Monday, November 28, 2016

Seoul -> Busan - Day 6 NFRDI Enviroment Eco-Park (Toue ke Changwon) Part 2

Assalamualaikum...

Meh la menyambung semula draf entri yang banyak tu... perjalan tour diteruskan lagi untuk hari terakhir di Changwon ni.. Pagi ni lepas breakfast, kami ke NFRDI Enviroment Eco-Park. Tempat ni merupakan taman dalam bandar.. banyak tumbuhan yang ditanam di sini dan semestinya tempat ni popular masa season cherry blossom dan autumn.. 



Kenapa ke sini? cuci mata melihat alam semulajadi la.. teroka sesuatu yang baru di sini.. bukan senang nak dapat pengalaman macam ni.. cuaca agak mendung tapi tak gerimis.. sejuk je..

my tour tengah menerangkan serba sedikit kawasan ni..


tak ingat pokok apa.. tapi cantik pemandangan..


aku paling suka tempat ni.. kalau season cherry blossom, confirm cantik..

siap ada tasik yang luas tu..

Berdasarkan apa yang tour bagitahu, kawasan tasik ni, biasanya dibuat pengambaran dalam korean drama.. aku tak sure drama apa memandangkan takde apa2 signboard pun.. tapi iyekan jer la.. serius duduk depan tasik waktu petang2 memang best.. sunyi sepi dan mendamaikan... masa kami ke sini pun ada juga ahjussi dengan ahjumma hiking pusing2 ke taman ni.. tu aktiviti biasa bagi mereka yang sudah berusia..





Di sini pun facilities complete.. don't worry ok..
 
pemandangan dari sini, time autumn memang cantik..



bila daun pokok tu bertukar warna, mesti lagi cantik..

Dah pusing seround sambil relaxkan minda dan ambil udara segar, kami pun bergerak ke destinasi terakhir sebelum pergi makan tenghari.. sebelum keluar tu, ahjumma dengan tour panggil kami untuk melihat pokok lada yang buah ladanya berbentuk bunga.. agak pelik juga.. hahaha.. memasing sibuk nak snap gambar juga.. 


macam bentuk jambu air pun ada..

Ke mana kita lepas ni????

Saturday, November 26, 2016

Seoul -> Busan - Day 5 Crown Hotel Changwon

Assalamualaikum..

Memandangkan sampai hotel pun dah dekat pukul 12 malam.. apa lagi, lepas mandi jer terus tertido.. Hahaha.. penat sangat kot..

So, bangun pagi jer terus bersiap.. breakfast pukul 8.. berkumpul pukul 9.30 pagi... so, kami malas nak turun naik, so siap2 kemas barang sekali bawa turun.. breakfast dan tunggu jer kat lobby..

Nasib ada roti.. bole makan dengan bijiran dengan susu.. air pun ambil orange juice jer.. harap mampu la perut ni bertahan hingga ke petang..

my breakfast..

Sorry bilik bersepah.. hahaha..

Facilities yang baik.. selesa.. dan luas..



welfie jangan lupa..

Like this picture... *muntah hijau ye..*

Tada!! Crown Hotel Changwon..

My geng K-Travel Bus to Changwon...

Moh la kita berangkat ke destinasi seterusnya untuk hari terakhir di Changwon.. Ke mana kita lepas ni??

Seoul -> Busan - Day 5 KPOP World Festival 2016 (Tour ke Changwon) Part 1

Assalamualaikum..

Maka bermula la agenda KPOP aku ni.. Exited juga walaupun takde idol yang aku minat buat persembahan.. sambil sambil tu bole la cheer up untuk team negara sendiri.. Hahaha.. Masa sampai sini, agak sudah terlewa juga la.. kiranya sudah bermula lebih kurang 20 minit..

Ni la tiketnya.. masih simpan lagi tau..

Mulanya ingatkan takde seat rupanya ada.. dah la masuk ke pintu utama tu kami bekejar-kejaran sebab dah rasa lambat.. dah dengar orang dalam stadium menjerit2.. dapat rasa macam dah ada idol yang buat persembahan jer.. Haha.. aku ni pula lupa nak bawa baju hujan tu.. habis la menghadap gerimis la ko sepanjang konsert.. risau jer kalau hujan lebat.. bila dah tiba dalam tu menjajah juga cari kerusi sebab dah gelap.. hanya berpandukan cahaya lampu pentas dan lampu suluh hp.. 

Masa ni la ada kes sikit.. penonton bising sebab menghalang mata dieorang nak tengok.. Dan kebetulan!! Masa kami mencari kerusi, Monsta X tengah menyanyi.. habis la kena marah dengan fans tu.. dieorang suruh duduk sebab tak nampak.. yang kami ni sekejap berdiri, sekejap membongkok kat belakang kerusi.. pastu bekejar ke barisan lain.. last2 jumpa barisan tempat kami dan kami terpaksa menyuruh budak yang duduk kat kerusi kami berpindah memandangkan kami dah ada tiket yang betul.. aku syak budak2 tu tiket dieorang seat belakang tu yang bila seat depan takde, dieorang main duduk jer.. Akhirnya aman sudah.. dan enjoy dengan persembahan.. sempat dengar lagu Monsta X yang ke 2 jer..

Monsta X..




ASTRO timing..









Tak sempat nak ambil video or gambar dari peserta.. fokus tengok persembahan dieorang dan just ambil video idol jer sebagai kenangan.. so, korang kalau nak tengok, bole la cari kat youtube.. Hehehe..














 Tak ingat group ni dari negara mana.. 






Happy aku tengok kawan sebelah aku tu bersorak..

Bila group BTS ni keluar, habis semua penonton ke depan.. 

Belum lagi yang bawa camera dgn lens sepanjang lengan.. 



Di atas tu la barisan kpop idol yang datang.. kebanyakkanya kat Seoul sebab ada Sale Fiesta Music Bank.. asalnya ada VIXX dengan Block B tapi telah diganti dengan Monsta X dan ASTRO.. layan jer la kak.. bukan senang nak dapat tiket macam ni.. Pemenangnya dari USA.. orang negro juga.. suara dia dengan vocal dia memang power.. bukan bawa lagu dance ye.. hehe.. korang search je la kat Google..


Muka penat sgt tu...

Tamat sudah aktiviti hari pertama.. Dah jom check in hotel.. pastu terus tido.. esok nak bangun pagi kan.. hehe.. so far, aku enjoy dengan KPOP World Festival ni.. even takde group idol yang aku minat. tapi kira bertuah la dapat tengok live...
© . | Blogger Template by Enny Law