Monday, February 10, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 1

Assalamualaikum...


*Cik tuan rumah memegang bulu ayam dan sedang membersihkan segala habuk dan kuman yang berlumut dalam ruang ni... *

Ok... dah bersih pun laman taman cik tuan tanah ni... *Senyum puas*... Hai semua!!! Eh, ada lagi ke yang membaca blog kita ni... Hehe.. Al-maklum la, dah berkurun lamanya tak terupdate... Ni yang semangat nak update sebab baru balik dari bercuti... Yeah!! Semangat!!!

Semalam saya pergi ke Singapore.. nawaitu memang nak datang menziarahi papa dan mama angkat di sana.. Semenjak berkenalan di USS, last year asyik tak berkesempatan je nak ke sana.. Tapi masih berhubung la cuma tidak terlalu kerap.. Dah alang2 ke sana, saya pun plan dengan shaffiq a.k.a kwn USS tu merayap ke Marina Bay.. Teringin sangat nak tengok lion muntah yang tak pernah nak berhenti.. bapa lion dah tengok last year.. 

Bak kata orang, "sambil menyelam, minum air", asalnya kami plan nak pergi tahun lepas, tak jadi, plan ke 2, raya cina hari tu, pun tak jadi.. Now, kami nekad pergi juga ahad lepas.. 

So, papa pun kata ok.. No prolema.. Kami pun go on je la... kami pun bergerak dari JB, dalam pukul 9.30 pagi.. Time ni takde la ramai sangat orang keluar masuk kastam.. Sebab hari minggu dan dah lepas waktu orang bekerja bagi rakyat johor.. 

Saje nak tunjuk pasport tu.. huhu

So far, perjalanan kami ke imegresen johor dan masuk ke singapore, berjalan lancar yang bukan seperti trafik di atas jalan raya.. sebab kami just guna public transport lagi mudah dan cepat.. dari imegresen singapore kami terus ambil bas ke Kranji.. Kami follow jer arahan daripada papa kami.. Kami pun tiba di MRT Kranji untuk ke Khatib.. Lagi elok naik MRT, tak jem macam naik bas.. So, setibanya di Kranji, pergi la beli tiket MRT ke Khatib yang berharga 2 dollar SG.. 

Candid!!
Ni hanya sekadar lakonan semata-mata

Sementara tunggu MRT sampai, kami pun sempat la berpossing2.. Biasa la sebagai kenangan kan... Suka tegok stesen MRT ni, best.. MRT pun laju je.. Lepas tu, masa kami naik, tak ramai orang.. Dari Kranji ke Khatib tak lama walaupun dalam 4 destinasi.. 

Yeah dah ada kat Kranji!!
Dalam MRT yang tak ramai orang..

Bila tiba di Khatib, papa kami jemput.. Kami pun sempat la bergambar kat stesen MRT Khatib ni.. Senang nanti bila datang sini..Lepas tu, papa pun offer kami bersarapan di kedai yang berhampiran rumahnya.. kami makan biasa je, roti canai kosong.. tapi karinya lain sikit daripada kari di johor..  

Yeah!! Dah sampai Khatib..
Cantik seni tu di apartment..
Di jejantas pun sempat lagi nak bergambar.. belakang tu stesen MRT

Macam ni la suasana di apartment 846

Selepas makan, papa kami ada lunch break dengan wakil rakyat, kiranya ramah mesra dengan wakil rakyat kawasan Yishun ni.. So, lebih kurang sejam setengah la kami menunggu, sebelum papa ke majlis tu, kami dah pun masuk ke rumahnya cuma lebih selesa jika dibiarkan kami berjalan-jalan di kawasan apartment ni.. Apa yang saya boleh gambarkan, lebih kurang sama je situasinya di Malaysia cuma di kawasan apartment ni banyak kemudahan untuk masyarakat.. ada mini mall yang menjual pelbagai jenis barangan daripada bahan basah hingga yang kering, atm pun ada, policlinic ada, medical centre pun ada.. saya kagum la dengan fasiliti tempat ni.. 

Ini la peneman sy dari USS hingga ke Marina Bay.. dan mungkin ke destinasi yg lain..

Nasib baik ada persembahan tarian lion, tak la bosan sangat

Kedai-kedai di sini, barang-barangnya boleh tahan murah la jika dibandingkan dengan shopping mall.. tapi bila kita rakyat Malaysia tengok dan tukarkan ke RM, pasti anda akan membatalkan niat.. Hehe.. Barangnya pun sama je dengan di Malaysia... 


Tunggu punya tunggu, akhirnya papa pun sampai dan kami pun ikut beliau mengambil mama dan terus ke jemputan kahwin kawan papa.. Dengan muka tak malu, kami pun ikut je pergi majlis kahwin dan dapat makan free je.. Lagi 1 yang kami dapat ni lah pengalaman yang sukar kita dapat.. 

#Nextstorylasayaceritalagi

Adios.... 

2 comments:

Syazana Zainn said...

tak pernah pergi lagi ke sg

insyaAllah nnt mmg nak pi sana :D

sweet gurl said...

Syazana Zainn

InsyaAllah.. ada rezeki pergi la.. banyak tempat menarik di SG ni.. tak rugi pun sesekali melabur duit dengan bercuti walaupun sehari.. :)

© . | Blogger Template by Enny Law