Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Datang dan Pergi

Assalamualaikum... 

Entri ke 2 untuk story bulan 4 yang asyik tergendala je.. Aktiviti yang saya rajin join seperti menghabiskan masa ke tempat yang aman damai lagi permai.. Melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan membuatkan hati menjadi lebih tenang dan menjerit di atas bukit mengakibatkan hilang semua stress buat sementara waktu.. Cewah.. Ayat agak puitis terselah di situ... 
Perjalanan aktiviti diteruskan dengan ke Gua Kelam.. Niat dihati nak menerokai gua tapi sesudah sampai di sana, hati hancus berkecai seperti tabung kaca jatuh ke lantai simen.. Tak boleh masuk ke dalam gua keran jambatan di dalamnya sedang dibaiki.. Sob..sob..sob.. T_____T... Sadis je.. Takpe.. Takpe.. Kami pon terokai la apa yang ada.. Jom view gambar di bawah sebab dah malas nak menaip.. Huhu

Muncul Kembali

Assalamualaikum..


Pergh!!!!! Dah lama der saya tak update blog ni.. Diri blog saya dah tak hairan dengan ketiadaan entri baru.. Dia dah lali dengan tabiat saya ni.. Alasan yang biasa diguna pakai oleh saya ialah sibuk + malas = idea kering... Hehehe.. Seperti biasa, story morry memang banyak nak dikongsikan, dari cerita awal bulan 4 until menutup tirai bulan 4 juga.. "Ce citer.. Ce citer", bak kata Ucop Wilca (mesti aku salah eja)., bantai je la, bukan masuk exam pon.. Hehe

Kedatangan bulan 4, menjadikan kehidupan negara saya tonggang terbalik, huru hara tak serta merta ditambah sedikit garam tugasan.. Tugasan tu jangan ditanya berapa banyak, tetapi harus ditanya kenapa saya tak sempat nak update blog.. hahaha.. First story pasal Drama Spanish yang saya sertai, saya hanya watak sampingan sebagai nenek kepada Si Budak Merah a.k.a Caparucita Roha.. Ala cite budak merah yang nak dimakan oleh serigala jahat tu.. Sila ingat kembali ye adik-adik.. 

 Nenek Tua..

Monday, April 11, 2011

Kerepek Otak-otak Goreng

Assalamualaikum..


Entri kali ni saya nak memperkenalkan satu fenomena yang melanda blok saya.. Hehehe.. Senang cerita saya nak menolong mempromosikan kerepek goreng otak-otak kawan saya.. Kerepek ni diimport dari Johor tau... Don't play-play.. Move sekarang ok.. Dah tak payah nak berbasah basi lagi.. huhuhu..







Kerepek ni kawan saya ambik kat kedai 1 plastik besar.. Ala.. yang boleh muat diri saya dalam tu.. haha.. Selain gambar-gambar di atas, saya pon nak promosikan blog dia ni.. Cuma dia ni tak berapa nak aktif dengan blog sebab kurang berminat.. cewah nadia... hehe.. Sila klik Hitam Putih Kuali ..




P/S : Kalau nak tempah, bole mai ke Johor.. hahaha.. Xde la.. nanti saya bagitahu kawan saya tu.. 

Friday, April 8, 2011

Grooming Workshop

Assalamualaikum..

Mood : HAPPY & BAHAGIA

Ok.. Mood tu tahun bian punye... Hahaha... Last month la jawapannya.. Kenapa baru sekarang saya nak postkan entri ni???? Tell me WHY!!!! Relax... Relax der.. Alasan yang menjadi tunggak hidup saya ialah sibuk dengan assgmnt, latihan drama, quiz, dan macam-macam aktiviti lain la.. Kiranya kehidupan saya sejak dua tiga empat menjak ni agak kelam kabut sikit... Ye ye ye je cik su ni kan??? Hehehe.. Bak kata orang zaman sekarang "Student Life"... Sila move ye cik su...

Last month tarikh keramat yang telah dipilih oleh saya ialah 29.03.2011.. Macam nak pilih tarikh kahwin pulak.. Hehehe.. Why this date????? WHY?? Persoalan demi persoalan timbul di kepala readers saya.. Jangan perah banyak sangat santan di kepala anda semua.. Ianya tidak akan ditanya di dalam final exam ok.. Baiklah, saya pon tak nak la membuang masa lagi, saya telah menghadiri Grooming Workshop talk by Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun.. I tell you, mereka berdua ni memang best la bagi talk... Biasa la artis gitu.. cewah.. Hehe.. 

Tak payah dikenalkan lagi.. Hehehe



Heliza membicarakan tentang personaliti dan interview.. Talk dia lebih ke arah membina keyakinan diri di dalam personaliti serta sebelum dan semasa interview.. Banyak input dan tips yang saya dapat daripada talk dia.. Antaranya ialah 4 persediaan sebelum pergi interview (membuat penyelidikan tentang company yang hendak pergi interview, kenal pasti lokasi interview, kemaskan penampilan diri dan cara berpakaian untuk pergi interview).. Selain itu, ada juga Heliza memberitahu cara yang sesuai dan baik ketika kita menjawab soalan yang diberikan oleh penemu duga tersebut.. Kata-kata hikmat dari Heliza yang telah menjadi pegangan dia selama ini ialah 'Jika kita ingin mencapai kecermelangan, kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang'..


Talk Abang Hafiz pulak ke arah 3K (kewangan, Komunikasi dan Kebersihan).. Talk Hafiz ni sempoi dan lebih santai.. Isu kebersihan just sentuh sikit je.. Isu yang menjadi fokus utama ialah kewangan.. Bagaimana mengurus kewangan, aset yang biasa dibeli oleh fresh graduan (kereta), lepas tu cerita pasal cara nak loan duit dari bank untuk membeli kereta atau rumah.. Ynag menarik masa talk Hafiz ni, ada seorang student yang dalam hidup die, memang tak terfikir untuk membeli kereta.. Wah.. "Memang tak pernah saya jumpa" kata Abang Hafiz.. Komunikasi pulak seperti biasa English mesti ok dan mahir.. Skill juga penting.. Apa-apa pon, nyanyian Abang Hafiz "Enjit enjit semut" .. Memang TERBAIK la.. Hehehe.. 


Dan peristiwa yang THE BEST bagi part saya ialah senyuman Abang Hafiz kat saya.. Cewah.. Memang terpikat dan terpesona seketika.. Saya kan suka dengan lesung pipit mahal Abang Hafiz tu.. Hehehe.. Kebetulan masa dia nak keluar dewan, as usual ramai la gadis-gadis yang ingin bergambar.. Port yang dia berhenti adalah di DEPAN saya.. Ya Allah.. Bahagianya masa tu.. Betul-betul depan mata.. Walau sesibuk mana pon gadis berebut nak bergambar dengan dia, saya still maintain duduk kat kerusi depan dia sambil menatap mata, lesung pipit, senyuman dan muka Abang Hafiz..  :) Masa tu jantung saya dup.. dap.. dup.. dap... 






Selepas habis grooming tu, ada program Beramah Mesra bersama dieorang berdua ni kat Dpp Sime Darby.. Saya tak pergi pun, sebab masa tu hujan lebat dan dpp tu jauh dari dpp saya.. Sayang kan.. apa-apa pun saya jumpa juga gambar tersebut kat fb salah seorang kawan di friends list fb saya.. Hehehe


Di luar airport..


Sweet kan dieorang berdua ni..

Akhirnya.. Saya memang gembira dengan program ni.. Gambar ni semua saya ambik di fb Hidayah, kalau tak silap saya la.. Jangan marah ye.. sebab masa tu saya tak sempat nak gembar pun.. Sadis jap la.. T________T..

Saturday, March 26, 2011

"aku REVIEW sambil SEDEKAH !"

Assalamualaikum..




Tuan punye blog ni bole tahan hensem juga... hahaha.. Suka sangat wat kecoh kat SB.. Blog die, nice.. Macam-macam cerita ada.. Pesanan untuk tuan punye blogger adalah sesekali kongsi la toturial... Hehehe
© . | Blogger Template by Enny Law