Tuesday, November 22, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 Chokom Shop (Yeoseob BEAST sister shop) & Yang Good BBQ

Assalamualaikum...

Dah penat berjalan jauh.. kami sempat la rehat kejap kat subway station.. lepas tu kita ke cafe lagi ye... destinasi seterusnya ke Chokom Shop.. dulu dipanggil Chokom Cafe & Shop..Cafe ni dimiliki oleh kakak kepada Yeoseob BEAST.. Kali ke 2 aku datang dan si wawa kali pertama.. dia nak sangat jumpa kakak Yeoseob tu.. tapi aku dah pesan awal2.. kakak yeoseob ni takkan ambil gambar dengan orang.. 

Last year aku pergi malam.. so, jalan ke cafe ni agak kurang ingat.. dah buat research juga.. sekali dah sampai dan keluar station.. tersalah arah pula.. haha.. tu la berangan lagi masa lintas jalan.. kan dah salah masuk jalan.. Hahaha..

kali sempat ambil gambar.. 

Comel je tangga ni...

Pergi sini ada ceritanya.. aku ni terlupa nak up to date kat ig kakak yeoseob ni.. akibat daripada kecuaian aku, dah la membawa wawa yang first time ke cafe ni.. kesian dia.. sebenarnya sekarang  kakak yeoseob ni dah tak buka cafe.. kedai ni dah dijadikan kedai jual barangan.. so, cafe dah tak wujud.. dah takde minuman.. kebetulan masa aku pergi hari tu pun kedai dia masih dalam penambaikkan.. barang apa yang akak dia jual?? jom tengok gambar di bawah..

duduk relax kejap... ambil nafas.. jauh jalan ni..

ni la koleksi barangan yang dijual..





Memang comel2 barangan yang dijual tapi kami tak beli pun.. kami duduk situ lebih kurang 15 ~ 20 minit juga la.. nasib baik kakak dia dengan kawan kakak yeoseob ok jer even kami tak membeli apa2.. dah bagi kami rehatkan kaki pun dah ok.. Hehehe.. masa di sini la kami susun plan semula.. ke mana yang lebih dekat dan memang perut dah lapar.. haus pun 1 hal lagi.. so, bincang punya bincang, kami nak pergi makan dan terus balik hostel.. masa nak balik tu, sempat la say 'good bye' dengan kakak yeoseob ni.. still comel dan cantik macam aku jumpa tahun lepas.. tapi sekarang die dah letak note 'tak dibenarkan mengambil gambar bersama noona Yeoseob'.. so, sesiapa nak mai ke sini be prepare apa yang patut.. patut la aku google, kenapa la chokom cafe ni buka sekejap je.. buka pukul 2pm~7pm jer.. rupa2nya dah bertukar rupa...

Destinasi terakhir untuk hari ni, kami nak makan kat Yang Good BBQ restaurants.. restaurants ni popular dengan pelancong msia.. tahun lepas tak bekesempatan so, tahun ni kena la pergi kan.. kat sini daging lembu berstatus HALAL.. daging tu diimport dari Australia kalau tak silap aku.. cara dieorang serves customer, memang ada soju dan ramai warga tempatan makan di sini lebih2 lagi waktu dinner.. so, persekitaran ni memang culture korea style.. kalau rasa was-was, baik jangan mencuba..

 https://sites.google.com/site/1132701091v1/_/rsrc/1389683418772/halal-restaurant/Depan-yang-good-1024x682.jpg?height=266&width=400
culik dari pak Google

Perut dah lapar sampaikan lupa nak snap picture kat sign board tu.. lepas tu, masuk jer nampak penuh meja.. dan memang ada pelancong dari msia selain orang local.. so, kami terpaksa duduk dulu untuk tunggu giliran dan duduk di mana meja kosong... al-maklum la sampai sini dah dekat pukul 8 malam.. memang time orang dinner.. bertunggu lebih kurang 10 minit, dan akhirnya dapat meja..

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggbRwaBayw209qjbqMk-OVFqnA2Wj7wKtkcPAC3uYnjm2ZMcDIiZQi1d99uXOajFnU_MWDECgcnrPL50j260uuZkeWQuHUCaMxOD3Pl3GelI73FNk4WJDHYq0X4G4DsSET_vHYxigUeu1Y/s1600/yang-good-2-682x1024.jpg
ni antara menunya..

Kami oder daging lembu 100g jer (22,000 won)  dan ambil untuk 1 orang makan sebab tengok orang sebelah makan daging tu macam banyak.. risau juga kalau tak habis.. event perut memang lapar tapi bila dah masuk angin, selera makan turut terjejas.. ditambah pula dengan harganya tu.. kalau makan ramai2 lagi best..

Aku suka konsep kedai ni.. panggang daging sendiri.. korean style gitu.. selfie memang tak bole dilupakan ye.. korang  just bayar duit makan daging jer.. side dish dengan air tu semuanya free... sedap dagingnya.. lembut.. bila dah habis rasa macam tak puas makan tapi perut dah penuh dengan air, makanya dah takde ruangan nak sumbat lagi.. ok la, next time pergi korea, bole try lagi kan..
 
korean style BBQ..

Macam Mana nak ke Yang Good BBQ:
Subway: Yeoksam Station, Exit 6.. Korang jalan terus sehingga penghujung blok deretan bangunan tersebut, ada KFC di sebelah kiri anda. bila sampai dekat persimpangan jalan tu, belok koro dan terus jalan. sehingga sampai ke simpang pertama yang bole belok kanan, ambil jalan ni. jalan terus hingga sampai ke lorong pertama sebelah kiri.. belok kiri ke jalan Nonhyeon-ro 95-gil.. beberapa langkah dari situ dah bole nampak sign board Yang Good BBQ..

Macam Mana nak ke Chokom Shop:
Subway: Hoegi Station, Exit 1.. Jlan terus selepas keluar station. teruskan jalan terus sehingga jumpa T-Junction dan teruskan jalan terus. Korang perlu jalan terus dan tunggu trafic light untuk cross jalan.. teruskan jalan tu sehingga jumpa 7-eleven. korang akan melepasi Cafe Bane dan terus lagi jalan.. korang akan melalui 5-dollar shop dan jalan terus sehingga korang melepasi It's Skin shop.. tunggu kat depan traffic light sebab korang kena cros jalan tu.. lepas cros jalan tu, belok kiri.. jalan ke depan sikit, korang akan jumpa Chokom Shop ni..

Seoul -> Busan - Day 4 Woollim Entertaiment & NIT Coffee Cafe

Assalamualaikum...

Yeah!!! Seterusnya kami ke destinasi kegemaran aku.. Tak kan jemu ke sini selagi tak berjumpa depan mata my oppa Infinite... Hehe.. Kali ke 2 aku ke sini dan kali pertama bagi wawa.. Ok.. aku guide dia.. Tapi agak tersasar sikit bila dah nak sampai sebab lupa belok lorong mana... Hahaha.. Tapi akhirnya jumpa juga sebab memori dah ingat kembali..

Masa aku ke Korea, Infinite baru seminggu come back dengan album baru.. So, i hope i have the lucky to meet all them face to face.. Beli album pun terus beli kat Myeongdong hari tu.. kang beli kat msia, lebih mahal jadinya..

Port kegemaran ambil gambar ni

Nampak tak poster sebesar alam tu..


Masa aku datang sini, lupa nak tengok Infinite Schedule Update.. tu la excited sangat.. Dapat tahu my oppa takde.. dieorang ada live show kat MNET.. TTTTTTTTT.. So, bila dah tahu dieorang takde, lepak sekejap jer la nampaknya.. Dan masa ni, NIT Shop tutup..Last year aku mai, NIT Shop open for public tu yang bole beli barang official.. Aku rasa NIT Shop ni open ikut event kot.. Jika takde event besar, so, closed la..

Dah settle ambil gambar, terus pergi ke NIT Coffee Cafe.. Cafenya brdepan je dengan Woollim building ni.. korang nak spy atau nak skodeng oppa pun bole.. Aku ingatkan masih la ada dekorasi Infinite That Summer Concert 3, rupa-rupanya dieorang dah cabut.. Hampa kali ke 2 sudah..

Dengan berat kaki melangkah masuk ke NIT Coffee.. Tengok air apa nak diminum.. Kembong perut aku ni dengan minum air jer sejak pagi tadi.. 

So, dah tengah panas ni, elok la kita oder ice kan.. aku minum Strawberry Smoothie (6,000 won)..   wawa minum air panas.. tapi tak ingat air apa... dan yang pasti kertas pemegang cup tu mesti simpan buat koleksi... benda ni takde kat msia ok.. 

sampai 2 air.. haus sangat dah ni..

Konsep yang simple je.. sama jer dengan tahun lepas..


Hajat tak kesampaian nak jumpa oppa.. pastu poster That Summer Concert 3 pun dah dibuka... hai... nampaknya next year kena mai lagi la time dieorang ada event.. tak pun time dieorang comeback.. setahun sekali balik sini..

Jom la balik... My oppa takde..

Dah la membawa hati gunda gelana.. kita ke destinasi seterusnya.. Air tu pun tak habis minum lagi.. kembung dah perut... nasib tak nampak jer.. Hahaha.. Maybe next time bole jumpa my oppa.. berharap sangat ni sebab misi kali ni memang nak kejar oppa Infinite memandangkan dieorng tengah comeback.. sebab tu plan aku turun korea terpaksa dipercepatkan 2 minggu awal..

Macam Mana Nak Ke Woollim Entertaiment & NIT Coffe Cafe
Subway: Mapogu-Office Station, Exit 3. Keluar dari station, korang kena jalan jer terus.. perjalanan ambil masa lebih kurang 10~15 minit kalau tak silap sebab memang agak jauh sikit.. korang kena lepaskan petrol station. teruskan perjalanan sehingga korang nampak kedai MOTOR CUBE.. Korang belok ke kanan sebelah kedai MOTOR CUBE.. lepas tu jalan sikit.. korang belok kiri untuk masuk lorong ke 2 sebelah kiri.. nanti dari kejauhan korang dah bole nampak bangunan Woollim..

Monday, November 21, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 CUBE Entertaiment & 20 Space Cafe (CUBE Cafe)

Assalamualaikum...

Lega dah tekak.. teruskan perjalanan.. Bila dapat tahu pagi tadi yang CUBE Entertaiment dah berpindah dan kami pun dah tahu kat station mana, apa lagi.. melangkah jauh la kami pergi.. Hahaha.. Sanggup bekejar ke sini.. Yelah, kena tahu la juga kat mana bangunan baru.. next time dah tak menggelabah bila bawa orang lain pula.. Ceh, macam dah ada next trip jer..

Pada aku, bangunan CUBE Entertaiment yang baru ni senang nak jumpa.. dah la dekat dengan station.. pastu sebelah jalan je.. cumanya keadaan sekeliling tu macam pekan.. maksud aku bukan macam kat area bangunan besar-besar..  Bertambah la koleksi gambar CUBE Entertaiment yang baru.. Hehehe

Ni la CUBE Entertaiment building..

Ni 20 Space Cafe *gantikan CUBE Cafe*..

Untuk pengetahuan anda, CUBE Cafe dah takde tapi digantikan dengan nama baru iaitu 20 Space.. apa sebab tukar nama??? Aku tak tahu.. Ingat aku ni PA CUBE Entertaiment ke?? Hahaha.. Cafe ni 1 bangunan dengan CUBE Entertaiment.. cuma cafe pintu sebelah dan open untuk public.. CUBE Entertaiment bukan OPEN untuk PUBLIC ye.. 

Nak tahu juga macam mana konsep cafe baru ni kan... Lebih cantik or simple jer??? Jom scroll ke bawah...

word "CUBE" tak pernah tinggal..

Official punya barang BTOB.. Mahal cik kak...

ni pun barang official BEAST... 


Ada 1 sudut kecil kat sebelah kanan untuk ruangan barang official BTOB dan BEAST ni.. aku jengah je tengok harga.. tapi dah bole agak la mesti mahal kan... Hahaha.. So, kami pun terus oder nak minum apa dan tengok apa yang ada.. memandangkan dah tengahari, kami pun ambil keputusan nak beli cake dalam botol sekali untuk alas perut..

Pantulan cahaya dari atas cafe..

Ni wawa yang snap... masa dia nak ambil oder..


Cafe ni lebih besar ruanganya dan nampak lebih elegant..

New York Chese + Green Tea (kalau tak silap) + Sweet Potato Latte

Menu utama kat cafe ni adalah coffee (4,000 - 6,500 won) tapi ada juga beberapa minuman tea (~5,000 won), fruit ade, yoghurt smoothie, milkshake (5,800 won) dan sebagainya.. Cafe ni pun ada serves Daquoise (1,800 won) dan Bottle Cake (4,500 won) untuk desert..

Masa tengah duduk lepak makan dan minum, kami ternampak beberapa budak ni.. cara penampilan macam idol tapi susah nak cam sebab muka bertutup mask dengan pakai cap.. tapi ada la seorang tu tak cover muka.. kami tetap tak cam.. macam group baru debut.. dalam pada tu, sempat la snap picture and take vidoe.. mana tahu memang group idol baru..

Si wawa ni la send gambar tu kat kawan dia, sekali kawan dia cakap group bakal debut tak lama lagi.. nama group adalah PENTAGON (sekarang dah debut dengan lagu Gorilla).. Ok.. kebetulan tuah kami lagi sekali... hehe..

dapat snap dari belakang..

sorang tu la tak pakai mask and cap, tapi aku tak cam muka..

Nak juga lepak lama-lama kat sini.. mana tahu terjumpa BTOB atau BEAST kan... tapi nak buat macam mana, ada lagi cafe yang kena pergi.. esok pula dah travel dengan tour.. takut masa tak terluang pula.. Hehe.. Selesai jer tengok beberapa ahli group PENTAGON tu masuk CUBE building semula, kami pun bergerak keluar ke destinasi seterusnya..

Macam mana nak ke CUBE Entertaiment & 20 Space Cafe
Subway: Seongsu Station, Exit 1.. Keluar jer dari exit, korang jalan jer terus lebih kurang 5 minit.. korang akan nampak CUBE Entertaiment building di sebelah kanan korang.. dekat jer kan dengan station..

Seoul -> Busan - Day 4 The Mins's Cafe (Changmin 2AM Cafe)

Assalamualaikum..

Memandangkan tekak dah haus sangat, kami pun ambil jalan mudah terus ke The Min's Cafe (Changmin 2AM).. Sebab utama, nak tunaikan hajat merangkap impian si wawa ni.. Last year dia mai sini tapi cafe dah tutup.. kesian dia.. kebetulan aku pun belum pernah sampai ke cafe ni.. Ok juga kan.. Mana tahu bole terjumpa Changmin.. Hehehe.. *berangan jer...*

Aku tak pernah ke sini tapi dah buat research so, jalannya tak la memeningkan kepla.. so, aku rasa takkan sesat la nak ke cafe ni..

Dari jalan dah nampak cafe ni berwarna warni..


Masuk jer dah rasa teruja.. Hahaha.. Lagi-lagi si wawa tu.. bakal jumpa family mertua la katakan... Hahaha.. kiteorang sampai pagi.. lebih kurang pukul 10 or 10 lebih macam tu la.. nasib dah buka cafe ni.. risau juga mai jauh-jauh tapi masih tutup.. tuah kami la kan...

belakang tu omma Changmin ye..

Konsep The Min's cafe ni memang menarik.. banyak CD album kpop idol yang legend yang popular siap ada signature di tampal di setaip sudut dinding cafe..  Maaf ye semua album tak dijual dan tumble atau barang dalam cafe ni pun bukan untuk dijual..

Nak bagi nampak "The Min's"..


Selfie with Strawberry Kiwi Ade.. 5,500 won..


Mata aku tertumpu kat Infinite Reality Album jer tu..

Kekonon la tengah tengok majalah..

BTS pun pernah lepak kat meja ni tau...

Ruangan ni aku tak sempat selfie.. kasi peluang kat wawa je..

Lepas selfie dan ambil video.. (ada 1 video aku terdelete dan belum sempat save dalam pendrive.. TT..TT.. Tapi nasib baik ada upload dalam IG..).. Wawa tanya aku, "nak tak lepak sini lama kejap? mana tahu jumpa Changmin...".. Tadi dia dah tanya omma Changmin, Omma dia cakap semalam Changmin ada datang tapi tak tahu la hari ni samada datang cafe lagi atau tak.. *peluang nak jumpa macam tipis jer..*

Aku pun ok jer la.. memandangkan memang suka lepak kat cafe.. rasanya lebih kurang 40 minit lepak dan sampai la air aku habis.. Tetiba............... Tup!!! Nampak Changmin!!!!! wajah wawa memang happy giler masa tu.. senyum lebar sampai ke telinga.. Apa lagi, kami pun slow-slow borak dan pergi ke arah Changmin untuk take picture dan signature dia..

dan... terjadi lah.....

Tadahh!!!! Welfie kami bersama Changmin... Jaga jarak tau..

Fuh... memang tak menjangka la akan berjumpa cara begini.. Paling happy si wawa.. Impian jadi kenyataan tu... Changmin orangnya tinggi.. peramah.. omma dengan unnie dia pun peramah sangat.. si wawa siap selfie berdua lagi dengan Changmin.. Ok, ni kira hadiah untuk wawa la.. sekali aku belanja dia minum sebab dah janji nak bagi hadiah sempena birthday dia yang lepas... Hehehe.. Memang tak tidur lena la si wawa malam nanti...


Macam mana nak ke The Min's Cafe
Subway: Apgujeong Rodeo Station, Exit 6.

Seoul -> Busan - Day 4 S.M Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment

Assalamualaikum..

Entri yang ni memang pendek ok.. sebab tempat ni dah kali ke 2 aku datang.. cuma tahun lepas, datang waktu malam..  Perjalanan diteruskkan ke beberapa syarikat besar idol kpop ni.. 

Kami ikut jalan melalui CUBE Entertaiment.. aku blur sikit sebab tak ingat jalan kalau dari Gangnam K Star Road ni.. wawa yang guide sebab dia dah lalu ikut situ.. 

Kami sempat pergi ke SM Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment.. Mulanya hajat nak ke CUBE Cafe yang tak jauh dari CUBE Entertaiment sebab wawa tak pernah masuk cafe tu lagi.. Aku pun bawa jer la seingat mana jalan yang aku tahu... Tup... Tup.. CUBE Entertaiment Building dah tak wujud di situ!!! Alamak!!

Agak hampa dan sadis juga la sebab tak tahu dan tak sempat nak up to date dengan entertaiment building  ni.. 

Masa aku datang, kosong jer.. macam tengah renovate bangunan ni..

Sini pun sunyi sepi juga.. Mana ntah idol semua pergi..

Masa kat sini excited ingat nak jumpa GOT7.. Hampa..

Berjalan-jalan ke hulur hilir nak cari bangunan cafe tu.. bila dah tahu CUBE Entertaiment & CUBE Cafe dah takde, terus search kat Google mana bangunan baru.. Rupa-rupanya dah berpindah ke Seongsu Station.. Dah la haus penat berjalan.. mencari CUBE Cafe dah berpindah pula.. Maka, misi seterusnya ke cafe yang mana kami masuk???? 

Macam Mana nak ke SM Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment
Subway: Apgujeong Rodeo Station, Exit 2.. Ikut jalan dari Gangnamdoll Kpop tu ye.. Korang jalan terus melalui K-Star Road tu sehingga jumpa Citibank kat corner sbelah kiri korang dan jumpa Burberry di sebelah kanan korang.. Pastu, belok kiri dan jalan bersebelahan Citibank sehingga korang nampak bangunan Baskin Robbins tingkat 1 at Dosan-daero 89-gil. Cross jalan tu ke Baskin Robbins dan belok kiri.. Korang akan nampak bangunan lama CUBE Entertaiment..korang lepaskan ke bangunan lama tu dan di sebelah kiri ada jalan kecil, dan korang nampak Dunkin Donuts, seberang jalan je JYP Entertaiment.. Korang jalan terus lagi akan jumpa FNC Entertaiment.. melepasi FNC Entertaiment, korang jalan terus depan sikit dan belok ke kanan, korang akan jumpa SM Entertaiment.. 

Kalau masih tak faham direction aku, korang google je.. mesti ada punya direction in english ok.. don't worry.. semua di hujung jari jer..
© . | Blogger Template by Enny Law