Friday, May 18, 2012

Tangisan Dalam Kekecewaan

Assalamualaikum... 

Sila baca dan sebut betul-betul tajuk entri ini kerana ianya boleh membawa kepada 1001 makna yer.. "Tangisan dalam kekecewaan".. Boleh menjadi makna yang pelbagai kan??? Tak kisah la anda nak mentafsirkannya sebagai apa kerana setiap kekecewaan itu berpunca daripada pelbagai faktor..

Ada ketikanya apabila kita mengalami kekecewaan, kita akan menangis dan terasa goyah jer semangat nak meneruskan kehidupan.. Seperti diri ini sudah tiada gunanya kepada keluarga, kawan, sahabat, bangsa dan negara... Ish! Jangan la berkata begitu, kita sebagai manusia harus bersyukur kerana mendapat kekecewaan kerana kita mendapat ujian daripadaNya... 

Serius ni la kali pertama saya terkecewa sedikit la di alam percintaan kerana baru first time bercinta... Ok.. fine... saya kolot a.k.a kuno sikit.. Impian sebenarnya nak bercinta selepas kahwin.. mungkin peratus dan peluang cerah untuk lebih bahagia.. tak mau la bercinta lama-lama.... Eh, ni dah masuk entri ape pulak ni... ok la.. sebenarnya dah tahu nak story ape lagi.. tapi yang penting sekarang saya dah ok.. tangisan tu sudah berlalu pergi.. cuma kadang kala kekecewaan tu menerjah kembali seketika... Adios.......

*Entri yang pendek sangat....

KEPAK 2012

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Semua..

Kini saya kembali lagi untuk menyerikan blog cik tuan tanah yang dah hampir hilang serinya.. Hehee.. Biasa la semenjak hilanganya internet di rumah, kini saya beralih arah kepada internet office.. Tapi bukan semudah yang disangka apabila kesibukkan di pejabat menjadikan terbantutnya niat murni untuk menambah cerita yang dah tak berapa nak panas ni.. 

Ok!! Berbalik kepada topik cerita ni.. korang rasa, korang tahu tak apa itu KEPAK?? Bukan kepak ayam, bukan kepak itik dan bukan kepak burung.. serius saya katakan ini kepak sangat diminati oleh semua orang.. Sebabnya????? Saya pun turut serta dalam KEPAK ni.. ok.. ok.. saya dah tak merapu lagi... KEPAK 2012 ni merupakan program Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran a.k.a KEPAK yang dianjurkan bersama MARA.. Siapa yang tak kenal MARA tu, tak tahu la.. Hehehe.. 

Apa fungsi dan peranan saya dalam KEPAK ni??? Ok, baiklah.. saya ditugaskan oleh PMD Kluang untuk menjaga booth MARA.. Saya takde la nak serves sangat bab-bab menjaga booth ni sebab saya dah ada pengalaman berniaga di bazar dan karnival.. Cuma berbezanya, dulu saya berniaga dan menjual produk tapi kali ni saya memberi perkhidmatan mulut.. Kiranya memberi khidmat nasihat dan tempat orang ramai ingin tahu apa peranan MARA dalam membantu usahawan BUMIPUTERA SAHAJA ok.. Pengisian yang diberikan ialah dalam perniagaan, kerjaya, peluang pekerjaan dan pendidikan..


Di atas tu bukan gambar nak possing lebih-lebih atau control cun ke apa kan??? Cuma terasa perlukan gambar untuk menunjukkan saya bertugas di KEPAK sambil mempromosikan KEPAK dengan button yang besar tu... hehe.. Gambar di bawah ni pulak sepanjang bertugasnya saya dan rakan sepejuangan saya (budak praktikal a.k.a kawan sekos, seblok dan seuniversiti saya).. dan tak lupa juga bersama-sama staf MARA yang lain.. Terutamanya, PMD, PPMD dan PT.... 


Friday, April 13, 2012

JUBAH The Ladies Paradies

Assalamualaikum... 


Wah!! Tajuk bukan main hebat yer... Sebenarnya semenjak berada di UUM, dah mula bergiat dalam aktiviti berniaga ni walaupun hanya part time atau sekadar menghiaskan muka kat gerai.. Hehehe.... Sekarang ni baru berjinak-jinak dengan alam perniagaan semenjak praktikal kat MARA ni, asyik interview usahawan jer.. Lebih membuatkan saya cemburu adalah gadis umurnya bawah saya boleh ada syarikat/kedai sendiri ataupun telah datang membuat pinjaman MARA untuk projek kontrak... 

Ini dah mengganggu gugat semangat saya sebagai student UUM dalam bidang Keusahawanan.. So, untuk itu, saya dan rakan kongsi mencuba untuk menjual Jubah dan beberapa barangan untuk wanita.. Sebagai permulaan mengejar impian menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya... Amin... 

JOM SEMUA MELIHAT DAN MEMBELEK-BELEK JUBAH di TheLadies Paradise... Harga masih dalam PROMOSI!!! Rugi la sesiapa yang melepaskan peluang ni.. Jenis kainnya pun selesa dipakai..  Sekiranya inginkan, boleh la ke Facebook saya dan pm di sana ok.... 

Sunday, April 1, 2012

Si Comel

Assalamualaikum.... Hello!!

Tertarik tak dengan tajuk entri saya ni??? Huhu.. Sebenarnya tengah mencari idea untuk buat report praktikal saya tapi entah macam mane "Si comel" ni berada dalam pemikiran saya... Nak tahu apa yang saya panggil "si comel"??? Jom sama-sama kita view ini cerita ok!!! Let's go!!!!

First sekali, view la gambar kucing oren + coklat ni.. yang 3 ekor ni antara anak-anak kecik saya yang tak berapa nak besar seperti cat yang lain.. Faktornye, saya sebgai ibu angkat tak sempat nak membelai dan bermersa sakan dengan anak-anak ni.. hehehe.. time mereka tengah mencari ketengan di tempat yang sangat tinggi, tapi bukan untuk membunuh diri ok.. :)


Friday, March 30, 2012

Malam Dinner

Assalamualaikum... Halo!! Halo!!

Saya sedar yang sudah lama saya tak mengupdate segala cerita di sini.. Huhu... Dah la sekarang ni sedang menjalani praktikal, so ape bole buat selain usha jer blog ni dari jauh... Hehehe.. Dah lame nak kongsikan story yang dah takde suam-suam kuku lagi.. Rasanya dah tahap lemau dan tepau.. Cerita ni berkisahkan GRAND DINNER.. Eh, bukan grand dinner macam kat tempat korang.. Ala event kecik-kecik jer der.. Sekadar nak melepaskan penutupan program business challenge.. Takkan korang dah lupe?? Mesti lupe kan... Yelah entri tahun bian la katakan... Huhuhu...

Perkongsian kemeriah yang tak seberapa best tapi bab makanannya memang terbaik... SAYA SUKA!! SAYA SUKA!! (ada nampak macam mei mei yang kawan upin ipin tak??)... Hehehe.. Korang tatap la gambar yang sempat dishoot pada malam kejadian.. Nanti pandai-pandai la korang buat kesimpulannya yer..



Terus terang saya katakan yang kumpalan saya iaitu ekspressure mendapat tempat ke 5 jer.. Tempat yang terakhir.. Saya tak malu sebab sekurang-kurang dapat juga seorang ahli RM50.00... Pengalaman yang ditimba pun cun juga.. Praktikalkan apa yang dipelajari dalam kelas ke bidang niaga sendiri walaupun tak sampai 2 minggu... Kiranya tempat last tu dapat RM500.00 untuk 1 kumpulan.. Ok kan??

© . | Blogger Template by Enny Law