Thursday, March 3, 2011

Kembar berlainan Ibubapa

Assalamualikum...

Hai semua readers... Dup.. Dap... Dup... Dap... Jantung saya berdegup kencang bila dapat tahu kejap lagi blok saya akan di check oleh UK(unit keselamatan) dan pengetua serta felo... Gayanya seperti saya ada bawak barangan terlarang pulak.. Ada or tak, tu belakang kira.. Yang penting RELAX... Buat muka biasa je.. Seperti TIADA kesalahan langsung... Hahaha... Jom relax dengan cerita lain..

KEMBAR????

Apa yang korang dapat lihat dari gambar tersebut??? Korang mesti akan cakap "Kembar ke?" Hahaha... Serius kami memang kembar... TAPI berlainan Ibubapa la.. Muka saya ada seiras sikit kan dengan Marshanda??? Sila jawab 'YA', jika anda pandai menilai wajah saya... Hehehe.. Macam mana saya bole terperasan yang muka saya ada iras sikit macam Marshanda ni???? 

Ceritanya begini, pada suatu malam yang indah dengan bintang-bintang bertaburan di langit dan saya hanya mampu mengcahayakan diri dengan lampu belajar sahaja.. Semasa saya sedang ber'chat' dengan my friend di FB, tetiba die memberitahu yang muka saya 'SEIRAS' dengan Marshanda.. OMG!!!! Tak pernah orang lain memuji saya sebegitu rupa... Terus pi kat google image and search picture Marshanda.. Ternyata... Muka saya ada iras sikit dengan dia.. Tapi tak tahu tang mana yang sama.. Dan yang paling penting, kami berdua 'COMEL'.... Hahaha... Pasai comel tu memang tak dinafikan ramai yang udah bilang pada gue... :)  Perasaan riak dah mula bertandang... Cepat halau perasaan tu.. Kang saya akan bersiap sedia untuk pi audition berlakon dengan Baim Wong pulak.... Volum perasan sila direndahkan ye cik Su... Move!!

Terima kasih banyak-banyak kepada Nurfaeezah Ruhaizad sebab telah menyedarkan saya... Selama ni saya tak tahu pun... Nampaknya dah  3 orang yang saya dah jumpa, pelanduk 2 serupa saya.... Anda sudah jumpa ke??? Adios..

Wednesday, March 2, 2011

Sesi Fotografik persendirian

Assalamualaikum...


Hai-hai semua... Tapi belum Bye-Bye Ok.... Terasa seperti dah berbulan-bulan saya tak kasi ini blog makanan... Kasiannye.. Kalau la blog ni boleh berbicara pasti ia akan meraung-raung untuk bertukar tuan tanah... Huhuhu.. Apakan daya blog ni, ianya hanya sekadar realiti di alam maya.... Hahaha.. Kesibukkan saya dengan pelbagai aktiviti yang agak memenatkan dan diplus dengan assigment bagaikan Gunung Jerai.. Maka, blog pun bersesawang dengan entri dulu-dulu.. Move ke hadapan ye Cik Su.... Hehehe

Last sunday... Saya hanya ada 2 kelas je tapi lepas 1 kelas habis, pi la ke kelas terakhir... Dengan semangat ni nak belajar, tup..tup...tup... My lecture, Cik Ila mai and memberitahu yang kelas kami BATAL..... Pergh!!!! Perasaan masa tu bercampur baur seperti salad ala Spanyol yang digaul dengan mayonis tu... Ada perasaa SUKA+GERAM+PENAT=HAPPY... Formula apa ntah yang saya guna untuk tafsirkan perasaan saya masa tu.. Maju ke depan lagi..

Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi, saya pun buat keputusan pi berlegar-legar ke Dewan Mas untuk bersesi photografi persendirian... Sebelum sampai masanye saya melangkah pergi dari UUM ni dan sebelum hari konvo yang sememangnya akan menjadi ramai orang, keputusan sebegini la yang sepatutnye kami ambil... Hehehe.. Jemput la view gambar saya di bawah...

Gaya yang agak mengedik sikit


Bunga-bunga berkembangan

Wednesday, February 23, 2011

Kursus Protokol

Assalamualaikum...


Cerita ni pun macam dah basi juga la.. Huhuhu... Biasa la bila dah kat u ni, kesibukkan selalu mengatasi kesenangan hidup.. Huhuhu.. Last saturday saya bersama kawan saya pergi menghadiri kursus protokol. Lazimnya kursus ni akan diambik oleh semua mahasiswa/si universiti sebelum melangkah keluar dari menara gading ni.. Kursus ni akan memberi banyak input kepada kami, terutamanya dalam perkara penampilan diri, etika sosial dan tertib makanan sewaktu majlis-majlis rasmi.. Group kami seramai 10 orang... Cukup betul untuk oder 1 meja makan... Huhuhu.. 

Sebelum keberangkatan kami

Sempat nak snap cover tu

Gambar di bawah ni selepas berehat selama 45 minit di luar dewan.. Ni la tatatertib ketika makan semasa majlis rasmi... Macam-macam peraturan dan sigh yang diajar.. Ada juga perkara baru yang saya belajar, contohnya, minum air.. Kita tidak dibenarkan untuk minum sambil memegang gelas seperti minum wain... Tetapi caranya seperti gambar ni bawah.. *model SND BHD*

Macam ni la etika ketika meminum air

Yang ni step untuk makan roti dengan butter

Sedap sungguh air tersebut

Roti dengan butter tu saya masih boleh telan tapi soupnye.... Serius tekak saya tak bole masuk.. Maybe sebab tekak ni dah manja dengan sup biasa.. Tak main la soup2 ala barat... Hahaha..Chieken chop tu, licin saya makan... Kawan-kawan lain terkedek-kedek potong ayam, saya dengan senang lenang potong... Bukan nak bangga tapi riak sikit la... Huhuhu... Saya dah biasa makan chieken chop kot sebab tu dah mahir bab-bab memotong ni.. Pencuci mulutnya aiskrim.. I LIKE IT!!!! Laju je saya makan, takde maknanye nak bersopan santun... Lepas tu kenyang la perut ni, dah takde nak bunyi lagu jazz.. Mybe kenyang kejap ke kot... Jeng... Jeng...

Ni la menunya..



Sementara menunggu makanan di sediakan, kami diberi masa untuk berehat sambil mengambil angin di luar EDC.. Dengan bangganya kami pun berlari-lari anak untuk memilih tempat yang menarik... Seperti biasa kami akan menjadi model tersendiri... Hahaha.. Apabila sudah berada di luar dewan, perkataan 'PROTOKOL' sudah tiada dalam kamus hidup kami... Hehehe.. 










Pelbagai gaya telah saya persembahkan untuk tontonan readers... Huhuhu... Apa-apa pun, kursus ni memang best..Banyak input yang saya dapat belajar.. Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan... Lebih meriah gitu.. Mood untuk menaip dah berkurangan akibat perut tidak sihat sepanjang hari ni... Adios... 

Hari yang ditunggu-tunggu

Assalammualaikum...


Entri sebelum ni ada saya menyebut pasal menghafal skrip filem presentation untuk kelas Spanish kan??? (Kepada readers yang ada terbaca la).. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.... Dup... Dap... Dup... Dap... Jantung kami menggegarkan perasaan dan diri sendiri.. Kebetulan kami ni tak pernah presentation buat masakan, first time beb... Segala bahan-bahan telah tersedia untuk dipersembahkan tapi sebelum tu, kami dah buat praktis supaya kurang sikit kesilapan teknikal nanti... 

Sedap kan????

Malam tu memang kami pukul habis salad ala sepanyol ni.. Al-maklum la, saya ni agak jakon sikit dengan benda-benda baru... Hahaha... Setibanya masa yang ditunggu-tunggu, ketua kami pun pergi membuat undian secara adil bagi memilih tempat giliran persembahan.. Bukan setakat masak, nyanyian dan tarian pun ada... Cuma kami tak sangka la ada 4 kumpulan yang memasak, so pagi tersebut bertuah la perut lecture dan kami dengan pelbagai makanan... Hehehe... Tapi tak banyak yang dapat saya snap.. Jantung berdebar, keadaan pun tak selesa, tetiba takut word yang dihafal telah hilang dalam kekabusan...

Group ni menyanyi 

Memasak roti susu

Masak roti juga.. Tapi tak ingat roti apa

Group dieorang menyanyi tapi pic tu gegar, ganti pic yang ni je la..

Akhirnya, sampai juga giliran kami membuat demo untuk memasak... Antara bahan yang diperlukan ialah salad, kubis, lobak merah, timun, tomato, epal hijau, dan epal merah... Kami sesuaikan dengan ketimuran sikit, so tambahan bahan adalah kentang rebus dan telur rebus... 


Apabila semua bahan dah dimasukkan ke dalam kolam renang besen sederahan besar, kita kena gaul dan kacaukan dengan mayonis Lady Choice... Gaulkan sehingga sebati... 


Setelah semuanya sebati dengan rasa yang secukupnya..Maka, terhidang la Salad ala Sepanyol kami... 

Ni la hasil kerja keras kami..

Walaupun tak semua kumpulan dapat membuat persembahan pada pagi indah tersebut, terpaksa ditunda.. Tapi kami happy sebab dah lepas dengan jayanya.. Harap-harap la dapat full mark 5%... Amin.... Kumpulan yang menari tak dapat snap sebab tak bawak kamera untuk hari kelas berikutnya... Adios..

P/S : Sesiapa nak membuat tempahan, sila isi borang ye... Kata-kata terakhir dari penaja, "Buat apa beli kalau boleh buat sendiri".... 

Shopping satu troli

Assalamualaikum...


Entri yang sepatutnye dipublishkan last week telah tergendala.... Hahaha... Kasian kamu... Last week (Tuesday) kami berlima telah menjalankan satu aktiviti yang kurang sihat untuk diamalkan sewaktu musim duit tengah membuat tarian dalam wallet.. Tak kisah la kalau korang nak pilih tarian jazz, tradisional, rock kapak, ballet dan sebagainya mengikut berapa banyak RM korang dalam wallet tu.. Hahaha.. Cik Su, sila move.... 

Kami telah melangkah pergi dengan jayanya ke C-Mart, Changlun, Kedah untuk membeli barangan dapur rumah persiapan untuk presentation Spanish kami... Sambil menyelam minum air, so, kami pun rela hati terjah mencari mangsa-mangsa bahan masakkan dan keperluan kami yang semakin darurat di bilik... Hehehe... 


Kalau korang semua ingat, selasa lepas kan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul,so ramai la yang turun padang ke C-Mart untuk berbelanja... Sampaikan nak ambik barang pun susah.. Belum cerita nak membayar barang-barang... Kalau anda hanya hendak membeli sebotol minuman, saya nasihatkan lebih baik beli di kedai runcit biasa... Sebabnya hanya kerana sebotol air, lebih kurang 20 minit kena tungggu giliran... Tu pun kalau orang depan anda tak banyak barang seperti kami...  Sebanyak mana barang kami???? Tadaaaa!!!!

Sila amati betul-betul, ada something di troli tu..
© . | Blogger Template by Enny Law