Saturday, December 24, 2016

Seoul -> Busan - Day 9 Yeouido Hangang Park & Mabongnim Halmeoni Tteokbokki, Sindang Tteokbokki Town

Assalamualaikum..

Lepas melawat kawasan, kami singgah sekejap kat Yeouido Hangang Park ni.. nak bawa si wawa berjalan sini time cuaca yang elok.. next time bole datang lagi sambil menungang basikal di waktu petang... trip kali ni pun tak sempat nak menungang basikal..

sempat lagi bergambar kat tengah2 panas tu..

nak nampak Namsan Tower punya pasal buat gambar macam ni..

Orang lain waktu tengahari pergi makan, kami pergi taman pula.. hahaha.. ambil udara segar sekejap sambil dengar bunyi air dengan angin yang sempoi2 bahasa tu.. kiranya 30 minit juga kami lepak sini.. lepak bawah jambatan.. sambil tu fikir nak makan tengahari apa? dan kat mana?? pastu aku tanya wawa, pernah makan tak Tteokbokki yang siap ada ramen tu.. dia cakap tak pernah.. so, aku dengan cepat jawab, "Dah, jom pi makan kat Sindang Town".. hehe.. pengalaman tahun lepas aku makan kat sana.. tapi masa tu waktu malam, kali ni nak pergi waktu siang, risau juga kalau salah bagi panduan... Hahaha..

video

video

Siap, lepak2.. terus ke Mabongnim Halmeoni Tteokbokki kat Sindang Town.. setahu aku setelah buat kajian, memang ada 1 kedai makan yang biasanya pelacong Msia pergi dan kedai yang sama aku pergi last year.. cuma masa tu tak ingat nama kedai.. main masuk je dengan kak emi.. haha.. kali ni aku harap tak sesat la.. sebab Sindang Town ni banyak kedai Tteokbokki.. dah memang kawasan dia.. so, kena pilih kedai yang ok..

Mula2 tu cari macam tak yakin bole jumpa bila dah sampai kat Sindang Town, akhirnya kami guna maps la cari kedai makan ni.. aku pula yang pelik.. padahal kedai tu sebelah kami berdiri je setelah rasa berada di jalan yang betul.. siap tanya pada wawa.. (padahal wawa pun tak pernah sampai sini).. nampak tak dah nampak kurang pandai di situ.. haha.. akhirnya setelah sempat cari 1 blog ni, betul rupanya kedai yang kami sampai tu.. apa lagi, perut dah berdansa kan, kami masuk je la..

Nanti ahjumma tu tanya, makan untuk berapa orang.. kami berdua je.. tapi kalau korang datang berempat, better ambil hidangan untuk 3 orang makan sebab penuh 1 kuali ko dieorang punya bahan.. 

my favorite jeruk lobak putih..

tada!! 2 orang makan tau.. bertapa banyaknya..

benda ni akan masak depan mata korang.. isinya ada tteokbokki, ramen, fish cake, telur (warna telur macam telur pindang),sayur-sayuran, mee,daun bawang dan keropok (yang betuk macam karipap tu) serta perencah.

Memang kenyang la makan benda ni.. sampai ke malam korang bole save tau.. kali pertama si wawa nampak, aku rasa muka terkejut dia memang tak bole disembunyikan.. hahaha.. nasib la si wawa ni kuat makan, bole la banyak dia habiskan... haha

gaul jangan tak gaul cik kak..

makanan ni memang sedap.. aku keje habiskan ramen tau.. hahaha.. nasib la si wawa kena makan benda lain.. tapi akhirnya berjaya juga.. tinggal sikit je.. telur pun 1 biji je makan.. sebab dah terlalu kenyang..Tteokbokki tu memang sedap.. kali ke 2 aku makan.. Haha.. dah kenyang perut kami ke destinasi seterusnya ok.. Tapi sebelum merayap, kena la check in hotel tu.. timing dah kena tu.. Kaja!!


Macam Mana nak ke Tteokbokki, Sindang Town:
Metro Subway: Sindang Station, Exit 8.

1 comment:

kurakuraygslow said...

Su, berapa harga set tteokbokki yang su ambik ni?

© . | Blogger Template by Enny Law