Wednesday, November 16, 2016

Seoul -> Busan - Day 3 Korean Folk Village

Assalamualaikum...

Pagi ni kita explore satu tempat yang popular di Suwon ye.. Kiranya tempat ni popular dikalangan penggemar drama.. Kita ke Korean Folk Village!! Ni memang destinasi wajib trip ni sebab kami berdua mempunyai 1 suara dan 1 hati nak ke sini.. Cewah... Haha.. Pagi lagi gerak sebab tahu tempat ni jauh dan first time nak pergi melawat kawasan..

Keluar je dari Suwon Station, Exit 4.. Dah blur nak cari bas.. sebab memang ada research yang nak ke Korean Folk Village ni ada 2 cara...
1. Keluar Exit 4, naik bas no 37.. turun kat Minseok Chon.. dan rasanya bole juga turun terus kat korean folk village.. take time panjang sebab bus berhenti-henti
2. Keluar Exit 4, tunggu shuttle bus pukul 10.30 pagi.. paling awal tu..naik bus ni memang free dan terus ke korean folk village, direct terus takde berhenti-henti..

Kami sampai lebih kurang 9.30 pagi.. nak tunggu bas free, memang tak la.. 1 jam tu.. so, kami pergi la information center yang tak jauh dari exit 4.. Tanya kat kaunter sana, dan dah tahu macam mana nak pergi, so, kami pun terus gerak ke bus stop.. tunggu bas no 37.. tawakal juga naik bus ni sebab telinga kena alert.. kadang2 kat scren tv tu takde nama tempat dalam english.. 

Ni la bus no 37.. we are going now...

Now... we are here!!! masa tu kami turun kat Minseok Chon seperti orang tu bagitahu.. agak blur juga lepas turun.. risau salah tempat.. akhirnya betul.. maybe sebab kami turun awal sangat tu yang tak nampak signboard korean folk village.. hehe..

masa ni time budak sekolah buat lawatan..


ramai kan budak sek... bagus budaya ni..

kami dapat diskaun sebab guna kupon..

First masuk jer dah nampak 1 signboard besar untuk check point location korean drama.. part cerita historical la ni... misi kami memang nak mencari check point sambil melihat perkampungan lama korea ni.. Lagi teruja cari check point standee drama Sungkhyunwan Scandal tu..





Disini memang semuanya rumah lama korea.. dari rupa rumah yang sangat miskin ke rupa rumah macam kaya sikit.. Haha.. lepas tu ada juga beberapa tempat yang ada seorang lelaki memakai pakaian tradisional korea dan sedang melakukan kerja-kerja seperti membuat kipas.. 





Lepas tu korang bole lihat sendiri la perkakasan lama masa zaman dulu.. rumah dieorang rupa macam mana.. toiletnya macam mana.. dari semua segi zaman era dulu kala. korang bole tengok di sini.. aku perasan ramai budak sekolah dan tadika masa aku datang sini.. pada aku budaya ni bagus untuk mereka mengenal sejarah sejak dari kecik lagi..


lawatan budak sekolah..


Pelbagai perkakasan lama..



aku memang takkan lepaskan peluang bergambar..

Aku tengok.. ada la juga membaca sikit.. pastu tengok maps.. kawasan agak besar juga.. kalau korang nak explore sehari pun bole.. tapi kami kena berjimat dengan masa.. so, tengok-tengok dan snap picture.. suasana di sini memang sunyi.. seronok kalau dapat lepak lama-lama..


rumah orang sederhana..

  maybe toilet????

ruangan dapur..

dah tengok rumah lama, kami terus ke misi menjejaki location penggambaran korean drama ok.. first jumpa location drama Jang Ok Jung.. aku pun tak pernah tengok drama ni... Hahaha.. lepas jumpa satu, jumpa lagi yang lain... kat setiap check point tu, akan ada info tempat yang dalam scene location.. kalau korang nak nampak sebiji dlm drama, bole la ikut gambar yang ditunjukkan.. kami tak sempat pun nak buat..

 
"Jang Ok Jung" drama..

"Jackport" drama.. kalau tak silap..


paling suka gambar ni..





cik tuan tanah nak ke mana tu....

Jalan jalan jumpa lagi check point... kali ni pun drama yang aku tak tengok.. aku ni bab drama historical kurang feeling nak tengok... 
"Arang & The Magistrate" drama..

pakaian yang dipakai oleh para pelakon drama..



Lepas tu korang akan nampak 7 signboard besar poster historical korean drama yang pernah buat penggambaran di sini.. memang besar giler poster... dalam banyak-banyak drama tu, aku cuma tengok 1 drama je iaitu Sungkyunkwan Scandal.. Hahaha.. sebab ada song joong ki jer aku tengok..



su dengan pintu tak dapat dipisahkan..

dan tembok.. memang tak berpisah..

"Moon Embracing The Sun" drama

Dah sampai check point yang dicari-cari..

with my beloved love... hahaha.. "Sungkyunkwan Scandal" drama



Ok.. Last.. "My Love From Another Star" drama


Ni rumah gundik, kalau tak silap aku..


Lepas kejar check point, kami terdengar bunyi riuh rendah.. ingatkan ada apa.. rupanya ada persembahan kebudayaan.. persembahan aksi berkuda..








Dalam Korean Folk village ni ada juga tempat moden untuk kanak-kanak dan remaja tau.. ada permainan dalam taman tema gitu.. rumah hantu pun ada.. museum pun ada.. macam-macam ada la... 

port kanak-kanak paling suka...










aku dah buat research yang dalam korean folk village ada 1 restaurants halal.. so, kami pun try la pergi... harga memang agak mahal sikit.. tapi kenyang la untuk korang isi perut lunch.. Nama restaurants tu Terrace Green.. restaurants ni berdekatan dengan taman tema kanak-kanak.. korang bole pusing area situ jer, mesti jumpa...




Before makan, selfie dulu ok..

my lunch menu..

Wawa menu lunch..


Ni la bus free.. Shuttle Bus..

Ok.. tu jer apa yang aku nampak di Korean Folk Village.. Kalau dapat lepak lama pun best.. lagi time daun bertukar warna.. memang cantik ooo... ok.. time to go... terlepas nak naik bas free.. jadual sepatutny bas tu gerak pukul 2.. jam kami baru pukul 1.25 ptg.. so, duduk kat tepi dulu, sekali 5 minit lepas tu bas gerak.. panik juga... berharap la yang bas tu cuma nak beralih tempat atau buat pusingan... sekali bus tu tinggalkan kami... sedih... nasib baik pukul 2 ada bus No 37... terus balik ke Suwon Station semula..

Macam mana nak ke Korean Folk Village
Subway : Suwon Station, Exit 5. 
1. Selepas keluar Exit 5, korang bole ambil bus biasa bernombor 37, 10-5 atau 5001-1 untuk ke sini
2. Selepas keluar Exit 5, korang akan nampak 1 papan tanda untuk Shuttle Bus (percuma) tapi ada waktunya.. Suwon station -> Korean Folk Village (10.30 am, 12.30 pm, 2.30 pm).. manakala balik Korean Folk Village -> Suwon Station (2.00 pm, 3.30 pm, 4.30 pm)..

Tuesday, November 15, 2016

Seoul -> Busan - Day 2 Busan Jib Asam Pedas

Assalamualaikum..

Setelah penat seharian bekejaran dan menaiki dan menuruni bukit.. perut pun lapar sangat sebab terpaksa skip lunch gara-gara running bersama Running Man.. kami pun ambil jalan mudah terus pergi Myeongdong mencari makanan malam.. 

Asalnya mencari 1 kedai makan yang ada jual tteokbokki cheese tapi tak jumpa.. beberapa kali juga pusing-pusing.. masa berjalan tu, aku terfikir 1 kedai makan yang kawan fb aku suggest kan.. Dan.. Kebetulan ternampak kedai tu!! Aku terus tarik beg wawa dari belakang... Hahaha..
 Nak tahu kedai apa???

 Image result
Ni la kedainya.. *gambar pak Google*

Restaurants ni Halal.. banyak makanan yang korang bole cuba.. aku pun baru tahu kedai ni ada kat lorong kecil ni.. Perut memang dah berdansa, apa lagi, terjah dan cari tempat duduk.. Masa kami datang, kedai ni kosong je.. kami la raja pelanggan di dalam ini kedai... Hahaha...

 
Ni pula menunya..

Aku nasihatkan kalau korang datang sini berkumpulan, memang patut singgah sebab jimat sangat.. Ahjumma ni pun baik dan peramah sangat tau.. kami datang berdua tapi ramahnya macam kami datang berlima.. Hahaha.. harga makanan agak mahal dan dalam kuantiti yang banyak sebenarnya.. sebab tu kalau datang beramai-ramai jimat tapi kalau berkeseorangan makan di sini, jawabnya menempah maut la dengan duit won beterbangan...

Kami oder sotong masak sambal.. mencuba yang baru.. 

Masa kami sampai kedai ni, kat luar memang tengah hujan renyai-renyai.. lepas tu, makan sotong goreng panas,pergghh sedap tu.. Ahjumma kedai ni perasan yang kami ni macam kesejukkan dengan cuaca kat luar, ahjumma yang baik hati ni bagi kami stew tofu free je tau.. first time aku makan... perghhh!! rasanya memang sedap.. terus jatuh cinta tu.. 


Ni la stew tofu..
Lepas tu, ahjumma ni perasan yang kami asyik lap hidung je... makan benda panas dan agak pedas sikit.. lalu ahjumma ni bagi kami setiap seorang 1 cawan air tea + lemon + madu panas free juga.. kami masa tu memang dah segan la.. tak tahu nak cakap apa.. hanya mampu ucapkan terima kasih dan senyum je.. Alhamdulillah.. lepas minum, memang kurang air keluar dari hidung tu... segar dah badan..
sedap air ni..

Next time datang Myeongdong, dah bole cari makanan lain.. dan bole la selalu jumpa ahjumma ni.. dan bole la minum air tea ahjumma yang sedap tu.. Before kami balik, ahjumma ni sempat la cakap hati-hati sebab hujan kat luar.. next time keluar pakai baju tebal-tebal sikit... hehe.. sayang la ahjumma tu lebih.. Alhamdulillah dipertemukan dengan insan yang baik di negara luar.. di mana Busan Jib ni?? ada alamat di bawah ye..

Macam mana nak ke Busan Jib
Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 & 7 di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic), just go straight until you see Apple Frisbee on your right. Kedai makan ni terletak di lorong just before Frisbee.

Seoul -> Busan - Day 2 KBS Exhibition Hall

Assalamualaikum...

selepas penat bekejaran seperti dalam Running Man.. kami pun kembali semula ke KBS Exhibition Hall.. agak payah juga nak cari tempat ni memandangkan kami keluar ikut Yeouido Station.. Kalau ikut National Assembly lagi dekat..  Dalam kehujanan gigih berpatah balik tau..


Kali pertama juga sampai sini.. sebelum ni hanya pergi KBS Building sebab nak kejar tengok idol.. Mencari juga bangunan ni sebelah mana.. Bila dah nampak KBS punya besar kat bangunan baru la teruja nak datang..

Bersama bola kuning

'Love in Moonlight'
Bersama Raon... Kenapa aawak tinggi daripada saya?

With my love... hehehe

Masa fenomena DOTS, perkarangan KBS Exhibition Hall ni ada standee Captain Yoo Si Jin (Song Joong Ki).. ingatkan ada lagi.. hampeh.. tapi takpe, lagi best ada stadee Park Bo Gum.. Yelah drama ni kan memang tengah meletup tup tup kat korea dan Asia.. So, wajib la bergambar even ianya standee... takde di msia ok..

KBS On ni free je masuk tapi ada masanya..


Mulanya kami memang blur juga kat sini sebab setahu saya memang ada 1 hall open to public.. mencari juga di mana pintunya.. Rupa-rupanya di KBS On tu.. Apa ada dalamnya??? Meh la usha gambar di bawah..

Masih ada lagi fenomena Captain Yoo tu ok..

Hall masuk ni banyak poster drama, news, sport dan pelbagai la yang melambangkan penyiaran KBS ni..

latar belakang with my oppa... 

Meh la kita beralih ke tingkat atas, rasanya kena naik beberapa tingkat untuk ke Exhibition Hall sebenar.. Misi jelajah ok..

Minat lakonan appa 3 kembar ni..

Ok.. setelah berhempas pulas menaiki tangga, kami jumpa la hall ni.. panjang sebenarnya laluan.. korang just ikut anak panah je.. kat sini korang bole tengok setiap sudut penyiaran KBS.. ada ruangan drama, music, news, sport, variety show, dan macam-macam lagi la...
Terowong kecil...

Gara-gara dieorang berdua la nama Korea naik..

Ni poster drama under KBS..

2 Day 1 Night.. Variety show yang best..

Again... poster drama..

Ni sudut berita @ rancangan kanak-kanak..

pemberita baru nak up ni...

Ni pula sudut berita utama...


Ok la pergi sini.. kepada sesiapa yang suka kan drama dan apa sahaja entertainment berkenaan KBS, memang wajib ke sini.. Ada juga info yang korang bole dapat tapi memandangkan aku tak lama di sini, makanya semuanya aku tak baca... Hahaha.. maybe next time bole datang bawa kawan lain.. masa tu nanti baru bole baca banyak info.. OK.. ke mana kita lepas ni??? Perut dah lapar juga ni... 

Macam mana nak ke KBS Exhibition Hall
1. Subway: National Assembly Station, Exit 4. Keluar je exit 4, akan nampak signboard KBS main building. Jalan terus kemudian belok kanan untuk simpang kanan yang pertama. teruskan berjalan sehingga nampak bangunan 'Island Park' sebelah kiri dan belok kanan selepas bangunan tu.. Main building KBS akan nampak dari situ..

2. Subway: Yeouido Station, Exit 3. Bangunan KBS ni terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki selepas keluar dari station subway.. belok kanan dan jalan terus ke Yeouido Park.. Korang kena menyeberangi Yeouido Park untuk ke sini.. Yeouido park tu ada gelanggang basketball, korang kena cross jalan tu dan belok kiri.. Jalan sikit dan akan nampak bangunan KBS..

Monday, November 14, 2016

Seoul -> Busan - Day 2 Yeouido Park Meet Running Man Shooting RM Ep 319

Assalamualaikum...

Perjalanan diteruskan lagi ke KBS... ni perancangan awal.. tapi tergendala sebab ternampak sesuatu yang mencurigakan di area Yeouido Park.. Apakah itu????


Kami ternampak beberapa orang lelaki dan perempuan memakai sweater berwarna warni siap di belakang ada name tag.. Dah macam dalam Running Man jer.. pada mulanya memang tak sangka sebab idol ramai kami tak kenal tapi wa cakap dia kenal seorang idol tu masa kami melintas jalan memakai baju oren dengan rambut berwarna tapi wa terlupa sangat nama idol tu..  kalau ditanya, aku kenal idol yang legend jer.. yang boy group baru aku memang tak cam.. 

 terjumpa group idol ni.. maybe group knk or snuper..
 tak perasan pun ada suk jin kat khemah tu...



Dalam perjalanan tu, kami terfikir juga adakah dieorang tengah shooting running man??? tak nampak pun van logo KBS.. pastu tak nampak pun ahli running man.. kami pun abaikan dan terus ke KBS Building & KBS Exhibition Hall.. Baru lepak kejap dan dapat tahu tu shooting Running Man.. OMG!!! OMG!! Kami buat kerja giler... bekerjaran semula ke Yeouido Park.. 

Bila sampai jer... Alamak.. hampeh.. dieorang dah nak habis shooting... padahal masa melintas padang bola keranjang, depan mata tu Shownu (Monsta X) tengah mencari something.. Bole pula lupa nak snap gambar.. Serius masa tu kami blur2 tau.. macam terpaku sekejap tengok apa yang berlaku depan mata.. Hahaha..

 Ni jer mampu snap dari kejauhan..
Ni dah nak habis..
 


Macam mana nak ke Yeouido Park:
Subway: Yeouido Station, Exit 3.. Jalan terus lebih kurang 5 ~ 10 minit akan jumpa Yeouido Park.. tapi kena melintas jalan untuk sampai ke Yeouido Park..
© . | Blogger Template by Enny Law