Friday, December 31, 2010

Penutup segala cerita di 2010

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan salam jumaat pada penghujung tahun 2010.. Rasanya ni entri yang bakal dipublishkan dan dimunculkan pada jam, minit dan saat terakhir di hari pengakhiran 2010... Saya sedang menghitung detik-detik untuk melangkah ke alam dan dunia baru yang semakin mencabar.. Jangan diucap selamat tinggal, tetapi ku mahu mengucapkan jua... Adios 2010... Kini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada tahun 2011 kerana bakal memberi pelbagai perkara yang harus saya tempuhi... Hahaha.. 

2010 merupakan tahun yang banyak memberi pengajaran dalam kehidupan saya.. Dengan kenangan yang indah, manis, pahit, masam, perit, masin, etc.. Tahun tersebut memberi lebih kekukuhan diri saya dengan kematangan seiring umur yang semakin meningkat.. Saya dapat rasakan kerana saya boleh mengawal diri dan emosi yang hampir seimbang dengan apa yang harus dilakukan... Pelbagai peristiwa yang berlaku sama ada ianya terjadi untuk kesedaran diri saya atau untuk orang lain.. Saya ni jenis yang suka mengambil pengalaman orang lain dan menjadikannya iktibar kepada diri sendiri.. Saya sedar yang ketabahan dan kesabaran saya ada hadnya, Alhamdulillah.. Sepanjang tahun 2010, saya masih kuat mempertahankan kesabaran saya dari menurun ketahap yang negatif... Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang Allah berikan dan masih memberi peluang saya untuk terus bernafas di bumi.. 

2011.... Permulaan hari yang baru dengan azam yang baru... Azam??? Masih difikirkan.. Azam tahun 2010 sudah terlaksana ke cik su oii... Tetiba nak menambahkan lagi list azam yang berkurun-kurun tu... Hehehe... Harapan saya untuk tahun 2011, semoga apa yang saya laksanakan dapat dijayakan, meningkatkan kesedaran dalam memuhasabah diri dengan kesyukuran dan ketaqwaan kepada hanya yang Esa, Menkukuhkan lagi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh segala ujian dan cabaran yang bakal dilalui dengan tenang.. Mendapat lebih keceriaan dan kebahagiaan serta 'nur' yang diimpikan.. Lagi???? Ada la... Rahsia... Hehehe... Sebelum ditinggalkan, mari view ucapan saya.. Cewahhh... Macam perdana menteri pulak.. Padahal cuma nak letak gambar je... Daaa... Adios....

Gambar dah 2 minggu yg lepas..
5...4...3...2..1.. !SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Wednesday, December 29, 2010

Aset Sekolah

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia readers ku.. Ni entri yang bakal menutup tirai 2010... Bercuti sambil melakukan aktiviti berjalan, adalah suatu yang tidak seronok, anda tahu... Sebabnya apabila poket pt saya dah kering, amat perit untuk berbelanja time cuti panjang macam ni.. Ditambah pulak, abang saya yang mengajak keluar bersama bakal isterinya.. Pada saki baki hari terakhir saya di kampung, abang saya sempat mengajak saya untuk membeli aset persekolahan adik saya pulak.. Mentang-mentang la tinggal adik bongsu saya je yang hanya bersekolah, so, abang saya pun menjalankan tanggungjawabnya membelanja keperluan perseolahan dia.. Untungnya kau, akak dulu, takde la nak beli barang mahal-mahal.. Beg pun 1 je.. 


Sebelum bershopping, seperti biasa.. kena isi perut yang dah bersemangat kental untuk melawan kelaparan.. Dia nak belanja makan, so, dengan perangai syaitan yang tetiba datang, saya pun ajak la abang saya pergi makan kat restoran MaMa CHOPS & PaPa GIRLL.. Dengan muka tembok, saya mengakui untuk mengambil kesempatan terhadap abang saya dengan membelanja makan western food.. Menu yang di oder oleh saya, Blackpaper Chicken Chop +  Ice blanded kiwi.. Dah bosan asyik coklat dan moncha je.. Bertukar selera pulak.. Sila view gambar-gambar tersebut..

Fuhhh!! Pukau abang saya supaya merelakan duitnya terbang..

Pelabuhan Tanjung Pelepas

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.. Dah berapa lama saya tak update blog??? Rasa-rasanya dah seminggu lebih.. Seperti biasa, bukannya saya tiada cerita tetapi kemalasan tahap dewi dan bidadari kayangan telah muncul ditambah pulak dengan rempah line yang tak cukup kuat baunya.. Ke mana saya pergi selama seminggu?? Balik kampung!!! Menjadi PDT (Pendatang dengan izin).. Hehehe... Saje bertukar angin seketika... 


My untie and my uncle ni baik tau.. Selasa yang lepas dieorang mengajak saya pergi berjalan-jalan, kebetulan my untie nak bershopping aset peribadi anak-anak mereka.. Al-maklum la, sekolah dah nak dibuka tak lama lagi.. Sempena promosi Kembali Ke Sekolah, my auntie pun ambik kesempatan untuk berbelanja mengikut bajetnya.. Sebelum bershopping sakan, kena la isi perut dahulu dengan makanan.. Kami pun tersinggah di kedai makan Yeo.. Jangan salah tafsir, ini bukan kedai CINA tetapi Melayu.. Halal lagi tau.. Kedai makan nie terletak di tepian laut.. Berhampiran PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas), Gelang Patah, Johor.. 

Possing ala-ala itik pegang payung

Control ayu beb...

Monday, December 20, 2010

Indah

Assalamualaikum...


Petang guys.... Indahnya petang isnin nie apabila berada di kampung halaman tercinta.. Menghirup udara yang segar seperti berada di kawasan pergunungan Kinabalu.. Eh? Kenapa saya terdengar pelbagai bunyi yang bising-bising macam berada di atas jalan raya? Ooo... Kembali sedar yang saya berada di rumah mak cik saya... Cececewah..  

Entri sebelum ni berkisar tentang kerjaya saya sebagai guru sambilan kan? Setelah 3 hari mengharungi pelbagai kerenah anak murid saya pelajar yang ambik exam SPM Ekonomi Asas (EA), saya rasa sangat seronok.. Melihat gelagat mereka yang kerisauan, terpancar kemahiran untuk menjawab paper ni, dengan pelbagai soalan yang tak faham-faham.. Sangat comel2 gelagat mereka semua.. Huhu... 

Dari kiri : Faezah, Ayu, saya and my teacher, ckg Asrul

First Day : Kami membuat program dalam bilik mesyuarat.. Hari pertama mereka semua wat latih tubi yang banyak tu.. Tapi hari pertama fokus untuk konsep EA.. Masa ni saya ala-ala meow-meow gitu... Masih kekok dengan suanana menjadi bakal cikgu... Huhu.. Tapi ada la membantu sikit.. Ianya agak sukar sebab nak memantau pelajar dengan meja yang bersimpang siur.. Seperti tiada hala tuju...Huhu.. Namun, semuanya berjalan dengan lancar... Pelajar yang datang pun, boleh tahan ramai lebih kurang 30 orang kot.. Alhamdulilah... Sebelum move ke hari berikutnya, Jom layannnnnnnnnnn gambar-gambar ni..Huhu..

Fokus ckg saya mengajar

Thursday, December 16, 2010

Cat Gebu

Assalamualaikum..


Entri yang ni, nak story mory pasal kucing yang dijumpai.. Padahal kucing ni, jiran belakang rumah saya.. Ntah macam mana perjalanan cat tu, tetiba dah sampai sempadan rumah saya.. Lepas tu, menggedik-gedik dekat depan ayah saya dengan muka comel dan tak bersalah.. Tak sampai hati ayah saya nak halau sebab kucingnya berwajah seperti dalam foto di bawah.. 


Cute tak?

Saya suka sangat dengan bulunye.. Walaupun hanya 1 warna tapi bulunya mengembang gitu... Cuma kalau nak dibandingkan dengan kucing saya, Si Gemok tu, rasanya berisi sikit cat saya.. Berat pulak tu.. Tak sampai 24 jam pun, kucing nie bersinggah di rumah saya.. Tak sampai hati nak biarkan tuan punya kucing kerisauan tak tentu hala.. Tak baik buat orang lain risau.. Jangan amalkan ye adik-adik.. Hehehe... Praktis jadi cikgu pulak.. 

Masa ni nampak tak berapa comel kan?

Baru nak bercerita pasal kucing, hati berdetik suruh buat keje lain.. Adios..
© . | Blogger Template by Enny Law