Monday, March 14, 2011

Time Study... Tetiba.....

Assalamualaikum...


Bukan ke beberapa hari yang lepas, cik Su tak nak update blog or blog walking sebab B.U.S.Y??? Pelik la sebab entri ni boleh terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak yang terlibat... Hahaha... Ntah kenapa tetiba je terasa nak buat semua tu... May be tension kot sebab bila stdy dalam kelas asyik main-main je... Terutamanya subjek yang bakal saya duduki mid sem exam.. Kalau dalam kelas, fokus pada apa yang lecture ajar adalah 15 minit je.. Kalau lagi hebat or hyper aktif 45 minit boleh fokus habis macam fokus 360 darjah... Hahaha... 

Ni tengah duk atas kerusi sambil study benda alah ni la... Tetiba tengok blog, rasa tangan ni gatai nak update.. Ditambah dengan tadi petang, tak boleh tido dan snap la 1 picture.. Lepas editing, tu yang tetiba teruja nak masuk dalam blog.. Fuh!! Penat menunggu picture ni masuk dalam mukabuku.. Ntah bila akan masuk, tu saya tak pasti... Sila la terjah di facebook saya... Hehe

Cincin???? *ada something tu*

Lepas ni saya MAYBE tak berblog seperti selalu... *Ayat dah merepek*.. Adios

Sunday, March 13, 2011

Mid Exam di Bulan Sibuk

Assalamualaikum...

Readers ape khabar??? Hehehe.. Ni update ringkas je.. Minggu ni and next week, saya betul-betul busy dengan mid exam dan assgmnt.. Tu belum kira lagi pasal event mangement yang nak diuruskan dan oral spanish... Fuh!!! Bole tension juga dibuatnya... Biasa la kata korang Campus Life.. Hehehe..



Tengok je la senarai homework/assgmnt, mid term exam dan aktiviti lain... Belum termasuk hal remeh temeh seperti meeting ntah apa-apa program... Hehehe...  Tarikh keramat dan bulan kritikal betul la..

Teddy tu buah tangan dr Genting tau... 
Thank You Very Much To NADIA...

Akibat kesibukan melanda bulan mac ni, saya pon terpaksa mengurangkan BW dan mengudapte segala cerita... Kalau nak update pon, mesti masa tu dah stress gileer dengan campus life.. So, masuk la zone alam maya dan blogging... hehehe... Adios...

Friday, March 11, 2011

Karok Malam Keliwon

Assalamualaikum...


"Pada waktu malam keliwon, saya pergi berjalan-jalan bersama kawan-kawan... Tak takut dengan bayangan kak pon dan pokeling"..... Bermula dengan adegan berlari-lari anak untuk mengejar bas unic syimbol... "Berlari berkejaran, seindah bunga di taman uum, bak gunung nan megah kawanku puja, terima kasih nadia, kejar bas tu"... Hahaha... Asalnya perjanjian pertemuan pada pukul 8 Malam, tak tersangka kami lewat 15 minit... Nasib baik, sempat menahan bas tu dari bergerak jauh meninggalkan kami yang terkedek-kedek kejar bas.. Alhamdulilah... Happy sakan kami dapat naik bas tu... Kaki dah tak sabar nak sampai ke CMart... Sesampai je kat sane, pergh!!!! Ramai betul mahasiswa/si yang mahu pulang ke kampus, kami je yang mahu ke CMart... Tapi tak ramai la yang keluar waktu macam ni.. Kang nanti nak balik, jalan kaki pulak.. Hehehe.. Move!


Sesampai je di destinasi, kawan saya, sikin ni terus ke kaunter pertanyaan dan pembayaran.. Lagi 2 orang kawan saya, membuat tinjauan bilik karaoke yang THE BEST... Huhuhu.. Kami telah membeli 20 lagu untuk dinyanyikan bersama-sama.. Kiranye seorang akan menyumbangkan 4 buah lagu.. Adil kan??? Dimulakan dengan ashikin... Tengok je la gaya die bernyanyi... Hahaha... Comel kan??? Sopan sungguh dia duduk tu.. 




Mari memilih lagu yang diidamkan

Friday, March 4, 2011

Penangan F4

Assalamualikum..


My BFF tengah melayan cerita Boys Of Before Flower... Mesti korang tahu kan cerita ni... Antara cerita cinta yang paling popular di Korea tapi bukan setakat kat Korea malah di tanah airku yang tercinta  ni pon, ramai peminat drama ni.. Mana taknya, pelakon-pelakonnya comel, hensem dan cun beb.. Memang takdenya korang boleh jumpa muka-muka macam pelakon tu kat Malaysia... Huhuhu.. Saya???? Terus terang tanpa bersuluh, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya BELUM lagi menonton drama ni.. Tapi tahu la serba sedikit sinopsis drama kegilaan wanita/remaja/belia kita... Hehehe..  Serius ni, jejaka F4 ni COMEL!!!! Tapi sayangnya, herionnya kurang mendapat sengatan pada diri saya.. Jika dibandingkan herion drama Meteor Garden dan Hana Yori Dango.. Ok.. Move!!



Contest : PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR

Assalamualikum...


Wah!!!!Dah lame saya tak join apa-apa contest yang dianjurkan mana-mana blogger pun.. Sadis seketika... T_______T... Contest ni telah di tag kepada saya oleh CIK SARA ASPALELA... Baiklah.. kita terus ke syarat dan terma contect ni.. 



© . | Blogger Template by Enny Law