Monday, November 21, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 Gangnam K Star Road

Assalamualaikum..

Setelah berjumpa dengan Roy Kim, moh la kita berangkat jumpa doll group k idol yang laim ye..

Kami teruskan perjalanan ke Gangnam K-Star Road..  First time juga ke sini bagi aku tapi bukan bagi wawa..  Misi nak peluk doll Infinite jer... Haha.. Aku rasa ada dalam 18 doll dan kami mula buat kerja giler.. Setiap satu doll akan ambil gambar..


So, korang bole bayangkan kami bergilir-gilir ambil gambar sepanjang perjalanan tu.. Hahaha.. Bertukar camera menjadi kebiasaan bagi kami.. Tapi kami tak jumpa doll Gangnam yang pakai spek hitam tu.. Radar dia dah hilang mana ntah..

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Sebenarnya di sini tiada apa-apa pun.. Tapi bagi fans kpop, tempat ni adalah wajib pergi untuk kenangan korang.. Kiranya korang boleh pilih doll group idol korang di sini.. Tapi yang group idol baru-baru debut tu, maaf ye tiada.. semua yang doll ni, group legend era 2010 ke atas.. Hehehe.. 













Cik kak tu dah penat nak possing apa lagi..


Akhirnya!!!  My lovely Infinite Doll is here!!


 
Misi next trip kejar group ni..

Terjumpa pokok pelik... 

Pergi sini free je.. korang nak tangkap seberapa banyak gambar pun boleh.. nak buat gaya macam-macam pun bole tapi biarla yang tak mencemarkan nama baik negara kita ye.. sebab kita melancong ni, membawa nama negara kita juga tau..


Macam mana nak ke Gangnam K Star Road:
Subway: Apgujeong Rodeo Station, Exit 2.. Korang keluar je dari station, jalan terus sikit dah nampak line K Star Road ni... So, korang berjalan la sampai penghujung doll Block B.. Tamat di situ..

Saturday, November 19, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 G Star Zone Apgujeong Rodeo Station

Assalamualaikum

Sekejap je dah hari ke 4 kat Seoul ni..  Ok, hari ni kita ada tema ye.. Tema ke cafe idol atau senang cerita 'kpop theme'..  Hehe..

First destination ke Gangnam K-Star Road... Tapi dalam perjalanan tersangkut kat sini.. Haha.. Gara-gara oppa 2PM dengan Roy Kim la ni.. So, sini la jadi first destination..

Terberhenti di Apgujeong Rodeo Station.. Selepas keluar exit.. Mata ternampak poster besar gambar Roy Kim!!  Terus teruja.. Haha.. Kebetulan nama tempat ni G+ Star Zone..  Terus bergambar tanpa berkata-kata.. Sedih tak dapat berjumpa dengan oppa Roy Kim masa dia mai kat msia hari tu.. 

Love you la Roy Kim.. 

I also feel same like you..

Gambaran penuh ruangan zone Roy Kim 

Ni la sebabnya mata ku tak berkelip... Haha

Suka sangat gambar ni.. Rasa nak bawa balik jer poster sebesar alam tu.. Haha

Pastu wa panggil aku, cakap kat sebelah tu ada standee 2PM.. Maunya aku tak teruja.. Cepat jer bagi hand phone pada wa suruh ambilkan gambar.. Tak jumpa tuan empunya badan, standee pun jadilah kan.. Kat msia takde semua ni... Haha.. 

With you nickhun..  

Tak ingat nama dia.. ㅠㅠ

Takut nak tolak u, nanti u jatuh.. 

Oppa Taeyong pangil i la... Malu i tau.. 

Nak bawa balik awak ke msia.. 

Pastu terpandang pula ruangan bekas tapak tangan korean idol... Mencari seseorang punya tapak tangan tapi tak jumpa... ㅠㅠㅠ..

Pilih jer bekas tapak tangan idol yang mana bole masuk dengan tapak tangan anda.. Sekurang-kurangnya anda bole belikan sarung tangan sejuk tu... Hahaha.. 

Hampir nak sama dengan tapak tangan i tau!!  Suka.. Suka..

Hadiah terakhir kat station ni adalah????!!!
Tadaaaa!!!

Ok.. Dah bole move on ke tujuan utama ye.. Tergendala agenda utama aku sebab Roy Kim.. Haha.. Ke mana kita lepas ni???..

Macam mana nak ke G+ Star Zone
Subway : Apgujeong Rodeo, Exit 2.. Just jalan je keluar exit tu.. Akan nampak standee 2PM sebelah kanan anda..  Aku rasa untuk poster Roy Kim tu hanya sementara.. 

Seoul -> Busan - Day 3 Banpodaegyo Bridge Rainbow Fountain

Assalamualaikum...

Lepas lepak kat taman, kita lepak pula kat area jambatan ye.. orang cakap tempat ni cantik waktu malam sebab ada pancutan air dan lampu berwarna warni.. 

Aku dengan wawa, tak pernah lagi sampai sini.. dari apa yang aku research, tempatnya jauh sikit tapi memang betul jauh perjalanan tau.. lenguh juga kaki.. hahaha.. memang jauh la dari keluar station tu.. namun demi nak melihat keindahan yang dibayangkan tetap jua gagahkan diri.. Hehehe..

Setelah mengharungi pelbagai rintangan sebab nak ke sini berjalan kaki dengan keadaan sekeliling yang agak suram bila sebelah jalan hanya ada tembok jer.. lepas tu lalu laluan perjalan kaki bawah tanah.. mula tu rasa macam dah sesat tapi teruskan juga sebab kat jalan ada tulis tanda arah dan berapa meter korang akan sampai jambatan tu.. hehe..

Akhirnya berjaya sampai... masa tu jam lebih kurang dekat pukul 8 mlm.. 

  sampai dah..

welfie dulu sebelum air pancut keluar..

suasana yang tenang..

Air pancutan ni ada masanya dan ikut musim tau.. so, korang kena la buat research dulu sebelum main terjah.. kang penat2 dan jauh2 sampai, sekali dan terlepas nak tengok, hampa nanti.. masa aku mai, bulan 9., hari rabu.. so, air tu akan keluar dalam pukul 8.30 malam.. pancutan tu lebih kurang 20 minit.. tapi aku tak duduk lama sangat..

 

Masa tu orang pun dah mulai ramai... duduk lepak dengan kawan2.. ada yang berbasikal.. ada yang berjogging dan ada yang berdating... hehehe.. 

Cantik kan pemandangan..

Cruise tu kalau tak silap aku..


dapat tangkap berdate..
 
Lepas snap beberapa gambar, kami pun gerak balik sebab nak pergi ke Myeongdong.. nak cari makan.. lapar dah ni sebab makan tengahari jer tadi siang.. masa nak balik tu terjumpa la 2 orang mak cik ni dari msia.. dieorang datang sini dengan family.. sempat la bertegur sapa.. seronok pula bila travel ke negara luar, terjumpa dengan warganegara kita ni.. yang penting yang sombong pula bila terserempak dengan kaum sendiri..


Macam mana nak ke Banpodaegyi Bridge
Subway: Express Bus Terminal, Exit 8-1. Jalan terus sampai simpang 4 dan belok kanan. jalan je terus walaupun masih tak nampak bayangan jambatan sehingga korang nampak zebra crossing dan cross the road. pastu akan melalui laluan perjalan kaki bawah tanah.. Jalan jer terus sehingga nampak 1 taman di tepi tu ada 1 sungai sangat besar.. so, wo go..

Jadual pancutan Air:
April-June, September-October (Duration: 20 min)
Weekdays: 12:00, 20:00, 20:30, 21:00
Weekends: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00
July-August (Duration: 20 min)
Weekdays: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00
Weekends: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00, 21:30

Wednesday, November 16, 2016

Seoul -> Busan - Day 3 Kamong Expresso Cafe (Kai EXO sister cafe) & Children Garden Park

Assalamualaikum..

Misi kali ni memang nak minum sambil lepak-lepak kat cafe... so, cafe pertama kami terjah adalah Kamong Expresso.. Cafe kakak Kai Exo.. ok.. ok.. aku memang bukan fans EXO ye.. aku cuma nak merasa dan jejakkan kaki kat sini je.. mana tahu bole terjumpa kai ke kan... Ceh.. perasan lebih jer aku ni..

Tempat wajib ambil gambar..
Alang-alang dah masuk, meh la minum secawan dua air kan.. bole la kumpul lagi kertas air atau tisu sebagai cenderhati dan kenangan... Hahaha.. Kat msia takde jual beb.. 

siap dapat kad mata... kalau duduk seoul memang dah penuh aku dapat kad tu..
Suasana dalam cafe ni sunyi dan hanya kedengaran lagu jer.. Lagu EXO tu memang la wajib kan... dekorasi ok.. sesuai untuk korang lepak dengan kawan.. buat kerja.. taip entry blog... susun atur pun simple la..



Korang jangan tanya aku jumpa tak kakak Kai yer.. sebab aku memang tak kenal.. ntah ntah yang kat kaunter tu kakak dia.. Hahaha.. Korang jangan pula tanya soalan yang kurang bijak, "adakah minuman di sini HALAL dan bole diminum ke?".. Soalan maut yang korang nak kena penampar dengan aku.. 

Nama pun Cafe, kebanyakkan menu semua cake, coffee, juice dan lain-lain seangkatan.. mana la ada jual alcohol cik adik oiii.. korang pun kalau nak selamat beli je air coffee atau juice.. tak perlu risau.. sini Korea ye, HALAL logo memang takde dalam cafe.. sekian..


nampak tak tu sampai 2 aku rembat..

Lagi 1 peringatan aku, kebiasannya di kedai makan atau cafe di korea ni, lepas korang minum or makan, meja kena bersih seperti mana korang duduk.. maksudnya, bekas minuman korang kena buang ditempat yang disediakan dan mengasingkan sampah dengan tisu.. kalau guna barangan cafe seperti piring dan sudu, kena pulang semula ke kaunter 'pick up' ye... tu dah memang tabiat mereka.. 

Sebagai kenangan...

Lepas minum, kami gerak ke Children Garden Park sebab buat research ada landmark 'I Seoul U'... sekali dah penat sampai, hampeh.. takde... maybe dah dipindahkan kot.. terus mood down... sob.. sob..TTTT.. dah sampai kan, masuk jer la taman tu, ambil angin sambil santai-santai setelah berpenat berperang dalam train yang penuh orang..
sempat snap ni..

Aku rasa tempat ni kalau time hujung autumn mesti lawa... tempat riadah kanak-kanak dan family... seronok juga petang-petang lepak sini.. tengok gelagat manusia.. nak usha oppa tu macam tak nampak je.. sebab rata-rata semunya dah ada anak.. Hahaha... Ok, ke mana kita lepas ni????

Macam Mana nak ke Kamong Expresso Cafe:
Metro : Seoul Nat'l Univ, Exit 1.. Jalan terus lebih kurang 10 minit dan cafe tu berada di sebelah kanan hujung bangunan (tingkat 2)
© . | Blogger Template by Enny Law