Friday, September 28, 2012

Adakah dia???

Assalammualaikum....
Pagi-pagi buta dah nak up entri.. Apa kes ni cik tuan tanah??? Ntah la.. tetiba teringat kat someone yang terjumpa secara tak sengaja... Hehehe.. Tu yang membuatkan saya tidak boleh tido... Siapakah??? Siapakah gerangan orangnya??? Huhuhuhu...

Nak rahsiakan tapi macam tak best pulak sebab tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ni.. Cewah.. ayat dah mula la tu nak berbunga-bunga... Hehe... Saya terjumpa dia di dalam satu majlis ilmu juga la.. Dia nampak comel tau dengan kemeja putih biru tu.. dah bersongkok.. sangat memukau pandangan mata saya pada masa tu.. Tapi sayang lidah kelu seribu bahasa untuk bertegur.. 

Nak dijadikan cerita pendek, saya terjumpa muka tak berapa nak buku la kat laman sesawang ni.. Terus plus dia sebagai rakan di alam maya ni.. Walaupun tak kenal antara satu sama lain tapi kami dalam komuniti dan persatuan yang sama... Cuma............... nak tutup muka kejap bole tak???? *bukan malu tapi sadis kejap*............. saya dapat tahu dia dah berpunya... T___________T....
Bukan suami or tunangan orang tapi gf jer pun... Bila-bila masa boleh putus... Cis!!! Ada niat sangat jahat ni.... 

Korang nak tahu ke 'dia' tu siapa???? Jap yer....




Maaf yer gambar tak boleh jelas... nanti kantoi saya suka tengok muka dia yang comel tu...

*Jadi secret admired dia jer la jawabnya......Adios...

Wednesday, September 26, 2012

Kadar Berblogging Semakin Merundum!!

Assalamualaikum...
Hohohohoho..... Saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya cik tuan tanah memohon beribu-ribu kemaafan kepada readers tersayang kerana terlambat up entri lagi.. Bukan disebabkan penyakit M tapi dek kerana menguruskan hal-hal yang terpenting dalam masa hadapan kehidupan... Hehehe... 

Gambar???? Jap... nak cari dulu... *nampak sangat curi-curi taip entri kat pc office*... diam-diam yer... hehehe.. Jangan terkejut dengan gambar di bawah ni yer...



Thursday, September 6, 2012

Kini Menjelma Kembali!!

Assalamualaikum...

Hai.. Baru sekarang cik tuan tanah nak update blog yang dah bersesawang dia ni kan... Entry kali ni tak nak berbasah basi dengan alasan yang entah apa-apa jer yang akan saya keluarkan.. Hehehe... *Sempat nak gelak-gelak lagi*... Sila buat muka garang sikit wahai readers tersayang... Peace!!!

Macam-macam cerita yang harus dikongsikan dalam tanah yang bersesawangan ni tapi tu la, lepas habis praktikal, sibuk memanjang dengan dating "Cik Report"... Memang tak menang tangan la nak menaip banyak-banyak masa tu.. Habis jari jemari saya yang comel macam tuannya ni membengkak tak tentu pasal.. akhirnya selesai report praktikal dan mula la berjimba-jimba tanpa memikirkan hal dan masalah yang sememangnya tidak penting lagi buat masa itu... OK!! Ayat sudah tungkang langkang... 

Apa jadi selepas itu???? Ok!! Saya pun dengan muka slamber cari la kerja yang sememangnya ada kekosongan walau di mana jua berada.. Paling saya tak berminat dengan jawatan yang ada syarat macam ni "rakyat negeri ........ akan diberi keutamaan"... Fine! Terus tutup new tab tu... Huhuhu... Bukannya berlagak cuma harapan tu amat amat amat tipis.. Risiko yang ni la yang saya tak sanggup nak tanggung.. So, saya pun mula la memprint resume dengan kuantiti yang banyak supaya tidak membebankan cik tuan tanah untuk pergi CC sambil tercari-cari CC yang ada printer berwarna... *Ntah apa la yang saya membebel ni kan??*... Setelah selesai isi segala maklumat yang diperlukan, saya pun dengan muka yang memang tak malu, naik la office MARA Daerah Kluang... Hahaha... Mereka pasti teruja dan menerima kedatangan saya dengan hati yang terbuka.. 

OK!! Panjang juga ni, padahal cerita tak habis lagi ni.. letih la bila dah lama tak update entry ni.. Huhuhu.. Eh!! Dah nak balik kerja la... Sambung esok bole tak????? Huhuhu.. Marah si readers saya ni kang.. Habis blog terus takde yang bertandang... Sadis jap ok.. 

Esok yer saya sambung.. Serius la... Ni nak balik..
*SELAMAT HARU RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN*... (Masih tak terlambat lagi kan????)... Adios...

Saturday, June 9, 2012

Makan Time a.k.a Jamuan

Assalamualaikum.... 

Morning all... Pergh!! Perut saya dah lama berkeroncong menyanyikan lagu sesaat kau datang tu... Hehehe... Lapar pulak pagi2 ni... Nak breakfast tapi cuma ada biskut jer... Bedal jer la kalau dah lapar tahap dewi kan?? Nak citer ni, saya dah ada kat KEDAH!!! Macam la kedah tu jauh sangat kan, padahal masih kat Malaysia juga... Hehehe..

Bercakap pasal makanan, sepanjang saya praktikal di MARA ni ada juga jamuan sempena perpisahan pelajar praktikal sebelum saya... Antaranya, Katy (dari kolej), Aisyah (dari kolej) dan geng budak KPTM (farah *papa*, zul, an dan kate)... seterusnya saya dan lin la... Best kan??? Ni sebagai penghargaan di atas komitmen semua student praktikal sepanjang 4 bulan tanpa ada elaun pun.. Nak sadis jap... Waaaaaaaaaaaa... No money, no talk ma....

Akhir bulan 2 lepas, jamuan perpisahan Katy.. Comel der budaknya tapi sorry to say, dia dah berpunya... Huhuhu.. Juadah jamuan simple jer dan jamuan pun hanya buat di bilik mesyuarat MARA sahaja.. 

Ni tak adil sebab birthday saya lambat lagi.....so, takde la nama saya..


Si katy yang berbaju t-shirt merah tu.. seorang lagi, Aisyah namanya

Lepas si katy dah habis, kini bersambung pulak giliran Aisyah... Dia habis praktikal pertengahan bulan 4 yang lalu.. Sempat la menimba pengalaman bersama dia.. Serius lebih-lebih lagi berkenaan agreement kontrak spike.. Dia memang teror beb.. Meh, kita terjah jamuan dia pulak...

Thursday, May 31, 2012

SEKOTAK MERAH & Pengembaraan Laksmana SUNAN

Assalamualaikum.....

Kenapa yer SEKOTAK PEN MERAH diperlukan??? Mesti la nak menanda buku murid/pelajar kan??? Hehehe.. Seriusnya, seorang guru telah MENUNTUT HADIAH pada saya... Kenapa saya??? Sebab saya kawan dia.. So, memandangkan hadiah tahun lepas tak diberikan lagi ditambah pula dengan sambutan Hari Guru, maka, dengan itu, saya seharusnya dituntut memberikan hadiah yer... Lagipun saya ni salah seorang bekas pelajar beliau.. Nak tak nak demi menjaga air muka, beli jer la hadiah tak seberapa ni... 

Nak dijadikan cerita la kan, saya ada terlepas ckp nak bagi kad hari jadi tapi hajat pulak tak kesampaian.. keseluruhan cerita menjadikan seorang cikgu nak hadiah SEKOTAK PEN MERAH, mungkin masa tu cikgu dah kehabisan pen merah kot..Senag kerja saya.. Dah tak payah nak fikir dan membuat pertimbangan nak beli hadiah apa... Bagus la cikgu ni memudahkan kerja saya.. Hehehe...  So, Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! di bawah la hadiahnya...

PEN MERAH PEN BIRU, CIKGU MARAH, SAYA TAK NAK KAWAN DENGAN CIKGU...

© . | Blogger Template by Enny Law