tangga ye.. 




tak berkesudahan baca map.. dah kat mana la dia duduk tu..

Ha!!! Dah sesat la tu... kita kat mana? jalan apa??

Lepas jalan-jalan kat Bukchon Hanok tu, merayap la area berdekatan.. Ingatkan bole la  tembus ke metro subway.. tapi jalan punya jalan, jumpa jalan besar tapi macam laluan lain jer.. hahaha.. Nampak tak di situ apa dah jadi??

Motif utama nampak poster GD..


Kedai ni pernah masuk dalam Running Man tau..

Kiteorang jalan jer la kat area jalan Bukchon tu.. tengok kedai baru nak buka.. ada cafe .. ada kedai baju.. berjalan dalam hujan ni menyebabkan pergerakkan perlahan ye.. so, sambil-sambil tu, tangan pun snap la beberapa gambar.. 





Memandangkan tak nak pergi jauh lagi takut sesat, makanya kami jalan ulang alik.. dah turun jalan sebelah kanan, seberang jalan di kiri dan patah balik.. Hahaha..

Ingat nak masuk tapi tak jadi sebab fikir duit.. 

gambar mesti berlatarbelakangkan hanok.. 

kesian awak hujan, meh saya payungkan..

 Teddy bear pun nak tengok orang luar juga..
 Walaupun lukisan tu macam tak menjadi, tetap nampak kreatif
 Konsep cafe...

Memandangkan jam pun dah masuk waktu tengahari.. dalam keadaan hujan renyai ni kami pun buat keputusan nak beli churro tu.. nampak sedap dimakan panas-panas dalam waktu hujan macam ni.. 
 pak polisi jaga bangunan sebelah tu.. bukan kedai Churro 101 ye..


Baru perasan yang kedai Churro 101 ni pernah menjadi fenomena dalam rancangan variety show macam we got married under MBC.. kami oder take away je.. dan aku ambil set 3.. 1 batang churro + 1 cup coffee..
 

ice cream + churro tu wawa punya..
Sedap makan time hujan.. 

Berada di sini jer dah makan half day.. Hehe.. disebabkan hujan, kiteorang jalan lambat sikit dan disebabkan tersalah lorong, akhirnya jumpa juga jalan nak ke metro subway... ok, lepas ni ke mana ke kita???

Macam mana nak ke Bukchon Hanok Village:
Subway: Anguk Station, Exit 2.. Korang jalan je terus selepas keluar exit 2.. lebih kurang 300 meter akan sampai kawasan Bukchon Hanok Village..
 

Seoul -> Busan - Day 1 Dotta Shopping Mall (DOTS Exhibition)

Assalamualaikum...

Hye semua.. Ni la kalau dah syok menulis, 1 hari bole up beberapa entry.. Kalau dah takde mood nanti, berhabuk la blog tu.. Hahaha..

Last tempat untuk malam pertama *pergh.. ayat 'malam pertama'.. Hahaha.. aku masuk Dotta Shopping Mall sebab nak kejar DOTS Exhibition.. Misi menjejaki Captain Yoo Si Jin.. 

belum melangkah masuk dah jumpa... Love u la..

DOTS Exhibition ni sudah bermula sejak ogos lalu dan dilanjutkan sehingga november tahun ni kalau tak silap aku.. aku dapat tahu pun melalui FB Images of Korea.. pengaruh drama ni memang memberi impak yang besar dalam dunia hiburan drama di Korea dan di Asia.. ditambah pula heronya adalah Song Joong Ki yang tampan baru lepas keluar dari menjalani latihan ketenteraan.. Sesuai sangat watak tu dibawa oleh dia.. apa yang ada dalam tu?? Meh, kita terjah!!

Oppa bagi batu jodoh... err.. 

diapit oleh mereka..

Dalam hall ni banyak standee captain Yoo dan juga ada la standee Joong Ki.. lepas tu ada la dekorasi beberapa set yang best dalam drama tu.. contoh?? bole review scroll ke bawah.. hehe

awak dah bagi, saya akan simpan batu ini..

siapa ingat tempat ni scene apa??

meja makan dieorg dlm DOTS

Scene ni aku tak ingat yang mana 1 ada kerusi macam ni..

part di mana Cap. Yoo Si Jin buka tingkap..

Last gambar sebelum balik.. dan rasanya Captain Yoo Si Jin nak bawa aku ke mana la tu.. siap tarik tangan i bagai.. ish... ish.. 

hamba turuti apa yang kamu minta..

Lepas berdrama habis di Dotta Mall, maka aku kembali ke dunia realiti.. Haha.. sebelum balik ke hostel, sempat la ambil gambar depan Dongdaemun Design Plaza dalam waktu malam.. Hahaha.. tadi masa mai, lupa nak snap sebab teruja sangat nak jumpa captain Yoo.. 

Ni la Dongdaemun Design Plaza.. 

Maka berakhir la, hari pertama di Seoul.. Sebenarnya selepas keluar dari Dotta Mall tu kami pergi ke Good Morning City Sparex sebab kawan wa ada tempah botol pepsi yang edisi IKON.. benda tu kena beli 1 set besar air pepsi + popcorn.. Berjam juga la duduk kat cinema sebab nak habiskan popcorn.. padahal bukan tengok movie pun.. Pastu, tengok jam dekat pukul 11 malam, cepat-cepat kiteorang keluar.. tak tak pasal pasal balik jalan kaki... Ke mana perancangan hari ke 2???

Seoul -> Busan - Day 1 - Line Friends Store, Myeongdong & LED Dongdaemun Design Plaza

Assalammualaikum... 

Bertemu kembali ye... Aku blur kejap lepas makan tu, tak tahu pergi mana.. rasanya jalan-jalan area Myeongdong Street sampai dah nak malam.. Tengok kedai kosmetik, cari stocking lepas tu turun Myeongdong Underground Shopping Center untuk survey harga album.. Lastly aku pula yang dah terbeli album.. jenuh tu nak pegang album dan poster ke mana-mana.. korang tengok la nanti bawah tu ada gambar aku pegang plastik hitam dan ada gulungan poster..

Masa jalan-jalan tu, memang ikut schedule nak pergi Line Friends Store di area Myeongdong juga.. Pusing pusing akhirnya jumpa juga.. Sejak Line ni popular di Korea, mula la muncul cafe dan shop.. Asalnya nak pergi yang di Sinsa Station tapi jauh dan dah ada new branch di Myeongdong, apalagi sekali jalan la.. 

Aku salah hari ke salah baju.. Sama warna dah..

Apa yang menariknya dalam ni?? Takde apa tapi sebabkan Line Friends Store ni takde kat Malaysia, tu yang teruja nak pergi.. Hahaha.. Misi masuk dalam ni nak tengok-tengok harga dan ambil gambar je la..

Sajer la tu nak post muka termenung..



Semua sudut aku nak ambil gambar tapi sudut barang-barang tu tak ambil pun.. tengok harga jer dah kecewa... Hahaha.. ni jer la mampu akak jadikan kenangan.. Oh! Ya!! Line Friends Store ni ada lagi branch.. Antaranya di Itaewon.. lepas balik msia baru tahu yang kat Itewon punya Line Friends Store lagi besar... Ok, Next trip please!!!

Belon tu pun nak juga..

Nak peluk adik Brown ni la..


Lepas siap bergambar sakan, masih pusing area Myeongdong street.. tengok apa makanan nak makan tapi perut pula masih kenyang.. So, tangguhkan jer la.. lain hari masih ada..  Jalan punya jalan, masuk la sekejap kat Nature Republic tu sebab nak tengok kedai music korea je.. pastu terjumpa stande idol... Not sure siapa idol tu.. hahaha...

Blur.. ni idol mana ye..


Rasanya dah puas lepaskan rindu kat Myengdong ni, kami pun direct pergi Dongdaemun.. Nak pergi tengok LED Rose Garden kat Dongdaemun Design Plaza (DDP).. trip sebelum ni tak sempat nak pergi, so kali ni kena mai.. 

Cantik sangat.. 

Depan tu Dotta Mall..

Cantik kan!! Bukan aku.. 

Nampak tak Dotta Mall tu???

Dari jauh dah nampak banner Song Joong Ki ni.. dah memang dah plan nak pi jejak Captain Yoo Si Jin ni.. Jom ke Dotta Mall!!!!

Macam mana nak ke Line Friends Store @ Myeongdong
Subway: Myeongdong, Exit 6. Keluar exit 6, belok kiri dan jumpa Nature Republic yang main branch (besar punya), belok kiri.. Line Friends Store ni berdekatan dengan SPAO/WHO A U/ BEANPOLE..

Macam mana nak ke LED Rose Garden DDP
Subway: Dongdaemun History & Culture, Exit 1 @ 2.. Keluar dari exit, akan nampak bangunan DDP tu.. jalan terus melalui bangunan DDP..

Seoul -> Busan - Day 1 - Yoogane Restaurants, Myeongdong

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.. Alhamdulillah selamat dah sampai ke Seoul Station dengan baiknya.. Before that tak pernah sampai ke Seoul Station ni sebab takde sebab musabab nak turun di sini.. Hahaha.. Seoul station ni sama juga macam Busan Station.. Besar dan banyak exit dan banyak laluan.. So, korang kena alert la dengan papan tanda arah.. Untuk ke Metro subway, lain bangunan tetapi tak macam di Busan.. Di seoul station ni korang just turun bawah melalui pintu gate utama (pintu masuk-keluar) Seoul Station.. Ada excelator.. Jangan risau ok.. 

Dari Seoul Station terus gerak pergi hostel memandangkan jam dah menunjukkan hampir pukul 3 petang.. hostel aku stay tu namanya Sinseoldong Station Residence. Ni kira motel juga.. sangat budjet sebab kiteorang nak lebihkan duit kat makanan.. Bab hostel ni nanti aku cerita entri lain ye..

Berbalik ke tajuk utama, selepas check in semua, rehat la sekejap dalam 30 minit.. Terus keluar ke Myeongdong.. Lapar dah perut.. Nak cari makanan.. So, yang aku tahu benda paling senang dan mengeyangkan pergi je ke Yoogane Restaurants ni.. Last year aku pernah makan, so dah tak kisah.. Tapi si wawa ni first time.. 

https://dashared.files.wordpress.com/2013/08/yoogane.jpg
pinjam dari Google

Kat myeongdong, Yoogane ni ada 2 branch kalau tak silap aku.. kalau korang tanya, halal or tak, jawapan aku memang restaurants ni NON HALAL tapi korang just oder Marinated Seafood Fried Rice.. Bole juga nak tambah cheese or dokboki or ramyeon noodles tapi harga lain.. so kena tengok apa yang korang nak makan.. 

http://www.theseoulguide.com/wp-content/uploads/2013/09/yoogane_myeongdong_branch_menu_page_2.jpg
Ni menu yang korang bole tengok..

dieorang akan masak depan korang..

Panas-panas makan ni memang sedap.. lagi satu memang kenyang.. oder untuk 2 orang pun tak habis makan.. jeruk lobak putih tu korang bole ambil free jer.. nak topup banyak kali pun bole.. aku ambil sikit je sebab wawa tak makan.. air masak dieorg bagi.. jangan risau, air masak memang free di mana-mana restaurants di Seoul..

Perut dah lapar, so, siap je masak.. aku bedal terus.. tu pun dah nak habis, semput nak habis kan.. akhirnya kecundang jua.. tinggal sikit2 jer.. wa pun dah tak mampu nak masuk.. al-maklum la bila perut dah masuk angin, dah tak bole masuk banyak makanan..

ada lagi saki baki tu..

Bagaimana nak ke restaurants ni?? Sebenarnya dah banyak blog tulis tempat ni.. kiranya restaurants ni dah popular di kalangan pelancong malaysia.. tapi aku sertaka juga la apa yang penting untuk korang makan di sini.. 

MYEONGDONG BRANCH
1. 66-6 Chungmuro 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul
2. 3-1 Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul
ada 2 branch dan branch dieorg pun tak jauh antara 1 sama lain
Myeongdong station exit 8, jalan terus je..

Pinjam dari Google


Ok.. Done pasal kedai ni.. ke mana kita lepas ni???? Nantikan entry seterusnya..














Seoul -> Busan - Day 1 - Busan Station

Assalamualaikum...

Lama dah cik tuan tanah ni tak bersihkan blog dia kan.. asal muncul jer mesti nak up entry pergi bercuti la tu.. hehe.. berkongsi pengalaman bercuti jer la yang cik tuan tanah mampu belanja semua readers.. 

Kali ni aku bercuti panjang selama 2 minggu di Korea Selatan.. Aku ke Busan dan Seoul. Kenapa Korea lagi?? kenapa seoul lagi??? Jawapannya aku tak puas lagi explore seoul... misi kali ni nak kejar oppa Infinite memandangkan dieorang tengah promosi comeback.. Harap-harap berjaya la capai misi tu.. amin.. *mata dah bling2 tengok gambar oppa2 infinite*..

Trip kali ni aku pergi berdua jer secara backpacers.. tak menggunakan agent memandangkan aku dah kali ke 2 dan my travel partner dah kali ke 3 turun korea.. Harap-harap trip kali ni berjalan lancar.. So, bermula la pengembaraan aku selama 14 hari dengan bajet yang hanya 5k.. 

Tiba masanya nak berlepas
Tada!! ni la travel partner kita.. comel kan...
Fly to Busan
Trip kali ni aku turun ke Busan dan balik pun ikut Busan, planing asal sebenarnya lain.. Tapi takpe la, at least dah jejak kat Gimhaee International Airport kan.. Sampai Busan memang akan direct pergi ke Seoul.. Jelajah Seoul dulu baru ke Busan.. Sampai ke kat airport, muka dah blur kejap sebab nak cari metro subway punya terminal.. Keluar masuk airport domestic pastu akhirnya jumpa metro terminal dan topup T-Money.. lepas tu terus on wifi untuk check laluan ke Busan Station.. Dan akhirnya sampai di Busan Station. Untuk pengetahuan anda, Metro subway dengan Busan Station ni lain bangunan.. Tapi takde la jauh bebenor.. seberang taman sikit jer..
Busan Station


Dah bergambar depan Busan Station, meh la kita bergerak beli tiket.. On the sport beli. Ada juga terbaca orang cakap kena tempah online dulu tapi tak ingat pula tiket yang mana.. Harga 1 tiket per person 59,800 won = RM 234.00 untuk sehala.. mahal kan.. ok.. keretapi laju la katakan..selepas beli tiket, kiteorang terus turun bawah kat pintu gate sebab memang waktu lebih kurang 35  minit sebelum berlepas..  

train ktx sebelah kiri ok..

cari seat dan duduk..

So far, semua dah tengok movie Train To Busan kan? ok, dalam train memang sebijik la sama.. ruangan duduk ok.. takde la sempit sangat.. siap ada meja kecil yang macam dalam kapal terbang tu.. memandangkan luggage aku agak besar dan aku malas nak letak atas sebab aku ni rendah.. susah nanti nak ambil luggage masa keluar train.. so. jalan terbaik selit je luggage tu kat ruang kaki.. Nasib baik luggage kecil jer..
Ni la tiketnya

Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit.. ada juga stop beberapa station.. ok, aku tak ingat ada stop berapa kali sebab sempat zzzzzz.. last station memang di Seoul Station.. Alhamdulillah.. selamat sampai walaupun badan ni penat dan punggung ni dah naik panas sebab asyik duduk jer.. hehe.. tapi mesti sampai je Seoul, check in terus keluar cari makan.. 

Fuh.. perut memang tengah berdansa dengan macam-macam tarian tu.. last aku makan roti masa dalam bas dari Johor ke KL.. kat airport nak makan tapi masih kenyang lagi.. Pastu ingat turun Gimhee Airport, nak beli banana uyu, sekali dah busy cari metro subway.. terus lupa.. haha.. 

Ok.. to be continue bila dah sampai Seoul ok..
© . | Blogger Template by Enny Law