Friday, March 4, 2011

Penangan F4

Assalamualikum..


My BFF tengah melayan cerita Boys Of Before Flower... Mesti korang tahu kan cerita ni... Antara cerita cinta yang paling popular di Korea tapi bukan setakat kat Korea malah di tanah airku yang tercinta  ni pon, ramai peminat drama ni.. Mana taknya, pelakon-pelakonnya comel, hensem dan cun beb.. Memang takdenya korang boleh jumpa muka-muka macam pelakon tu kat Malaysia... Huhuhu.. Saya???? Terus terang tanpa bersuluh, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya BELUM lagi menonton drama ni.. Tapi tahu la serba sedikit sinopsis drama kegilaan wanita/remaja/belia kita... Hehehe..  Serius ni, jejaka F4 ni COMEL!!!! Tapi sayangnya, herionnya kurang mendapat sengatan pada diri saya.. Jika dibandingkan herion drama Meteor Garden dan Hana Yori Dango.. Ok.. Move!!



Tu di Korea, kat Jepun pon ada juga drama lebih kurang jalan ceritanya macam Meteor Garden.. Still ada jejaka F4 yang hensem serta kaya dan seorang gadis comel yang berlatar belakang keluarga yang sederhana.. Drama tu diberi nama Hana Yori Dango.. Drama ni saya dah layan sampai habis.. Ada 3 siri.. Pada pendapat saya, siri yang pertama berkaitan perkenalan yang sangat comel hero dan herion, siri kedua pulak, konflik cinta mereka (macam-macam pergolakkan timbul) dan siri ketiga tentang pengakhiran cinta mereka dengan perkahwinan.. Siri 3 ni, agak serius sikit sebab..... Korang tengok la sendiri... Nanti tak syok, kalau saya cerita semuanya... Wiwiwiwiwi....




2 drama tersebut mengingati saya kepada cerita Meteor Garden yang memang POPULAR sewaktu tahun 2004 kot dan mempunyai 2 siri.. Saya pun dah tak ingat... Hehehe.. Saya antara peminat setia drama ni... Sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi... Jeng.. Jeng... Hahaha... Bukan berakhir dimimpi sahaja, malah segala poster drama ni pon saya beli.. Lepas tu ada calendar kecil yang gambar heroin(shan cai) pon saya beli.. dan yang paling best, buku nota bergambar F4 still disimpan oleh saya sehingga kini.. Tak cukup dengan tu, saya pernah membeli majalah khas drama ni.. Tapi sadis sekali sebab dah tak ingat kat mana saya simpan.. Hahaha... Dalam majalah tu bukan sahaja ada sinopsis drama ni, malah  gambar, biodata F4 dan shan cai (Barbie Hsu) yang sebenarnya serta lirik lagu drama ni... Drama ni telah mengganggu pemikiran gadis-gadis di Malaysia sewaktu ianya ditayangkan sehingga tercetus la lagu "Ku juga mencintaimu" by Saiful(Malaysian Idol 1) yang melodinya sama macam drama ni.. Adaptasi drama ni la kiranya... Dulu-dulu masa stdy pon, humming lagu drama ni... Hehehe..



Ini la virus F4... Bermula dengan drama Meteor Garden, Hana Yori Dango dan Boys Of Before Flower... Agak-agak korang la, kalau pengarah drama or filem kita buat adaptasi drama ni, sapa pelakon yang sesuai untuk menjadi anggota F4 dan heroin versi Melayu/Malaysia.... Mari berfikir.... Adios.....

2 comments:

Anonymous said...

ha2.. malaysia.. tajuknye mat bunga.. plakon.. tah le.. mcm susa je.. mkin kene ambik model2 malaysia kot..

sweet gurl said...

Hahaha... Kat malaysia agak susah juga la nak cari muka yang jambu2 dan berbakat dlm lakonan kan???

© . | Blogger Template by Enny Law