Friday, November 25, 2016

Seoul -> Busan - Day 5 Changwon House & Dinner (Tour ke Changwon) Part 1

Assalamualaikum..

Changwon House takde la jauh sangat dari tempat kami bergambar tadi.. Aktiviti kat sini, selain kenal budaya tradisional korea, kami berpeluang melihat dan merasai Tea Ceremony.. Macam mana nak buat air tea yang memang asli.. takde la nak letak gula atau guna tea uncang ye.. memang guna daun tea..

tour guide ada terangkan tapi lupa.. yang aku bole ingat kayu tu ada gander man and women..
 
Cantik tempat ni.. sunyi jer.. seronok dapat duduk lama2 kat sini..


Changwon House ni merupakan rumah tradisional Korea sejak dari Joseon Dynasty di mana Ducheol pernah tinggal di sini selama 5 keturunan sbeelum Ahn Taek-young. Rumah ni mempamerkan 14 bangunan dan peralatan pertanian termasuk sebuah pintu tinggi, pintu dalaman, pintu bersebelahan, rumah berkembar, rumah utama, Muzuim Rakyat Korea, Pavillion, Pavillion berbentuk oktagon dan  batu-batuan..



Changwon House ni digunakan untuk beberapa majlis rasmi, tempat nak belajar budaya tradisi Korea, tempat majlis perkahwinan pun ada.. 

ada rumah lain dipintu sebelah..

pavilion.. tak sempat nak ke sana..

Ok, kami masuk ke rumah utama untuk mempelajari tea ceremony.. 

Sesi memperkenalkan guru..

bergilir-gilir untuk mencuba..

apakah yang ada disebalik kain merah itu??

Tadaaa!! (peralatan, daun tea dalam bekas yang bertutup, dan air panas, buloh tu sebagai sudu ok)

Guru tu akan buat demo sambil menerangkan apa yang kami perlu buat.. nak pegang, nak tuang semua ada adatnya.. keseponan memang diperlukan ye.. gerak tangan dan juga cara penyediaan juga dititiberatkan.. mula2 aku buat tapi wawa lupa nak snap.. TTTT.. memang agak kalut juga la aku buat.. bukan tak dengar arahan cuma terlebih leka.. Hahaha.. caranya, mudah jer.. tuang air panas dalam termos tu ke makngkuk kecil sebelah teko dan masukkan dalam teko comel.. biarkan seketika air panas sebagai mencuci teko dan buang semula air tu ke dalam maksuk sebelah pastu, lepastu isi semula air panas dan ambil sedikit daun tea (ikut berapa ramai tetamu), ambil daun tea guna batang buloh tu dan masukkan ke dalam teko.. air tea tu dibiarkan seketika dan sambil tu korang bole la berehat sekejap dengan menutup mata.. ambil aura dari air tea.. hehe..

Selepas merehatkan minda, korang dah bole tuangkan air tea ke dalam cawan comel tu.. dan bagi ke pada tetamu.. nak angkat cawan dan bagi kepada tetamu pun ada caranya.. hehe.. nak pegang cawan pun ada caranya.. nak minum pun ada caranya... bila korang dah dapat pegang cawan tu, korang kena hidu dan rasa sedikit dulu.. minum kali ke  baru bole minum banyak sikit.. jangan minum sekali gus, tak sopan katanya..

Jernih jer air tea...

cewah akak ni minum..

Apa rasanya?? of course la rasa tea.. Hahaha.. tapi memang betul2 rasa tea.. agak pahit sedikit dan memang tawar sangat... yelah, kita ni lidah dah biasa minum manis.. tapi ianya memnag pengalaman berharga yang sukar dijumpai.. bole mencuba tapi mesti la bayaran mahalkan.. 

selesai sesi belajar, kami diberi peluang melihat bagaimana membuat air tea dari bunga.. (aku tak ingat nama bunga tu) tapi memang besar bunga tu.. dan merasa juga.. rasanya memang berbeza dengan air daun tea tu.. yang ni lebih sedap sikit..
 



selesai sudah.. jom balik.. 

sempat bergambar dengan 2 guru yang baik dan comel..

Berjaya jejak di Changwon House!!!

Aku ni tak sah kalau tak bergambar dengan tembok ni.. Aku suka sebab tembok ni melambangkan tradisional budaya Korea dan seni bina yang berbeza.. asal design lain dari kebiasaan, memang akan aku bergambar.. bukti ko dah sampai korea ok..

petang-petang ni sy nak berjalan ke hati awk bole???


Lepas ke Changwon House, kami terus pergi makan.. Kami berjalan kaki sahaja memandangkan jalan ni agak kecil untuk masuk bas.. takde la jauh mana pun dari Changwon House.. menu dinner sebenarnya Grilled Bulgogi.. tapi memandangkan kami tak makan daging, dia bagi kami Grilled Fish.. dan side dish yang banyak.. rata-rata semuanya sayur..
lepas kami habiskan makan nasi, ahjumma restaurants tu bagi stew tofu sebab cuaca memang sejuk... aku rasa kami yang muslim ni dilayan dengan begitu istimewa pula.. hehe..  banyak makanan yang tak terhabis sebab ahjumma keluarkan lambat.. hehe.. tapi kami tetap merasa la..

yang merah tu bukan daging tapi lobak putih yang sudah dijadikan jeruk..

Perasaan lepas dinner ni yang memuncak sebab nak pergi konsert.. first time bagi aku.. KPOP World Festival ni bukannya banyak idol tapi ianya sebenarnya mempersembahkan finalis peserta dance yang membawakan lagu kpop di serata dunia.. Malaysia pun jadi finalis tau.. ok, apa yang best kat situ??? Jom ke sana!!!

Seoul -> Busan - Day 5 Sang Sang Gil (Tour ke Changwon) & Garden Part 1

Assalamualaikum...

Lepas makan, perjalanan diteruskan ke Sang Sang Gil.. Ni pun tempat yang wa teringin sangat nak pergi.. sebab dia nak cari nama dia kat sini.. nama aku?? takde... TTTTT.... sob..sob.. Sang Sang Gil atau nama lain Changdong Street of Imagination (Imaginary Road) ni merupakan jalan yang dibina ada nama orang.. maksudnya korang akan pijak jalan tu dan ada nama atas jalan tu.. nama idol ada orang biasa pun ada.. 

Masa kami sampai masih hujan tapi takde la lebat sangat.. cuma pergerakkan terbatas bila nak bergambar..

pintu utama

tak dapat muka, kasut pun jadi la bukti aku dah sampai sini..


Masa tour di sini kami diberi peluang untuk membuat Handicraft.. kraf tangan buatan sendiri la.. korang akan dibagi 1 kristal comel yang pelbagai bentuk dan korang kena design ikut kepakaran dan bakat lukisan kreatif korang.. dan handicraft tu korang bole bawa balik..

    dengar taklimat dulu.. jangan main redah jer..
 

Ni la kristal aku pilih.. tak tahu la apa akan jadi nanti..



Sesi melukis sedang dijalankan..


Antara art dari kawan-kawan.. kreatif betul dieorang ni..

Pengalaman yang susah nak dapat tau.. seronok join tour ni.. kawan semua dari pelbagai negara.. masa buat art tu masing-masing buat dengan fokus... hehe.. aku tak sempat merayap untuk tengok art kawan-kawan sebab asyik fikir nak lukis apa.. nak letak warna apa.. haha.. lepas korang warnakan, batu kristal tu akan dikeringkan warnanya dengan pengering rambut.. so, kena tunggu lebih kurang 10~15 minit bergantung tebal atau nipis warna yang korang gunakan..

Bergambar sebelum balik..

Bye... maybe 1 day akan ke sini lagi..

Lepas belajar buat art, kami berjalan di sepanjang perjalanan tu.. tapi takde la pergi jauh sangat.. hehe.. sambil berjalan, sambil dengar celoteh tour guide berkenaan sejarah tempat ni.. tempat ni memang cantik.. banyak art yang cantik.. tapi nak selfie memang tak sempat la ditambah tengah gerimis.. aduhyai rugi juga la.. so, sempat snap gambar yang mana nampak cantik sangat.. maybe next time bole datang ke sini sendiri kan..

posto..posto...posto..

Ni siaran radio kat sini.. 

banyak benda bole buat sebenarnya..









Dah jom balik...

Selepas tu, ke destinasi seterusnya .. ke Changwon House.. tapi sebelum sampai ke Changwon House, kami diberi peluang untuk berjalan sekejap di sekitar Changwon city.. rasanya diberi masa 15~20 minit jer.. nak hidup udara segar.. kebetulan berdekat situ ada 1 taman cantik.. kiteorang pun berjalan dan berselfie la.. hehe..









Cantik kan tamannya walaupun simple jer.. hehe.. meredah lecak juga sebenarnya tu... Hahaha... Dah sampai masanya kembali ke bas ok...

Seoul -> Busan - Day 5 Tour K Travel Bus Ke Changwon Part 1

Assalamualaikum..

Pagi ni kami ada program 2 hari 1 malam bersama tour.. Sebenarnya hampir tak jadi tour ni sebab pemenang kontes adalah wawa.. aku hanya menumpang jer.. ingatkan dapat 2 tiket ke KPOP World Festival, rupa-rupanya 1 pemenang untuk 1 tiket.. Aku dengan wawa hampir-hampir nak batalkan ikut tour ni memandangkan takde tempat untuk aku.. sebab nama aku takde dalam senarai pemenang.. malam tu agak berfikir juga la.. tapi mungkin tuah menyebelahi kami, belum sempat wa nak bagitahu dia nak cancel ikut tour, agent tour tu bagitahu, aku bole follow dan ada tiket concert lebih.. so, kalau dah macam tu, kami ikut planning asal la..

Sebenarnya berat hati nak pergi tour ni sebab aku nak sangat tengok performance Infinite kat Sale Fiesta Music Bank tapi clash dengan KPOP World Festival.. date yang sama iaitu 30 September.. Hancur bekercai... harap la ada keajaiban lagi untuk aku berpeluang berjumpa depan mata dengan Infinite ni.. teruskan berharap ye..

Ni la jadual perjalanan kami selama 2 Hari 1 Malam..

Welfie dulu bah..

Kami gerak awal pagi la.. lebih kurang pukul 8.. memandangkan nak sampai Changwon menaiki bas ni lebih kurang 5 jam, sempat la zzzzz sepanjang jalan.. dah la hujan jer.. sedap tido sampaikan rasa tak bole tido.. hahaha... terlebih tido adalah jadinya.. Sampai Changwon City lebih kurang pukul 2 petang.. kami berhenti makan dulu sebelum menjalankan aktiviti yang disediakan.. Lapar dah perut ni.. breakfast dieorang memang ada provide tapi kami tak bole makan sebab sandwich daging & ayam je..

Ni la restaurants for lunch break..

menu lunch.. aku cuma tak sentuh isi ayam dengan telur tu jer..

mesti la welfie dulu sebelum makan..

Lapar... Lapar..Lapar..

Mesti korang ada tertanya-tanya kan, "Halal ke?" "Tak risau ke makanan yang dimasak tu mungkin ada campuran alcohol atau wine masakan?".. Sebelum ni, memang wawa ada bagitahu agent yang kami tak bole makan daging dan ayam.. Mana la nak cari restaurants Halal kat Changwon ni.. ntah-ntah memang takde.. So, apa yang kami bole buat, yakin yang makanan kami makan takde unsur benda haram.. Ni pun pengalaman bila korang pergi tour di luar negara dalam kumpulan yang bukan bangsa ko sendiri.. 

Apa-apa pun, kami makan hanya sayuran dan makanan laut sahaja.. yang nampak macam daging ayam atau lembu, memang kami takkan sentuh.. nasihat aku kalau korang nak merasa makanan original negara luar, pastikan korang yakin dan jangan sesekali was-was.. bila dah sekali rasa was-was, korang tak payah la masuk kedai tu untuk makan ye.. tapi kalau dah travel jauh-jauh, tak rasa makanan original negara tu.. pada aku sangat rugi.. sebab korang takkan dapat merasa makanan ni semua kat negara sendiri.. dan setiap kedai makanan mesti akan rasa lain cara masakan walaupun menunya sama.. 

Panjang juga aku membebel.. ok.. jom ke destinasi seterusnya....
© . | Blogger Template by Enny Law