Assalamualaikum... Hai semua!!!!
Sejak beberapa hari ni saya macam bersemangat jer nak up entri banyak-banyak... Kiranya ia berita gembira la pada si follower kerana tak menyesal menfollow blog saya.. hahaha.. *sila mendermakan pelempang pada cik tuan tanah ni yang suka sangat berperasaan dia glamour*.... Ok... Sedang mereka asyik membicarakan tentang Belanjawan 2013, saya pun sudah memenuhkan diri sendiri dengan info2 terkini yang sememangnya semua rakyat Malaysia sudah tahu... Eh! Bukan bermaksud saya tak ambil tahu langsung, saya tahu point yang penting la sebab dah penuh kat muka buku dan si tweet bercerita ditambah lagi informasi ditv.. walaupun saya tak melihatnya secara live di skrin tv petang tadi, bukan bermakna saya tak tahu apa2 ok... Cuba la test... Hehehe.. *kang dieorang test kau, menggelabah nanti cik tuan tanah ni*.. Ok....
SKIP....................
Nampak tak tajuk yang terbaik di atas tadi??? Sebenarnya sebelum ni kan saya pernah bercerita pasal rumah idaman dan tata hias kediaman saya suatu hari nanti... Berharapkan ianya akan menjadi kenyataan yer.. Nak dijadikan short story ---------------> Senang asyik saya sibuk duduk bersenang lenang macam bujang senang kat office, mata saya sempat la menjeling ke arah satu majalah wanita ni.. Keluaran terbaru bulan 10 rasanya.. Majalah tu kepunyaan Kak Lala yang telah menjadi ibu kepada 2 orang anak yer.. Dah tak payah nak soal siasat saya dia dah kahwin ke belum.. Saya pun menyelak dengan penuh lemah lembut bagi membazirkan waktu yang sangat terluang tanpa memikirkan kerja di atas meja.. Duk sibuk menyelak, ada la 1 artikel ni yang menceritakan tata hias kediaman berkonsepkan "Gaya Inggeris".... Saya suka!!! Saya suka!!!! Tu dia gambar akan dikeluarkan sebenar lagi... bersabar yer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

