Saturday, February 12, 2011

Happy Birthday Puteri Mira

Assamualaikum.. 


Happy bithday to my little niece yang berumur 7 tahun.. Happy birhday to Puteri Nuramira Isabella bt Kamalsah.. Si cilik yang periang dan manja ni dah besar rupanye.. Lahir pada 8/2/2004.. Seorang mak cik yang baik tidak mahu membelikan hadiah kepadanya berbentuk material tetapi kasih sayang yang terbaik untuk mira.. Huhuhu.. 


Possing terbaik!

Amira ni anak kesayangan abang long saya.. Sebab tu kami sambut ulang tahun kelahirannya dengan parti makan bersama keluarga tercinta.. Yang kelakarnya, dia sempat lagi merajuk dan menangis sebelum kitaorang wat birthday party untuknya.. Papanya tak layan kerenah dia yang suruh beli kek, sebab tu melalak ditambah dengan amaran keras dari abang long saya supaya TIDAK membenarkan amira ke dapur.. Hahaha.. Kasian de lo... Meh view beberapa gambar yang sempat saya snap..

Ni la keknya.. Comel doremon tu..

Kahwin lagi

Assalamualaikum...


Buenas tardes everyone.. !Hola!.. Dalam kesibukkan saya sedang melatih diri untuk bercakap dalam bahasa spanish, tetiba diri terpanggil untuk menaip entri.. sebelum ni dah banyak entri pasal kahwin, kali ni pun sama... Wink...wink.. Tak sempat nak masukkan cerita yang ni dalam entri lain.. Nanti tak syok.. 

Tanggal 5/2 yang lepas, saya sememangnya sibuk dengan agenda tersendiri terutamanya agenda majlis kahwin abang saya.. Tapi tak dilupakan kawan saya, Juliza Jum or nama kampung glamour dia, manja, telah melangsungkan perkahwinan.. Majlis dia saya dapat pergi walaupun sekejap je.. Dah petang pulak tu saya datang, time dia tengah wat agenda memotong kek.. Saya ingatkan tak sempat nak salam and jumpa face to face dengan dia, tapi alhamdulillah.. Dapat juga bersalam dengan dia.. Kata orang nak ambik berkat pengantin.. Hahaha.. Saya pergi pun bersama mak and abah saya.. Takde kawan yang nak diajak, so bawak la sekali mak abah.. nampak sikit yang saya ni anak manja.. Haha.. 


Suap ju, jangan tak suap.. Romantika betul..

Tahniah ya ju, walaupun saya takde bagi apa-apa hadiah kecuali menyumbang sedikit wang, tapi saya sentiasa doakan kebahagiaan rumahtangga ang berkekalan ke akhir hayat.. Cepat-cepat dapat anak tau.. Hehehe... Bile pulak turn aku ea???? 
Tiada motif...

Dah.. dah.. nak pi sambung hafal skrip.. Pakar pemakanan akan menjelma tidak lama lagi.. Adios...

Perkahwinan Pihak Lelaki

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia my readers.. Entri sebelum ni ada cerita pasal abang saya kahwin kan?? Sila baca DI SINI dan DI SINUN untuk keterangan lebih lanjut.. Setelah merehatkan diri selama 1 hari di rumah, saya pun mula la menyebuk kan diri dengan segala persiapan perkahwinan abang saya.. Kali ni bertempat di rumah mak ayah saya.. Majlisnya ringkas je.. Cuma sibuk mempacking segala berkat untuk para tetamu dan mengemas rumah serta merewang makanan.. Tang merewang makanan yang saya suka.. Makan!!

Pagi jumaat, 4/2, mak andam dah mai rumah, menyiapkan pelamin.. Ada cerita kelakar kat sini.. Kan abang long saya dulu kawin simple je.. Wat kenduri biasa je.. Takde pelamin segala.. Tup.. Tup.. Mak saya kalau bole, nak tengok abang long dan kak ipar saya sanding sekali... Hahaha.. Tergelak saya dibuatnya.. Apa lagi, abang long saya pun berkata 'TIDAK'.. Dia mana suka bab-bab bersanding ni.. So, musnah la harapan mak saya.. Abang long saya pun dah berkahwin hampir 12 tahun kot.. Tetiba suruh bersanding pulak.. Lawak betul la.. Hehehe..



Sabtu malam ahad, mak saya hanya buat majlis berzanzi je.. Al-maklum la, rumah pengatin lelaki takde la semeriah rumah pengantin perempuan.. Alhamdulialh, semua berjalan lancar.. Sampaikan saya takde keje nak dibuat..Tapi tugas say pada ketika itu, hanya bagi cenderhati kepada tetamu.. Tak sempat la nak snap gambar sebab duduk dalam bilik je... Hahaha..

Takde keje.. Bilik akak pun dah jadi stor..

Perkahwinan Armin & Yani

Assalamualaikum...

Morning semua... Wah....Sudah lama rasanya tak update blog dengan isu-isu semasa kehidupan saya... Sadis seketika... Hehe.. Minta maaf ye, kadang kala kesibukkan melanda diri, ditambahkan pulak dengan kekeringan susunan ayat sampaikan banyak entri yang tertinggal dan tak diedit lagi... Huhu... Ok, su kena move sekarang sebelum mengarut lebih lama lagi.. Push!!

29/01/2011 yang lalu, kawan sekampung+ 1 sekolah rendah+ 1 sekolah menengah  dari form 1 until form 6, dia KAHWIN! Alhamdulillah... Dah lepas kawan saya seorang ni.. Saya tak dapat pergi ke majlis tu.. Maaf ye yani.. Kebetulan ptptn tak masuk, tiket saya dah beli 1hb 2, so, kiranya membazir la kalau saya beli tiket lain kan?? Memang rasa macam kecewa juga la, sebab kawan yang dah lama kenal, bila dia kawin, saya pulak tak datang... Sadis lagi la.. Tapi kawan baik yani, merangkap kawan saya juga ada di sana.. At least dapat juga la saya melihat foto-foto dia kawin.. Sila skroll ke bawah..


Elly dan yani (best friend ni)

Dan husband dia pulak kawan kami juga.. Umur sebaya la katakan.. Husband dia dulu-dulu time kanak-kanak rebina (sekolah rendah), suka sangat mengejek nama bapak orang.. Ish, memang nakal la.. Tapi itu semua dulu kan armin??? Hehe.. Muka ang sama je mcm kanak-kanak dulu, tak berubah pun.. Macam takde seri la masa nak kawin... Huhu.. Saya bercanda je, jangan marah la pengatin baru.. 


Malam berinai.. Pasangan yang memang padan

Monday, January 31, 2011

Enjoy.. Penat.. Tenat.. 2.2.2222

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia dan Good Morning semua.... Mengantuknya.... Belum siap entri dah sibuk nak menguap... Biar la cik su ni tertido depan lappy gara-gara nak update blognya yang agak-agak paras tahap kuning bersesawang... Hehehe... Ayat pun dah ke kanan dan ke kiri.. Kesibukkan tahap dewi selalu menjelma dalam rutin harian saya, so disebabkan kekangan masa dan aktiviti, dengan mengambil jalan lurus tanpa belok-belok serta menoleh ke kiri dan kanan, saya terus ambik jalan mudah untuk silent kan blog saya seketika(Bila agaknya nak FULL STOP!)... Move su... Move!!!!

Semalam ada sedekit kemalasan apabila hanya 1 kelas je daripada 2 kelas (Bajet macam 7 kelas je dalam 1 hari).. Hahaha.. Tapi level kerajinan telah dinaik taraf oleh hari demi hari (tetiba nak menyanyi lagu 'Mari la pergi Hari Hari, Semakin dekat di hati').. So, tiada sebab musabab nak ponteng kelas Kaedah Penyelidikan (KP).. Suka kelas ni sebab asyik terfikir je nak selidik apa, pantang ada yang tak kena di mata, dah mula nak selidik.. Padahal kena wujud kekerapan yang tinggi baru bole selidik... Huhuhu... Lepas lunch, dengan tak sengaja nak pergi tengok wayang... Apa lagi, berkejaran seperti kanak-kanak rebina untuk membuat persiapan keluar dari hutan Sintok.. Akhirnya, lega dapat keluar juga dengan berbekalkan duit PTPTN yang baru masuk.. Memang Masyukkkkkkkkkk!!!





© . | Blogger Template by Enny Law