Dalam kesibukkan menguruskan barang-barang untuk pergi jauh... Sempat lagi nak mengusik si Comel ni... Bukannya apa, sejak dia lahir sampai dah 10 bulan ni, saya takde bergambar dengan dia.. Kesian kan?? Padahal selalu jer pegang dan jaga dia, tu maknanya TIADA KESEMPATAN BUAT DIRIKU... Ni dah 10 bulan, dah pandai tak nak dekat dengan saya... Sebabnya dah kenal insan terpenting dalam hidup dia... Sobsob...sobsob.....
Tuesday, October 9, 2012
Budak Yang COMEL
Assalamualaikum..........
Label: Pinky Women
Hidup saya,
Kehidupanku,
Keluarga saya,
Macam-macam,
The Best
Percubaan Yang Memberangsangkan
Assalamualaikum....
Halooooooooo!!! Bertemu lagi kita di dalam sebuah cerita blogger yang agar merundum khidmat penulisannya semenjak 3, 4 bulan yang lalu.. Kini, cik tuan tanah itu bermula dengan susah payahnya untuk menambahkan entri yang dapat menambat semula hati para pengikutnya di alam maya. Hehehe.. Ini kisah bermula apabila cik tuan tanah mula risau akan persiapannya untuk berada di dalam majlis bersejarah dan membahagiakan beliau sendiri..
Dah mula la tu saya nak merepek akibat dah lama tak makan kerepek.. *Ada kene mengena ke??* Sila la memberikan sedikit pelempang kepada saya untuk disedarkan diri seketika... Dengan itu, maka tercetus la idea yang sangat kreatif dari kepal otak yang sedang berserabut ni.. Terima kasih yer readers sebab dah bagi satu kesedaran pada cik tuan tanah... Hehehe..
Percubaan yang dimaksudkan adalah saya mencuba untuk menambahkan dan mengasahkan ketajaman otak saya dengan kreatif dan inovasi yang saya cuba sampaikan.. *entah berapa banyak cuba la*... Dengan menjimatkan bajet untuk majlis tu, saya kena la belajar menjadi kreatif.. *kreatif lagi**.. blurrrrrrr... Ni la, saya terus terang tak beli pun kasut baru untuk majlis tu, so ambil kasut lama yang dah ditinggalkan akibat malas nak menyarungkan kaki, menjadikan ianya nampak lebih cun la beb... Hehehe..
Sebelum ni kasut tu takde mata silver.. ianya kosong... kosong... jer..
Label: Pinky Women
Baru update,
Hidup saya,
Kehidupanku,
Kreatif dan Inovatif,
The Best,
UUM
Wednesday, October 3, 2012
Perasaan
Assalamualaikum....
Berjumpa lagi kita yer.. Huhuhu.. Ni apa hal pulak aku punya entri nak berperasaan semacam ni... Bukannya, dalam kesibukkan bekerja dan menguruskan hal yang penting.. Saya merasakan yang perasaan untuk menunggu tibanya Majlis Konvokesyen saya pada 7.10.2012 seperti TIADA apa2 perasaan.. Maksud saya TIADA adalah seperti tanggal tarikh tersebut saya hanya duduk lepak2 di rumah jer..
Bayangkan bertapa hancurnya hati bila saya berkata begitu.. Ntah la, mula2 tu memang la excited terlebih dan menjadi antara orang terawal yang membayar yuran konvo dan yuran lain.. Tapi bila harinya semakin tiba, dah mula lah perasaan ni berperang dengan hatinya sendiri.. Saya merasakan yang ianya realiti bukan ilusi ok...
Tunggu la nanti tibanya tepat 7 pagi di uum.. Masa tu la dirinya baru tersedar yang petang tu akan menggenggam segulung ijazah yang selama ini dipertaruhkan segala usaha dan penat peritnya bergelar sebagai Mahasiswi di UUM selama 4 tahun... Tetiba rindu pulak dengan uum... suka dengan gaya hidup santai dan stress seorang pelajar.. Sekarang sedang melaluinya sebagai seorang pekerja dan lebih mencabar tanggungjawab untuk ke fasa baru... Kahwin!!!! Hahaha
Apa2 pun... diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan segalanya diberkati Allah.. Doakan perjalanan jauh saya bersama keluarga ke sana dalam keadaan baik2 sahaja... Aminnnnnn.... Adios...
Label: Pinky Women
Baru update,
Kehidupanku,
Macam-macam,
Tiada aktiviti
Baru Jer Cakap
Assalamualaikum........
Baru beberapa hari yang lepas saya mention tentang gaya hias rumah berkonsepkan inggeris.. Tup... Tappp.... Tuppp.. Dah keluar di surat khabar baru yang menceritakan konsep ni.. Hehehe... Kali ni keluaran News Paper Metro bersamaan hari sabtu lepas yang bertarikh 29.09.2012... Ni nak kata macam bilik saya pun kena bertukar rupa ni... Hehee..
Dekorasi ruang yang berlatarkan perabot dan aksesori gaya inggeris yang memberikan keindahan luar dan dalaman sesebuah kediaman.. Sambutan terhadap tata hias ni menampakkan pertumbuhan yang pesat bagi pendapat saya.. Mungkin disebabkan pemilihan perabot yang semakin banyak dipasaran dan keperluan untuk penataan gaya ini turut diberi pendedahan yang banyak di media cetak (macam dalam gambar di bawah), media elektronik seperti join group di mana-mana sesawang sosial.. *Kan dah macam pengaraca pulak*
Gambar kali ni takde la banyak mana macam yang lepas sebab ni sebenarnya post ekpress untuk membantu meramaikan pembaca blog saya.. Hahaha.. Sungguh tidak sopan kelakuan cik tuan tanah ni.. Saya sekadar berkongsi pendapat dan minat kepada anda semua..
Kadang kala perubahan di dalam rumah amat diperlukan kerana ianya turut membantu mahluk yang mendiaminya berasa selesa dan nyaman.. Bak kata pepatah dahulu kala.. "Rumahku, Syurgaku"... Kan indah dan harmoni sekiranya rumah kita dihiasi cantik seperti salah satu gaya ini.. Adios...
Label: Pinky Women
Baru update,
Kehidupanku,
Tiada aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Followers
About Me

- sweet gurl
- Saya seorang gadis yg biasa dan sederhana.. Saya ingin berkongsi tentang apa yang saya rasa perlu dikongsi bersama-sama anda iaitu pembaca blog saya...
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. Entri kali ni saya nak memperkenalkan satu fenomena yang melanda blok saya.. Hehehe.. Senang cerita saya nak menolong ...
-
Assalamualaikum.. Apa khabar blogger sekalian?? Korang sihat tak?? Saya tak berapa nak sihat.. Sebabnya, entri kali ni akan berbau kemar...
-
Assalamualaikum.... Pernahkan anda semua merasakan perasaan DILEMA? Sejak dua menjak ni, perasaan tue telah menerjah dalam diri aku se...
-
Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia dan Good Morning semua.... Mengantuknya.... Belum siap entri dah sibuk nak menguap... Biar la cik su...
-
Assalamualaikum.. Morning readers saya.. Jam sekarang menunjukkan pukul 1.06 pagi.. Saya masih tak tido,relax ar.. Pagi masih muda.. Me...
-
Assalamualaikum.... Bienvenidos a mi blog (Spanish)... Hai2... Haloooooo.... Anybody in my blog??? Huhuhuhu... Kali nie nak buat aktiv...
-
Assalamualaikum.. Esok last paper.... Senangnye dalam hati, bila dah nak habis exam... Tetiba saya terasa tangan ni menggatai nak buat...
-
Assalamualaikum......... Halooo!!! Halooo!!! Semua...... Wah lame saya dah tak up entri baru... student life memang macam ni... Busy mema...
-
Assalamualaikum.. Misi kali ni memang nak minum sambil lepak-lepak kat cafe... so, cafe pertama kami terjah adalah Kamong Expresso.. Cafe...
-
Assalamualaikum... Halo!! Halo!! Saya sedar yang sudah lama saya tak mengupdate segala cerita di sini.. Huhu... Dah la sekarang ni sedang...
Translate
Total Pageviews
72,762